BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

terharu :')

entry kali ni aku dedicate untuk dia yang aku sayang ketat ketat *big hug and kiss, muah muah muah*. for a what reason.? ha.! ni yang nak cerita ni. oh yer btw assalamualaikum semua and happy midnight.

before aku mula kisahnya aku nak kasi tahu dulu awal-awal yang aku ni duduk sorang-sorang dalam bilik dekat hostel ni. mana roomate.? dulu masa awal sem ada but now dia dah tak ada bukan sebab meninggal tapi sebab dia terpaksa extend atas sebab masalah kesihatan dia. so, korang imagine lar situasinya yer. wahhhh..situasi nak class saja. HAHA.

okeh since dah aku stay sorang-sorang dalam bilik ni maka bilik ini pun kerap lar menjadi bilik lepak mereka-mereka yang selalu buat semak bilik aku buat bising dekat bilik aku. tapi serius cakap aku sayang diorang. kalau diorang tak datang bilik aku mesti akan rasa sunyi apoknya. *weyh aku sayang korang weyh. muah muah.* dan malam ini jugak macam biasa lepas meeting dekat bilik JPK tadi bilik aku de serang oleh makhluk-makhluk perosak yang educated semuanya ni. lepas sorang sorang datang. *eyh, korang ni tak boleh ke nak datang serentak sekali je ha.? pusing kepala aku tengok korang ni duk keluar masuk bilik aku.* dan kedatangan diorang ni biasa lar nak pinjam itu lar nak pinjam ini lar nak tengok tudung lar nak pinjam sabun basuh baju lar nak nyembang gosip "meeting" dalam bilik ni jangan cakap lar kan. DIVA semuanya. mih mih mihhh >.<

tapi malam ni ada kejutan yang buatkan aku rasa nak menitikkan ayaq mata ni bila nana masuk bilik aku. apa dia buat.? dia tak adala buat apa-apa tapi dengan tiba-tibanya dia datang masuk bilik (ermmm..bila aku ada dalam bilik pintu memang aku tak boleh nak kunci sebab bebudak ni kejap kejap nak masuk so aku malas nak buka pintu so bila tak kunci aku hanya perlu jerit MASUKKKKKKKK.!! jer dari dalam then pandai-pandai lar diorang buka pintu tu sendiri. HEHEHE. nampak macam pemalaskan.? actually memang pun. penat. nak pulak bila tengah duk sedap makan ke landing atas katil ke tiba-tiba makhluk-makhluk ni datang nak jengah. HUHUHU. =p

ha.! balik ke cita nana tadi. dia masuk dengan tersengeh-sengeh aku pun tanya "kau pehal ni masuk bilik aku tersengeh-sengeh ni.? apa kau nak.?" tapi sayangnya malam ni si budak nana ni tersalah makan ubat duk sengeh jugak tak jawab soalan aku. tiba-tiba dia keluarkan sesuatu dari belakang dia. TARRAAAAAAAAAAAAAAAA..!!


ini lar yang nana keluarkan dari belakang dia. dan at this moment aku pun dah cuak tapi still under control tanya dia "kau pehal ni bagi aku ni segala.?" at first dia jawab "cantik tak.? nih hadiah untuk kau. aku buat sendiri ni." aku. "kau buat.? hadiah apa ni.? owhhhh..ini untuk yang nak bagi anak yatim tu erk.? untuk program yang ahad ni.?" nana balas "eyh..apa pulak ini aku buat khas untuk kau lar. hadiah untuk kau sebab sekarang kau dah bertudungkan so aku belikan lar selendang untuk kau. suka tak.? pakai tau nanti jangan tak pakai pulak." aku hanya mampu tersenyum. dalam hati tuhan ajer yang tahu betapa aku terharu. macam nak mengalir air mata ni. nasib baik nana cepat-cepat keluar lepas bagi selendang ni kalau tak ermmm tak pasai free-free dapat tengok drama air mata aku. HAHAHA.

