BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

terlampau sayang

uwaghhhh.! *sambil tangan menguak ke atas dan tersenyum* amannya rasa bila kelas petang yang sangat panjanggggggggg selama 4 jam ni batal. dunia ini terasa macam ana yang punya. ahaha =) owh lupa nak bagi salam. assalam semua bloggers, readers,followers dan juga stalker (s). hari ni kelas petang cancel so aku nak undate sikit lar cerita-cerita sepanjang cuti mid sem aku yang baru aje lepas. alaaa cuti yang tak berapa nak cuti tu. nak tahu apa jadi? moh le kita baca apa yang jadi.

macam yang aku cakap cuti mid sem yang baru lepas ni sama mcam tak cuti sebabnya assignment, test dan quiz saling berebut-rebut minta untuk disiapkan dan aku yang baik, cantik, comel, manja, cerdik, tinggi lagi putih macam amoi ni pun bertindak lar dengan menyusun mengikut kepentingan dan selesaikan satu per satu. walaupun ada yang tak selesai tapi mostly done. alhamdulillah. eyhhhh ada yang nak muntah hijau ke pink ke kuning ke kelabu ke bila aku puji diri sendiri? kalau ada sila jangan muntah disini. ini bukan sink untuk korang muntah. kalau nak muntah sila ke sini untuk muntah dan sini juga untuk cik senah. tapiiiii aku rasa cik senah tak akan muntah sebab dia tak akan sampai hati. silap-silap dia tidur dekat situ. ahahaha. cik senah i gurau aje! jangan marah nanti kena jual. hew hew hew =)

okeh tak kisah la pasal tu. meyh ni nak sambung cerita. masa cuti yang lepas jugak aku sempat luangkan masa dengan adik-adik dan anak sedara aku. siapa mereka.?meyh aku kenalkan diorang dengan korang semua. mula-mula yang ni dulu.


yang ini adik perempuan aku. nama dia farah nadirah. dia ni lahir lepas aku. sekarang dia baru umoq 19 tahun. dia belajaq dekat kolej polytech MARA, bangi. alaaaa sebelah je dengan uniKL MFI. siapa yang duk belajaq dekat uniKL tahu la kot. almaklumla aku ni kan semakin banyak berkawan dengan bebudak uniKL ni so mesti diorang familiar dengan dengan uniKL-uniKL ni. okeh done pasal adik perempuan aku. sekarang jum aku kenalkan adik lelaki aku pulak.


ohhhh sorry yer sebab gambar dia tak full. kepala hilang separuh sebab dia perasan comel dan rendah naksnap gambar dengan binatang yang kecik tu. heheheeee. nama dia nur aizat tapi kitorang dalam family panggil dia aizat aje. dia anak bongsu dalam family. umur dia pulak baru 16 tahun tapi tak duduk sekali dengan kitorang. eyhhhh bukan kena buang ke apa cuma dia ni tinggal dekat hostel dekat penang. disebabkan dia suka belaridan sangat aktif belari dia jadi anak emas kunonnye la gitu kepada MSSN. kalau dulu bawah negeri perak tapi sejak tahun ni dia pergi bawah negeri pulau pinang pulak. kau murtad weyhhh. ahahaha. dia sekolah dekat S.M.K Bukit Mertajam. aku pun tak pernah pergi sekolah dia sebab masa hari register tu aku dekat shah alam tapi hari tu aku dengan family ada pergi melawat dia tapi pergi dekat hostel yang tak berapa nak hostel lar sebab aku tengok dah macam apartment aje. huntongggg lar semua di support. pergi bawak badan aje. haaaa korang ingat tak aku ada mention pasal adik aku accident motor baru-baru ni? dia lar orangnya. tu tu tu tengok tu tangan dia berbsimen lagi sebab dah masuk dawai yang macam cangkuk langsir rumah aku. ahahaha. tu pun ada hati lagi nak berjimba tengok wayang. haishhhh budak ni sebuk je. sakit duk rumah diam-diam lar. sekarang dia tengah cuti selama sebulan lebih dekat dua bulan jugak lar. padan muka duk rumah sorang sebab semua tak ada. hew hew hew =p

okeh okeh cukup pasal dia. jum kenal dengan anak sedara aku yang paling cantik, comel, tinggi, lawa, bergaya, cerdik dannnnnnnnnnn banyak mulut!


