BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

happy bufday nik



haaaa.! tak terlambat rasanya nak update pasal bufday seseorang ni. seseorang yang aku sayang. siapa dia.? jom aku shere sikit gambar dia. 


yes..ini lar orangnya. nik muhammad fitry bin nik mustafa. hello dear nik.! *kenyit mata* tanggal 15 mei 2014 hari tu merupakan hari dimana mamat ni di lahirkan. untuk tahu ni nik celebrate bufday dia yang ke 25 tahun. tak macam 25 pun kan muka dia.? yer.! saya sangat setuju sebab dia nampak lagi tua dari usia sebenar mungkin sebab dia anak sulung dan mungkin jugak sebab dengan siapa dia bergaul di office dan di set photo shoot. no matter how it look im still fall in love with this guy. nik.! i love you. *kenyit mata lagi*

bufday dia jatuh pada hari khamis which is hari bekerja dan dah semestinya dia pun bekerja . disebabkan dia busy di hari2 bekerja jadinya tidak ada masa untuk kami keluar date dan celebrate bufday boy. tapi aku tak dela kejam sangat so setakat wish jela. tepat 12 tengah malam aku dah call dia wish happy bufday. nasib dia tak tidur lagi masa tu sebab baru balik gym dan baru sampai rumah rasanya kalau tak silap dia cakap. sempat lar borak kejap. tak boleh nak borak lelama sebab orang kerjakan balik gym lagi so penat dan nak bagi dia masa rehat dan tidur lar. 

esoknya aku wish lagi dekat facebook. asalnya tak nak wish dah tapi dah keluar dekat notification tu so wish jela lagi. hahaha. tamakkan.? kesah pulak aku. lepas tu aku wish dekat ig siap buatkan video lagi tu untuk dia. tapi video stupid-stupid jela sebab masa buat tu pun tengah bosan tu yang terwujudnya video tu. siapa yang follow ig saya boleh lar usha-usha dekat sane yer adik kakak abang semua. dekat whatsapp pun aku wish lagi beserta video tadi. you know what dalam busy dengan kerja luar tu dia boleh curi masa sikit terus call. apa lagi gelak ler kami berdua. dia say thanks sebab buatkan video tu bla bla bla. *perbualan rahsia mana boleh bagi tahu semua. huhuhu* sebelum end call sempat lar dia buat diner date dengan aku. eyh, dia pulak yang buat diner date. hahaha. yer memang selalunya dia yang buat diner date pun sebab aku jarang nak buat diner date dengan dia sebab takut dia busy. tapi sayangnya malam tu tak jadi nak ber'date' dengan nik sebab last minute client call cakap nak jumpa malam tu. sebagai seorang yang memahami kerja dia yang tak menentu itu pun melepaskanlah dia jumpa dengan client dia. 

next day (jumaat) kunon nak jumpa tapi aku pulak yang busy so tak dapat jugak nak jumpa dan celebrate. sabtunya pulak seharian dia busy dekat office sebab ada event apa ntah aku lupa. dia ajak sekali tapi memang tak lar aku nak pergikan sebab nanti aku akan mendap jer sebab sah-sah dia busy dengan kerja dia mana nak layan aku lagi so baik tak payah. dan tak jugak jumpa dengan my love yang sorang ni. tapi tak apala sebab sekurangnya sempat lar juga aku keluar cari hadiah untuk dia sabtu tu. dannnnnnnn akhirnya ahad malam baru kami dapat jumpa. haishhhh..dekat tapi banyak sangat halangannya bila nak jumpa. 

ahad sempat jugak lar kami berjumpa lepas dia balik dari celebrate dengan kawan-kawan gym dia. yang ni just for man so im not invited. ape yang rahsia sangat ntah sampai nak buat just for men. yang pasti bukan yang bukan-bukan lar. i trust him. mid night jugak la aku jumpa dia. pergi makan jer. lepas tu lepak datran shah alam kejap then balik. simple jer. sebelum aku naik rumah sempat lar bagi hadiah yang tak seberapa tu. dia happy sangat dapat hadiah tu. sorry sayang it just a simple present. i dah plan nak celeb bufday u buat mini party for u tapi masa tak mengizinkan so cancelled. thanks jugak sebab u yang belanja i makan malam tu. sepatutnya i yang belanja u tapi u kan pantang kalau i yang keluar duit so u dulu lagi laju pergi bayar. 

itu lar ringkasan cerita tentang bufday my love nik. nik i love you, dear.! happy 25th bufday. 



mana satu



dalam hidup ni kite tak akan pernah lari dari perlu membuat keputusankan. tak kesah lar keputusan untuk apa sekali pon. dan untuk membuat sesuatu keputusan bukan lar sesuatu yang mudah. terutama untuk hal-hal yang melibatkan masa depan. 