nana, cantik sangat selendang ni. aku suka corak dia yang ala-ala corak sari tu. terima kasih lar sebab peka dengan apa yang aku suka. mungkin kau stalk aku masa kite sama-sama pergi ngabehkan duit dekat DC beli tudung tu erk.? HEHEHE. i love it nana. muah muah. in shaa allah aku pakai tudung ni esok masa nak keluar. thanks sebab support aku masa aku tengah kung fu fighting dengan RAZALI dan support aku juga dalam berhijab. =')

lepas dah dapat aku terus buka ikatan tu dan cuba-cuba depan cermin. sempat juga lar nana tengok sebelum dia masuk bilik dia. kau mesti nak menangis jugak erk.? sebab tu kau cepat-cepat nak masuk bilik erk.? HUHU. =* btw again nana, thanks so much for a selendang. sangat suka. sangat cantik. kain pun sedap dipakai. LOVE YOU NANA :-*



kekal selamanya.?..in shaa allah



assalamualaikum.

dulu aku jahil.
dulu aku ego.
dulu aku ingkar.
dulu aku lalai.
tapi...
setiap masa aku berdoa.
setiap masa aku mengharapkan sesuatu.
setiap masa aku impikan.
sekarang perlahan-lahan aku mula merasai apa yang aku impikan.
tapi kadang-kadang aku terasa takut.
terasa takut kalau-kalau ianya sementara..tak kekal lama..tak berpanjangan.
aku takut ainya akan goyah.
aku takut akan berpatah balik ke masa silam.
aku takut diri ni dikutuk hanya sebab itu.
aku mohon...
aku mohon supaya ianya kekal.
aku mohon supaya aku teruskannya selamanya..hingga terhentinya nafas ini.
aku mohon supaya aku tenang dengannya.
aku mohon supaya aku berpegang teguh padanya.
ya ALLAH...
terima kasih tuhan ku.
terima kasih kerana KAU bukakan pintu hati ini.
terima kasih kerana KAU bukan juga jalan untuk ke syurga-MU.
terima kasih juga kerana KAU memakbulkan doa-doa aku.
syukur ALHAMDULILLAH YA ALLAH.
terima kasih juga pada mak abah yang selalu mengharapkannya.
mendoakan yang sama untuk aku setiap masa.
selalu mengharapkannya.
kini...
aku mula merasainya.
aku mula mendekatinya.
aku mula untuk mencintai DIA lebih dari segalanya.
aku mula menyayangi DIA lebih dari segalanya.
aku mula menghampiri-NYA.
syukur ALHAMDULILLAH.
terima kasih mak, abah, kak long, abang ngah dan adik-adik aku yang selalu menyokong.
terima kasih kak sari, bff qiera, mama, mak yang, mak uda dan kawan-kawan yang lain.
aku sayang korang semua. aku perlukan sokongan korang. :')















#cinta aku untuk KAU akan kekal selamanya. KAU penggerak hati ini. KAU bukan dan tunjukkan lah kepada aku orang yang betul-betul menyintai aku. jika dia adalah orangnya segeralah KAU tunjukkan pada aku ya ALLAH. aminnn. :')

#thanks juga untuk anas, log, nik, dan abang deris yang support :')

welcome baby boy

assalamualaikum.

sedar tak sedar dah sembilan bulan sembilan hari kalau tak silap aku si ibu membawa kandungannya kemana sahaja. ke utara selatan timur dan ke barat. langsung tak pernah di tinggalkannya walaupun hanya untuk sesaat. di usung dan di pertahankannya walaupun ada yang menidakkan atau mengatakan yang negatif ke atas bayi tersebut. belum lagi cakap pasal alahan dan alergi yang di tanggung oleh si ibu sepanjang sembilan bulan itu. hanya si ibu si anak dan tuhan yang tahu. tapi aku yakin baby itu adalah baby yang baik dan pastinya tak banyak menyusahkan ibunya sepanjang dalam kantung si ibu. in shaa allah sayang. =)

sepanjang sembilan bulan itu juga si ibu begitu menjaga makan dan minumnya semata demi menjaga bayi dalam kandungannya. segala pantang larang di patuhi. segala kerja berat di elakkan. segalanya demi sebuah nyawa yang begitu berharga bagi setiap pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. begitu juga aku suatu hari nanti. in shaa allah. :') 

dan semalam. lahirlah seorang yang bergelar anak ke muka bumi yang fana dan penuh dengan pancaroba dan permainan dunia. seorang anak yang bernama bayi. seorang yang cukup sifatnya. alhamdulillah. seorang yang sangat comel. seorang yang sihat tubuh badannya.