taraaaaa yang ni anak sedara sulong aku. nama dia nur annisa balqish tapi panggil balqish @ kakak @ belacan. kenapa panggil dia belacan? nama ni babah dia sendiri yang bagi sebab dia ni kalau datang mood malas dia memang dia kan selekeh gilonya. kalau keluar pun pun dengan baju buruk yang comot gilonya tapiiiii kalau datang mood beregek dia haaaaaa bersiap mengalahkan orang besar. nak pakai lipstik la, compack powder la, itu la ini la semua la. lepas tu yang selalu jadi mangsa barang-barang make-up aku jugak. haishhhh anak sedara siapa la ni. dia ni baru umur 6 tahun tapi tinggi macam budak darjah 2. ikut baka belah mummy (kakak aku) dia kot sebab kami semua tinggi-tinggi belaka macam tiang lampu jalan dan galah. yang ni pulak suka menyanyi. segala lagu dia nyanyi. BM BI semua dia sapu. lagu mandarin pun dia belasah. lepas tu suka pulak record suara sendiri dan hand phone yang selalu jadi mangsa phone adik aku yang perempuan tadi. menari jangan cakap. kalau dapat menari dah macam ada cacing ke ulat dalam badan. itu abah aku yang cakap la. heeeee.

itu serba sikit pasal mereka. tiba-tiba macam dapat ilham nak kenalkan family aku dengan korang semua pulak. yela lagi pun rasanya aku tak pernah lagi kenalkan korang dengan family aku secara official kan? kan? kan? in shaa allah ada masa aku kenalkan ye.

hah! masa kitorang keluar ni sebenarnya saja je nak habiskan bauca buku aku dengan nadirah tapi dah alang-alang keluar terus pergi tengok wayang. kitorang tengok IRON MAN. hahahaha. sila jangan jeles okeh sebab aku dan mereka-mereka dah pergi tengok dah. cik senah i dah tengok. jangan jelesssssssss tengok 3D gitu. kemain kan? hek hek hek. bagi aku ceritanya best jugak lar. kelakar. ada ke patut iron man tengah duk bergaduh sambil terbang boleh pulak dia terlanggar palang habis tercabut baju besi dia tu. ahahaha. dari 5 bintang aku boleh bagi 4 bintang. siapa yang belum pergi tengok sila lar selagi dia masih berada di panggung. heeeeee.

kami keluar berempat je. abah yang hantarkan. tu macam biasa lar. abah orang yang bertanggungjawab untuk menghantar kami adik-beradik ke mana saja sebab abah kalau boleh tak bagi kami semua naik bas awam. kata abah bahaya. sebab tu dulu sebelum masuk belajar aku tak tahu dan tak berani nak naik bas awam. sejak-sejak dah masuk belajar ni baru berani dan pandai sikit. hehehe. mungkin sebab abah rasa anak-anak dia dah besar jadi perlu berdikari sendiri. sayang, saya pernah cakap dengan awak saya susah nak berdikarikan masa mula kita kenal tapi sekarang saya dah boleh berdikari sendiri. in shaa allah. kagum tak dengan saya? hewwwwwwwwwww bangga sendiri sangat.

lepas habis tengok wayang dalam pukul 9 lebih abah dah tunggu dekat shopping mall tu dan kitorang terus balik rumah sebab masing-masing dah penat dan ada yang balik lepas mandi makan solat apa semua terus zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz tidur. hehehe. papa pun sangat seronok bila dapat meluangkan masa sama-sama dengan adik-beradik dan keluarga macam ni. tambah pulak macam family aku masing-masing dah besar dan ada yang duduk asing jadi susah nak jumpa. bila sesekali balik macam ni boleh la jumpa dan lepak sesama macam ni. sayangi lar keluarga anda. sekian. =)





No comments:

Post a Comment