BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome baby boy

assalamualaikum.

sedar tak sedar dah sembilan bulan sembilan hari kalau tak silap aku si ibu membawa kandungannya kemana sahaja. ke utara selatan timur dan ke barat. langsung tak pernah di tinggalkannya walaupun hanya untuk sesaat. di usung dan di pertahankannya walaupun ada yang menidakkan atau mengatakan yang negatif ke atas bayi tersebut. belum lagi cakap pasal alahan dan alergi yang di tanggung oleh si ibu sepanjang sembilan bulan itu. hanya si ibu si anak dan tuhan yang tahu. tapi aku yakin baby itu adalah baby yang baik dan pastinya tak banyak menyusahkan ibunya sepanjang dalam kantung si ibu. in shaa allah sayang. =)

sepanjang sembilan bulan itu juga si ibu begitu menjaga makan dan minumnya semata demi menjaga bayi dalam kandungannya. segala pantang larang di patuhi. segala kerja berat di elakkan. segalanya demi sebuah nyawa yang begitu berharga bagi setiap pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. begitu juga aku suatu hari nanti. in shaa allah. :') 

dan semalam. lahirlah seorang yang bergelar anak ke muka bumi yang fana dan penuh dengan pancaroba dan permainan dunia. seorang anak yang bernama bayi. seorang yang cukup sifatnya. alhamdulillah. seorang yang sangat comel. seorang yang sihat tubuh badannya.

tahniah dan penuh syukur di ucapkan kepada net dan jugak suami dia yang kini telah melangkah setapak lagi ke dunia ibu ayah dan semoga mereka di beri kekuatan yang agong dalam membesarkan anak mereka. anak adalah rezeki terbesar yang ALLAH kurniakan kepada kita. syukur dengan nikmat yang terbesar ini. alhamdulillah. :')

bertambah seorang lagi anak buah aku yang sangat comel. muka iras anak cina. bak cakap net nasib baik mata dia sepet sikit tak bulat macam aku kalau tak dah tak pasal2 anak dia mata bulat macam aku. HAHAHA. kelakar lar mommy net nih. =)

apa2 pun semoga net selamat dalam berpantang dan cepat2 sembuh. untuk baby pulak tunggu aunty nad datang tengok awak okeh sayang. aunty nad ke mama nad ke umi nad ke ibu nad ke mak nad ke walau apa pun panggilan yang diberikan pada aku, aku tak kisah yang penting sayang aku dekat seeeeeeeeeeeemua anak2 sedara aku adalah sama. mama nad saaaaaaaaaaaayang semua anak2 sedara mama nad. balqish, adik zulaika, baby annur, apek farish dan sekarang baby yang baru lahir yang masih belum ada nama nih. semoga semua anak2 mama nad jadi anak yang taat pada perintah ALLAH, parents masing2 dan semoga korang semua berjaya dalam hidup masing2 dan menjadi seseorang yang berguna pada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. in shaa allah. =)



comel betul anak net nih. ikut muka sapa lar nih. be a good boy okeh dear. i love you baby boy. nanti mama nad datang jumpa awak dengan mama qaseh okeh sayang. excited nak dukung awak baby boy. :')

No comments:

Post a Comment