tahniah dan penuh syukur di ucapkan kepada net dan jugak suami dia yang kini telah melangkah setapak lagi ke dunia ibu ayah dan semoga mereka di beri kekuatan yang agong dalam membesarkan anak mereka. anak adalah rezeki terbesar yang ALLAH kurniakan kepada kita. syukur dengan nikmat yang terbesar ini. alhamdulillah. :')

bertambah seorang lagi anak buah aku yang sangat comel. muka iras anak cina. bak cakap net nasib baik mata dia sepet sikit tak bulat macam aku kalau tak dah tak pasal2 anak dia mata bulat macam aku. HAHAHA. kelakar lar mommy net nih. =)

apa2 pun semoga net selamat dalam berpantang dan cepat2 sembuh. untuk baby pulak tunggu aunty nad datang tengok awak okeh sayang. aunty nad ke mama nad ke umi nad ke ibu nad ke mak nad ke walau apa pun panggilan yang diberikan pada aku, aku tak kisah yang penting sayang aku dekat seeeeeeeeeeeemua anak2 sedara aku adalah sama. mama nad saaaaaaaaaaaayang semua anak2 sedara mama nad. balqish, adik zulaika, baby annur, apek farish dan sekarang baby yang baru lahir yang masih belum ada nama nih. semoga semua anak2 mama nad jadi anak yang taat pada perintah ALLAH, parents masing2 dan semoga korang semua berjaya dalam hidup masing2 dan menjadi seseorang yang berguna pada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. in shaa allah. =)



comel betul anak net nih. ikut muka sapa lar nih. be a good boy okeh dear. i love you baby boy. nanti mama nad datang jumpa awak dengan mama qaseh okeh sayang. excited nak dukung awak baby boy. :')

senior

assalamualaikum.




hoooooreyyy.!! happy tahap to the max. you know why.? yes.! sebab this is my final year. final year yang membuatkan masa aku semakin kurang dan semakin sibuk dengan segala jenis hal perkara dan juga masalah. mungkin. tapi aku harap di semester akhir sebelum aku langkah setapak ke alam praktikal dan kerja tidak akan ada seorang pun atau benda2 yang mengacau dan membebankan aku. in shaa allah. 

di semester akhir ini jugak masa aku sangat pack. memang sengaja aku busykan diri aku dengan kerja2 dan perkara2 yang aku fikirkan baik dan berguna untuk masa depan aku supaya setiap saat yang aku lalui di penuhi dengan bermanfaat walaupun badan dan otak terasa penat. dengan cara ni jugak sekurangnya aku dapat melupakan semua yang dah jadi dan pernah membebankan aku. aku tak mungkin lagi akan terjebak dan kalau boleh aku mintak ALLAH jauhkan segalanya dari aku. aku mohon kalau ada yang terasa dengan kata2 aku nih supaya dia jugak faham keadaan aku.

di semester akhir jugak baaaaaaanyak event yang aku perlu handle. event dekat kolej dan dekat fakulti. plus major course aku pulak memang event management so ada dua event yang aku kena handle dengan classmate aku yang lain. harap ALLAH permudahkan segala urusan kami.