macam tu jugak dengan aku. tak boleh lari dari membuat keputusan. bagi sesetengah orang ini mungkin cuma satu lakonan atau saja nak menunjuk-nunjuk atau apa tapi bagi aku keputusan yang perlu aku buat ni sesuatu yang sangat penting. penting untuk masa depan aku. tak payah aku buang masa. biar aku kongsi dengan korang. sebab aku terasa macam betul-betul tengah confused. 

aku tak tahu nak pilih siapa sebab dua-duanya pon ada kelebihan masing-masing. kedua-duanya pun aku sayang. kedua-duanya pun dah stabil dari segi kewangan tapi yang ni aku tak kesah sangat. kedua-duanya menjaga solat. alhamdulillah. kedua-duanya jenis yang pentingkan keluarga. pun alhamdulillah dan ini yang aku cari sebab aku tak nak lepas dah kahwin diorang buat tak endah dengan family aku. memang aku lempang laju-laju la jawabnya. yang paling penting kedua-duanya mampu bertahan dengan perangai dan karenah aku. pun syukur alhamdulillah. mungkin aku semakin matang dan perangai sedikit berubah yang menyenangkan mereka. mungkin. aku rasa jer kalau orang tengok aku masih sama macam dulu terpulang pada pandangan masing-masing lar. 

tapi biasalah bak kata orang mana ada manusia yang perfect kan.? diorang pun masing-masing punya kekurangan masing-masing. yang sorang tu sangat susah nak jumpa dengan aku. aku tahu dia selalu busy. kerja awal pagi dah keluar rumah malam orang dah bersantai-santai dia baru nak balik. kesian jugak tapi kadang-kadang rasa nak marah jugak sebab rasa macam dia tak ada masa untuk aku. bukan lar aku nak berkepit 24/7 sebab aku pun rimas jugak berkepit manjang tapi sekurangnya luangkan masa untuk jumpa, borak face to face, keluar makan, atau buat apa-apa aktiviti. yes.! memang aku tak nafikan walaupun dia sentiasa busy dengan kerja dia, dia still text aku every morning, whtaspp aku sentiasa, call bile ada masa lapang sikit. still take care pasal aku. memang aku faham kerja dia yang sentiasa busy tu tapi aku manusia biasa. lemah bila di hasut syaitan mula rasa nak marah and sedih bila dia tak luangkan masa untuk jumpa aku. nak jumpa sebulan sekali pun susah. korang imaginlah. nak kata jauh tak jauh pun. dekat shah alam ni jugak tapi hurmmm. boo, i know u selalu busy dengan kerja on weekend u busy dengan team bola you but at least spend your time dengan i. just too of us. sometimes i'm die heart missing u dear tapi takkan i nak bagi tahu u pulak. malu lar i. plus i tak nak serabutkan u sebab i tahu kerja u banyak. hurmmm. my dear boo i hope i can be strong to face all this. and i hope if u are the chosen one yang di takdirkan to be with me after we get married i won't face all this. i tak nak kite berjauhan macam ni. i nak sentiasa dengan u. ni belum masuk bab yang u nak kena hantar kerja dekat jepun. oh damn teramat sangat. jauh sangat tu sayang. kalau seminggu tak apa ni bertahun. mati terseksa la i dekat sini boo. mintak nyawa la ya ALLAH.

yang sorang lagi pulak memang lar sentiasa ada dengan aku. pantang bila aku cakap aku cravingkan sesuatu sepantas kilat dia datang ambik aku bawak pergi makan benda yang aku cravingkan tu or pergi tempat yang aku nk pergi tu. sentiasa ada depan mata bila aku memerlukan senang cita. apa yang kurangnya dia bila depan aku nampak macam nervous. mungkin jugak dia memang nervous sebab walaupun aku dengan dia dah lama kenal and he is my senior dekat fakulti tapi sejak beberapa bulan ni kami jadi rapat balik dan dia mula meluahkan rasa hati dia dekat aku. bukan nak cakap aku howt la cita dia kan sampai abang senior date dengan aku pun nervous tapi tula masalahnya. plus dia terlalu kacak untuk aku. memang dia jenis yang aku cari tapi terlalu ramai pulak gadis-gadis dekat lua sana yang duk usha dia. tak perlu lar kot setiap kali keluar dengan dia semua nak pandang macam kami buat salah. yer mungkin orang-orang fikir aku tak sepadan dengan dia tapi kalau dah jodoh what to do kan.? belum masuk bab fans dia yang seciput tu lagi. hurmmmm. tak perlu kot rasanya masa tengah keluar dengan aku pun still ada office-mate, ex-girlfriend, kawan-kawan girl nak text ajak borak ajak keluar. wahai hati sabar jela dengan semua ini. ini semua ujian dari-NYA. dia pun kadang-kadang selalu busy jugak. busy dengan gym dia. setiap malam lepas kerja pergi gym. balik dah lewat mandi solat terus tidur sebab penat. aku.? hurmmmm. hanya akan dapat teks "good night baby farah". kalau jumpa on weekdays pun kejap-kejap jer sebab rushing nak kejar masa nak ke gym. oh my mr.N i mintak sangat kurangkan lar aktiviti gym u. spend your time dgn i kan lagi baik. on weekend pon nak kena ke gym ke sayang.? weekdays dah 7 malam berumah dekat sana weekend bermalam la keluar dengan i. and kurangkan rasa nervous u tu. i bukan artis yang u nak kena rasa nervous bila jumpa. u tu yang celebriti. model sana-sini i ni ape jela. just be yourselg and no need to feel awkward dengan i. can be sayang.? 

