BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

berjalan..sesat pulak..seronok

hii lagi cerita mau kongsi. ini kali pasal berjalan..sesat pulak..seronok. apakah? nih yang nak cerita. siapa mau tahu sila baca sampai habis dan siapa menyampaah asyik cerita aku jer boleh blah. hahaha.

nih kesinambungan dari cerita tadi sebenarnya. lepas habis dari quiz tingtong tu kan kami semua balik awal so kami pun terus pakay ramai-ramai pergi lunch dekat lua. section 7 jer pun. dekat jer. lokasi pilhan semalam dekat redone. semalam semua geng ada kecuali kak dee. dia balikterus lepas quiz sebab "penat" sangat katanya. ntah lar apa yang dia penatkan aku pun tak tahu. huhuhu. okeh tuh gelak nakal. so yang ada semalam shubby, kj, ayu, sad, mirul, epa, ain, aku dan syarfa. dua jer jejaka kelas aku tuh pun budak lagi sebab bawah umur kami-kami semua.

lepas dah makan semua lepak kejap borak-borak lepas tuh semua nak blah dah sebab kj dengan syarfa ada kelas lagi. mirul biasa lar orang kaya businessmankan nak pergi hantar pesanan dekat pelanggan lar. shubby pulak nak balik. so yang available aku, epa, sad, ayu dan ain. nak balik macam awal lagi so plan jalan dulu. shubby pun hantar lar kitorang dekat section 2 sebab konon nak pergi ngabiskan baucer buku dekat section 2 tuh jer. sana ada kedai stationary yang terima baucer buku. tapi bila dah pergi sana barang macam tak best pulak so tak jadi. tukar plan nak pergi MPH sacc mall tapi aku cakap tak nak sebab barang sana pun tak best. so, tukar plan lagi pergi setia city mall. nih dekat dengan shah alam juga lar. dah confirm kitorang ingat nak naik cab tapi cab nak 2 cab sebab lima orang. fikir balik macam membazir aje so cancel then kebetulan bas lalu naik bas. perjalanan pun dalam sengah jam jugak lar baru sampai setia city. yela naik baskan so banyak lar berhentinya. turunkan penumpang lar ambil penumpang lar macam-macam.

sampai jer dekat setia city terus serang MPH dekat sana. heaven! banyak lar sikit pilihanya. semua hilang dengan bakul masing-masing. aku pun sama ngabiskan rm100 baucer buku aku. sekarang tinggal baki rm50. aku beli mouse baru sebab mouse lama dah rosak. lepas tuh aku beli buku mahathir yang aku nakkkkkkkk sangat tuh. nih tengok nih.


nih lar dia bukunya. finally aku dapat jugak beli buku nih. sebelum nih aku baca dekat libry jer. tak best sebab bukan kita punyakan so rasa nak baca kena pergi libry. sekarang tak payah dah rasa nak baca amik aje dekat rak buku aku. best tau buku nih. baca lar. aku sangat mengagumi Tun dan isteri sebab tuh aku beli jugak buku nih. lagi aku beli buku tentang how to make people laugh and happy. buku nih aku beli sebab menarik. aku baca sikit dah rasa best terus lar aku beli. lepas tu nak kasi cukup seratus aku tambah lagi beli stick gum.

lepas dah semua orang bayar kitorang pun balik. tunggu bas. tunggu punya tunggu bas datang kitorang pun naik jela sebab dah lama sangat tunggunya. naik bas tuh pergi sana-sini hantar orang ape semua sampai masuk puncak alam. bila dah turunkan student puncak alam driver bas tuh tanya kitorang nak balik shah alam ke nih? kitorang pun serantak jawab "haah." dalam tuh pun ada lagi beberapa orang awam yang lain lar bukan kitorang jer. lepas tuh pakcik tuh cakap salah naik bas. ha? apa? salah?semua kami terkejut plus tercengang sekejap. yela puncak alam dengan shah alam jauhhhhhhhhhhhh sangat tahu tak. pastu sad tanya habis tuh macam mana pakcik? pakcik tuh jawab korang turun dulu dekat sini (dalam puncak alam) nanti ada bas yang datang pergi shah alam. ohmaigodddd malu gila tahu tak? memang nampak sangat yang muka kami nih bukan muka puncak alam. kami pun turun. redha. tunggu bas lagi. bas yang sama jugak datang. pakcik tuh ajak naik sebab dia nak kena pergi setia city then patah balik pergi shah alam tempat yang kami naik bas tadi. homaigodddddd. pakcik apa motif suruh kami turun tadi kalau bas pakcik juga yang lalu depan kami? sumpah sampai ke sekarang aku tak faham motif pakcik tuh suruh turun. sabar jela dengan pakcik tuh. dah lar aku nak cepat sebab malam aku ada meeting dan interview dengan PPP.

so bila dah naik lagi sekali kena jugak lar bayar tambangnya. nasib rm2 ringgit jer tahu tak. geram pulak hati kita nih. kali nih sejam jugak dalam bas baru sampai section 2 shah alam tuh. aduiiiii penat gilok aku rasa tahu. dari siang sampai malam baru jumpa jalan pulang. tuh pun kelam-kabut aku dibuatnya sebab takut lambat datang i/view tuh. diorang makan malam dulu dekat sec 2 tuh sebab masing-masing dah kelaparan. aku jer balik dulu sebab nak cepat. dalam masa nak balik dengan bas tuh pulak lar nak kena tahan dengan pakcik jaga. gerammmm plus nak marah aku di buatnya. masa aku nak cepat nih lar dia nak buat sport-check kad matrik segala bagai. erghhhhh. geram aku. sampai kolej terus aku tengok aku orang keberapa yang nak kena i/view. selamat aku punya time pukul 9.45 dan masa aku balik baru pukul 8.30. so, aku sempat mandi dan gosok baju sebab kena pakai baju kurung. yela nak ngadap PPP kena lar sopan. yang nih pun ada ceritanya tapi nanti dekat next entry. banyakan ceritanya. tuh lar aku dah cakap tadikan. berkait-kait pulak tuh. heeee. so selamat dan selesai lar sesi interview aku cuma jawapannya belum diketahui lagi macam mana. in shaa allah berjaya. doakan lar okeh. okeh aku nak kena jumpa Puan Nadimah sekajap nih. ada perkara yang perlu dibincangkan untuk program nanti. daaaa see you yeahhh!

No comments:

Post a Comment