cakap pasal event dekat fakulti ada benda gembira yang aku nak sharekan dengan korang semua. dan benda nih jugak dah pun aku share dulu dengan someone dan dia adalah orang pertama yang aku sharekan hal nih sebelum korang2 semua. HAHA. apa dia.? nih nak habaq nih. untuk salah satu event yang perlu aku dan classmate aku handle nanti adalah event yang berkoleberasi dengan PATRONAS. yes.! patronas yang dekat KLCC tula. haiyyaaa. kami ade event dengan department HR diorang. macam yang aku cakap dekat someone dari dulu yang aku memang naaaaaaaaaak sangat buat praktikal dekat sana tapi someone tak bagi sebab dia jeles. HAHA. you are funny dear. jeles kuat sangat. disebabkan respek respek ke.? yela kot. respek dengan keputusan dia aku pun tukar plan untuk buat praktikal dekat tempat lain. you know dia jeles sebab ape.? dia jeles sebab takut aku tersangkut dengan mana2 staff dekat sana atau mana2 engineer dekat sana. HAHA. kan betul aku cakap dia kuat jeles. tapi sekarang aku berpeluang untuk berkerjasama dengan diorang so it was like satu peluang keemasan bagi aku and you know what i am so excited to do it. when i told that someone i dunno what is the reaction but what i know is dia macam okeh jer so mungkin betul2 okeh lar. dia jugak ada wish dekat aku sebab dah dapat peluang nih. thank you dear. =)

owh..untuk tempat praktikal pulak aku masih lagi mencari tempat yang sesuai untuk course aku tapi antara tempat yang aku nak pergi mungkin dekat putrajaya atau pun dekat company dekat rumah aku so that senang aku duduk dekat rumah jer. HEW HEW HEW. aku kan senang home sick so cara terbaik adalah untuk praktikal dekat rumah aku. HEEEE. =p

hurmmm..aku rasa just for it kot untuk cerita pasal last semester aku nih. tak ada yang lebih penting dalam hidup aku sekarang nih melainkan aku dapat habiskan cepat study aku nih. aku nak segala penat lelah aku terbalas dengan sesuatu yang bahagia bukan ajer untuk aku tapi jugak untuk mak abah aku dan mungkin si dia. teheeee =D siapa.? in shaa allah akan diberitahu nanti. soon okeh. apa yang penting sekarang aku harap korang doakan supaya segalanya berjalan dengan lancar dan aku berjaya selesaikan last semester aku dengan jayanya. in shaa allah. =)

soon. in shaa allah.


bertunang.?...alhamdulillah :)


upsss.!! apa nih.? kenapa ada gambar cincin pulak nih.? ohhh mmm geeeeee.! what is going on right now.? cantik cincin nih.? milik siapakah cincin silver nih.? owhhh ok stop it. banyak sangat soalannya. dari berterusan menjadi tanda tanya mari kite merungkaikan siapa dan apa sebenarnya yang berlaku. owhhh yer btw assalamualaikum semuaa pembaca blog ada ke yang nak baca.? hurmmm.. i guess ada jer yang nak baca sebab kalau tidak tak ada lar rate readers aku meningkat setiap hari. am i right guysss.? what so ever lar yang penting post2 aku yang dalam nih nanti akan aku baca sekali dua kali tiga kali dan mungkin berkali-kali. in shaa allah. okeh dah banyak sangat membebel let's start our entry. bukan our tapi entry aku. aku tulis korang baca. okeh sayang2 ku sekalian alam semesta.? heheeee iklan kokocrunch sangat. =)

korang tengok cantik tak cincin tuh.? sesuai tak dengan jari aku yang ibarat galah atau buluh2 di hutan rimba bara yang sangat panjang nih.? jangan jawab sebab kalau korang jawab mesti yang merapu sebab korang bukan pernah tengok jari jemari aku yang lembut lagi halus dan pulus nih. HAHA. nih naik basikal kayuh sendiri namanya. adik-adik kakak-kakak abang-abang dan makcik-makcik mungkin jangan tiru aksi nih. HUHUHU. kalau cantik alhamdulillah. ini adalah antara bentuk2 cincin yang menepati cita rasa dan kehendak aku lar. okeh selesai sudah kerja aku nanti. cincin dah jumpa.