gitu lar citenya. dua-duanya aku sayang. aku suka. aku senang. dua-duanya selalu take care pasal aku. cuma masa masing-masing yang jadi masalah untuk aku. terlalu banyak komitmen. mungkin ini gayanya kalau bercinta dengan orang yang dah berkerjaya sedangkan aku masih bergelar student. mungkin sebab tu aku rasa macam ni. sebab aku student yang tak banyak komitmen. komitmen aku hanya untuk belajar. mungkin lepas aku dah masuk alam pekerjaan aku tak akan lagi rasa macam ni sebab masa tu aku pun dah busy dengan kerja-kerja aku. 

tapi kenapa aku perlu rasa sayang dengan keduanya.? yes.! aku memang bersyukur dengan apa yang dikurniakan. dua orang sekali gus pada masa yang sama setelah dulunya hati aku di sakiti dan menangis sendiri di saat orang lain ketawa gembira. di ganti dengan yang lebih baik lebih berkerjaya dari yang sebelumnya tapi kenapa perlu dua orang pada masa yang sama. atau ini ujian dari-Nya. ujian untuk aku supaya bijak dalam membuat pilihan yang terbaik untuk aku supaya aku tak kecewa dan di kecewakan lagi. ujian untuk aku supaya sentiasa berdoa pada ALLAH mintak petunjuk dari-Nya dalam membuat pilihan. ya ALLAH ya tuhan ku aku mohon pada-Mu tunjukkan mana yang terbaik untuk ku. aku tak nak sakiti hati keduanya. aku sayang keduanya. aku tak sanggup kehilangan keduanya. kalau perlu aku memilih antara keduanya kuatkan hati ku ini ya ALLAH. kuatkan supaya aku tidak berpaling semula kepada yang telah aku tinggalkan suatu hari nanti. kuat untuk meninggalkan salah seorang dan bersama dengan yang telah aku pilih atas petunjuk-Mu ya ALLAH. hurmmm. aku keliru. 

usia aku bukan semakin muda. semakin tua. semakin bertambah angka usia aku. sampai masanya untuk aku lebih serius dengan peri hal masa depan dan pasangan aku. kalau dulu aku silih bertukar ganti pasangan kini aku perlu mencari seseorang yang betul-betul boleh terima aku seadanya aku. terima kelebihan dan kekurangan aku. yang boleh jadi imam untuk aku. yang boleh sentiasa membimbing aku ke arah yang di redhai ALLAH. seseorang yang boleh jaga aku masa sihat dan sakit. seseorang sentiasa bersama aku ketika susah dan senang. aku mohon petunjuk-Mu ya ALLAH. aku juga macam orang lain yang punya impian untuk berpasangan. tamatkan zaman bujang dengan ikatan pertunangan mendirikan rumah tangga punya zuriat yang comel dan berkeluarga yang kekal hingga ke jannah. walaupun ramai kawan-kawan yang kata aku nampak cool dengan usia yang macam ni masih tak punya steady boyfie hakikatnya dalam diri ni hanya tuhan yang tahu. bukan mudah untuk aku percaya dan jatuh cinta lagi lepas semua yang dah jadi. berkali aku jatuh dan di uji bila aku mula setia. sebab ni jugak bila orang tanya aku dengan siapa sekarang aku cuma mampu senyum. sebab aku tak tahu siapa sebenarnya partner aku. aku masih menunggu petunjuk dari-Nya. sorry babe aku bukan nak sorok siapa couple aku sekarang cuma belum masa untuk aku cerita semuanya. sebab aku sendiri pon tengah keliru. bila sampai masanya in shaa ALLAH korang akan tahu siapa pasangan aku. pasangan sehidup semati. in shaa ALLAH. atau mungkin korang akan terima kad dari aku. huhu. doa-doakan lar.