haaa.! guysss yang nih macam mana pulak.? cantik ke idok.? yang nih cincin untuk bakal tunang aku. huntung you sayang bukan you jer bagi cincin dekat i tapi i pon ada cincin tunang untuk you jugak sayang. tenyum lettew bila tahu itew nak bagi ring jugak dekat iyew. TEHEEE. =D so simple kan.? okeh lar tuh untuk lelaki jer pun so okeh lar not too much diamond. kalau banyak sangat kang udah ghupe M.Daud kilau pulok. berkilau sangat udah bepino mate teman nengoknye karang. single diamond means i am the only one yang akan ada dalam hati dia for the rest of his life. no 2 3 or 4 yang akan jadi wife, skandal, girlfriend or what so ever. NO sayang.! okeh cincin dah settle and now jom kite tengok persiapan lain pulak. what ha.? owhhh one most important thing is PELAMIN. not pelamin angan ku musnah but engagement punya pelamin lar. jum korang tolong decidekan untuk majlis tuh nanti. mana yang cantik, comel, simple, soft color, nice to hold once broken consider sold.! HAHA. yang last tu merapu jer. okeh lar kalau gitu jum tengok nih dulu.



yang atas nih untuk theme sweet memory on engagement day. basically warna yang menjadi pilihan soft pink and white. rasanya bakal tunang dan suami aku pun tak gelap so sesuai lar kan untuk warna2 yang sweet macam nih. bile snap picture cantik plus cute jer. kan.? kan.? kan.? ha.! yang kat bawah nih pulak untuk tema dalam taman. akak kan suka bertaman2 dan kehijauan nih so bertunang dan berkahwin dalam taman nih memang impian akak lar dek non hoii. meyh lar tengok antara nyer lar cenggini lar rupe dia.



ha.!lagu mana.?okeh ke tidak.?tapi yang last nih nampak macam ada sikit keserabutan di situkan.?urmmmm..tak apa inikan baru cadangan ajer nanti kalau jumpa yang lain kite graaaaaaaab jer terus. about money.? in shaa allah tak ada hal punya asal jangan terlalu membazir. ye dok sayang.?

lagi nak tunjuk baju pulak lar. antara design yang telah di shortlistedkan untuk tempahan. jom tengok dulu yer. kalau korang rasa ada yang sesuai untuk aku let me know. okeh bebeh2 sekalian.? =)



aku macam paling suka dengan yang bawah nih. nampak sangat sweet. warna dia pon sesuai jer dengan warna kulit aku yang cerah nih. ini kenyataan okeh. HOHO. tapi nak kena tengok lagi. kalau ada yang lagi menarik again kite gerrabbbbb ajer. HIHUHIHU. tapi kalau boleh dapat macam nih pun okeh jugak yunk.


yang nih sangat menepati cita rasa aku. dari segi deco dia sampai ke baju semua aku suka. you i nak yang macam ni boleh.?kalau you bagi lagi berganda2 i sayang you. HEHUHEHU. =P lagi apa yer. urmmm..barang hantaran jer belum buat persiapan lagi. soon in shaa allah.

bila cakap pasal persiapan nih bertambah nervous pulak rasanya. tak sabar takut semua rasa adalah. hanya tuhan jer yang tahu. ya allah semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar tanpa sebarang atau perasaan iri hati berlaku. okeh lar korang tunggu jela kesinambungan dari entry nih nanti yer. doakan jela yang baik2 untuk i olls okeh. sesungguhnya doa yang baik untuk orang lain maka akan datang juga kebaikan untuknya kelak. i am sooooo excited babe. HUH.! =) see yawww.!

open house dato VC

assalamualaikum.

haaaa..seronok baca entry aku pasal salam perantauan.? teruja.? ah tak kesah lar apa pun yang korang rasakan yang penting kite enjoy.! HAHA. okeh kali ni pun aku still nak cakap pasal raya. yela raya sakan lar katakan tahun ni sebab dah habis syawal pun masih lagi attend open house dan kalau baca pada tajuk entry open house tu di anjurkan oleh dato VC uitm yang di adakan di padang perindu uitm shah alam.

open house ni katanya sengaja di lambatkan sebab katanya dato vc nak tunggu anak2anda dye balik dulu baru nak celebrate sama2. thanks dato vc yang prihatin dengan anak2. we love you dato :-* masa hari kejadian ada lebih kurang 50 buah gerai yang sediakan pelbagai jenis makanan. setiap gerai mewakili kolej2 kediaman yang ada fakulti2 dan jugak kelab2 kediaman yang ada dekat uitm. kolej melati sediakan pasta dengan roti sosej untuk di edarkan pada student yang datang ke booth kitorg. kalau dah namanya kolej melati punya booth dah pasti yang herry pon akan turut ada. dye nampak sangat kacak on that day dengan baju kemeja slack dan songkok dye. as usual badan dye memang nampak sangat tegap plus sasa dengan pakaian yang macam tuh.

selain dari herry abang2 aku yang lain pun ada jugak. abang emy, abang deris, abang kecik dan abang apis. semua pun smart jer. akak2 aku pulok cantik2 jer dengan baju kurung memasing. apa kata kite layan gambaq dulu.

me on that day =) 
fira J + ainin + farahlina + nana YDP + me + liynn + mumtaz =)  
we love snapping a pic. last sekali is dayah =)
nih semua gambaq masa sebelum kami gerak ke padang perindu. amik gambaq sat sebelum makan open hauzeeeee =D kitorang janji gerak sekali so around pukul 8 gitu semua dah siap kumpul untuk gerak sekali. buddiezzzz lar katakan so kena serbu sesama. makan sama kenyang sama. kuh kuh kuh. sampai dekat sana kami snap gambar lagi. nak tengok.? nah layan nih.

ini pintu gerbang ke rumah terbuka Dato VC. 
kaaaaaaaaaaami semua sama. tapi tak cukup korum. ada yang dah mulakan tugas.
bila dah snap gambar kami semua pergi dekat port masing2 sebab nak kena bertugas dengan tugas masing2. yela wakil kolej lar katakan apa event pon mesti kami terlibat. tamak sangat. HUHUHU. aku, nana, mumtaz, ainin, liynn and fira J kena menari tahu tak masa hari tuh. sebab setiap booth atau gerai kena buat persembahan so kami2 antara yang ligat dan gedik sangat suka menari pun tunjukkan lar bakat. haha. nanti aku tunjukkan video yang kami menari okeh. in shaa allah. beha, farahlina kena jadi penyambut tetamu yang datang ke booth kolej melati dan dayah pulak tugasnya jaga booth. tapi sebelum tuh kami sempat jugak jenjalan pusing2 tengok booth lain yang ada dekat event tuh. nih antara gambar booth yang aku sempat snap. tak banyak sebab sebok nak makan. hew hew hew >.<

ini booth kolej melati =)
ini booth pusat KO. johan setiap tahun. mencikkk.! =P 


yang tiga atas nih aku lupe dari mane. HAHA. sorry =p
tapi yang best booth dari FSKM (fakulti sains komputer dan metamatik) sebab diorang bagi kambing golek dekat semua. haaaaaaa memang aku makan puas lar. HAHA. nasib kitorang datang awal sebab kalau tak kena beratur paaaaaaaaaaaaaaaaaanjang sangat. phewwww. tak larat aku nak beratur. masa tengah jenjalan nih aku ter-bump dengan someone. guess who.? cepat cepat teka. siapan dapat teka aku belanja coki-coki. HAHA. tak apa lar biar aku jer yang bagi tahu. kalau tunggu korang teka sampai tahun depan pun tak akan dapat. selamat duit aku tak yah beli coki-coki untuk korang. mihmihmih >.< actually orang yang aku maksudkan tuh adalah lelaki atau mamat yang sebelum nih aku selalu nampak dekat menara kalau aku p kelas dekat sana. apa yang special about this guy is muka gaya dan ketinggian dye yang hampir nak sama dengan mr.ash aku dulu. #serioustalk betul aku cakap diorang memang nak sama. masa aku ter-bump dengan dye tuh aku rasa macam nak pengsan sebab aku ingatkan itu adalah mr.ash aku dulu. disebabkan itu aku tak sempat nak cakap apa dan hanya mampu tersenyum. HEHE. nampak tak gatalnya dekat situ. mamat tuh pulak boleh pulak dye balas senyuman aku then say sorry. sumpah melting aku masa tuh. AHAHA. itu namanya cinta pandang pertama ke.? atau urmmmm ntah lar. what ever lar kan yang penting dye kacak dan aku suka tengok dye. HUHU. awak, awak saya sukaaaaaaaaa tengok awak sebab awak macam mr.ash saya dulu. nak kenal boleh.? HUK HUK HUK. =p

masa tengah jalan2 tuh lalu pulak depan booth yang ala2 mesir gitu. siap ada maskot lagi. tapi sayang booth tuh tak menang booth atau gerai tercantik dan kreatif. juara bertahan masih pada pusat KO. congratulation pusat KO. abang fith. 


ini lar dye firaun ke ape ntah nama dye. ikut suka kau lar dik nak jadi apa pun. HAHA.
meet NANA and her rumate BEHA
meet my social + cousemate + chillout + dancing and gossip friend REZA
meet my classmate during form6 + coursemate + schoolmate + dancing + social + chillout and gossip friend SYAFIQ AKHIR. FOREVER LAST =p
meet my friend AISYAH + BEHA + NANA
meet my friend plus ex-rumate BEE 
meet my senior in JPK HILDA + FARAH LENGLOI + BEE + FATIN =)
more my senior in JPK AJ + FIRA and my teammate plus coursemate SYAHERAH =)
again me and SYAFIQ AKHIR =)
 yang atas nih semua gambar2 kawan2 aku yang selalu bersama untuk semester ini. yang lama bukan tak bersama tapi sekarang aku dah duduk level bawah sekali bersama JPK2 yang lain so terpaksa meninggalkan mereka2 yang lama2. sob sob sob. like seriously aku rindu nak stay dekat level abang deris sebab anything dye yang uruskan untuk aku. T.T tak apalah sekarang lagi dekat dengan dye sebab dah stay dekat bawah. arghhhh.. tak mo lar cakap pasal tuh. nanti aku menanges sebab aku rinduuuuuuuuuu kawan2 lama aku especially dayah wani and tina sebab dah laaaaaaaaaaaaaama gilo aku tak jumpa diorang. rumate pertama aku masa sem satu. HUUUUU T.T okeh lar sementara aku ngelap ayaq mata yang keluar nih korang layan dulu lar yer gambar2 dekat bawah nih. HUUUUUUUUU.

meet my kakak and UMI in melati - KAK SHIDA AND KAK ASYU - lagi sorang tuh staff pengurusan tapi kami dekat melati semua panggil UMI jer. and fyi kak asyu is herry's cousin and untill now dye still panggil aku and kenalkan aku dengan anak dye as aunty nad sebab diorang panggil herry uncle herry. =')
again me and nana. ILOVEYOU nana. dye pernah ternampak gambar mr.ash aku dekat dalam album gambar aku yang aku letak dekat meja study and untill now dye panggil mr.ash aku dengan nama panggilan ayah kepada mr.ash. -,-'
yang berkemeja dan bersongkok itu adalah herry. kacak tak.? chopppppp jangan kacau sebab dye aku punya. haha. dulu lar sekarang dah bebas dengan cara masing2. yang baju kemeja merah tu pulak is Dato TNC. orang perak and rumah dye dekat gilo dengan rumah aku. kawan baik kepada herry. masih bujang tapi tak tahu dah ada pasangan atau tak. HUHU. errr..hai DATO. =)
me and liynn sebelum balik.
haaaaa..gitu lar cerita sepanjang open house tahun 2013 nih. masa hari tuh kami yang terlibat tak masuk kelas langsung. bukan malas tapi di beri pengecualian. saaaaaaaaaaaaaayang Dato VC. okeh lar aku ada lagi entry baru nih tapi mungkin aku sambung next time sebab aku dah ngantuk. huuuuu. okeh see yawww.! assalamualaikum you olls =)








#gambar tak ada kena mengena pun dengan cerita atas. saja nak upload and say goodnightmorning. =)