BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

salam perantauan

assalamualaikum.

# 13/8 bertolak dari malaysia ke melbourne (flight dari MAS 10.45 malam)
# 14/8 sampai ke kota melbourne (7.45 pagi) - ambil kereta sewa - pergi super market "COLES" untuk beli barang dapur - check-in home stay - malam berehat dekat rumah.
# 15/8 gerak ke Mount Buller
# 16/8 shopping di melbourne I (victoria market)
# 17/8 melawat philip island
# 18/8 pusing sekitar bandar melbourne
# 19/8 jalan2 melawat great ocean road
# 20/8 shopping di melbourne part II 
# 21/8 bertolak pulang ke tanah air

ini lar ringkasan perjalanan aku dan family masa kami semua pergi bercuti ke melbourne cuti raya tahun ni. sebenarnya planning untuk pergi bercuti ke tempat sejuk dan main dengan salji dah lama di buat tapi masa selalu tak mengizinkan dengan kekangan2 yang tertentu tapi syukur alhamdulillah tahun ni hajat kami semua tercapai. *alhamdulillah* 

aku dengan family bertolak ke melbourne masa raya ke 5 kalau aku tak silap. tiket dah di booked awal tahun lepas lagi masa air asia buat promotion dan kalau tak silap aku jugak booking tiket di buat pada pertengahan bulan satu. *terima kasih air asia sebab buat promotion yang sangat murah ini. sesuai dengan moto air asia "now everyone can fly".* dan kalau mengikutkan pada perancangan awalnya kami semua nak pergi pada bulan tiga tapi di tunda atas sebab2 tertentu dan antara salah satu sebabnya kalau kami pergi pada bulan tuh maka kami tidak akan lah berjumpa dengan salji sebab masa tuh bukan musim salji jadinya di tunda ke bulan lapan sebab musim salji dan kebetulan jugak masa tuh jatuh pada bulan syawal dan semuanya pun tengah cuti panjang. jadi secara tak langsung dapat jugak kami sekeluarga merasa beraya di perantauan. di KOTA MELBOURNE. 

atas sebab ini jugak perancangan atau persiapan raya keluarga aku sekadar ala kadar. bajet banyak di habiskan untuk persiapan percutian kami ke melbourne. yela bak kata orang nak ke tempat orang ni kite perlu persiapan yang cukup dan rapi supaya tak mendatangkan sebarang masalah dan perancangan berjalan dengan lancar. alhamdulillah jugak sebab sepanjang kami dekat sana segalanya berjalan lancar seperti yang di rancang. 

perjalanan yang lebih kurang 8 jam itu memberikan sesuatu yang sangat menarik untuk aku dan keluarga. *8 jam tak termasuk perjalanan kami dari rumah di ipoh ke air port. kalau ambil kira tuh semua dekat satu hari jugak lar perjalanan untuk pergi dan balik. sumpah penat.!* phewwww. 

kami bertolak dari ipoh ke KL sentral tengah hari dalam pukul 12 lebih kalau tak silap aku. aku dengan family singgah KL sentral sebab nak tunggu tunang adik aku dekat sana dan bila dye sampai dye dengan adik aku pergi hantar kereta dekat rumah dye dekat area batu caves then baru kami semua gerak pulak ke air port dengan bas. kereta tinggal dekat rumah tunang adik aku sebab dekat sana lebih selamat sebab ada jaga compare kalau tinggalkan dekat air port dengan panas dengan hujan segala bagai. asyik cakap jer penat lar. apa kata korang layan dulu gambar2.

passport2 kami =)
during check-in barang2 kami
here we are. aizat tolong snapkan gambar so dye tak ada. HUHU. 
air bus yang menerbangkan kami. THANKS AIR ASIA  X.
masa malam yang kitorang nak berlepas ni orang agak ramai. sempat jugak mak dapat kawan baru dari kelantan yang nak pergi hantar anak dye further study dekat melbourne so kami naik satu air bus yang sama. seronok rasanya bila dengar anak dye study sana.

dalam cabin. 
pakai tali seat belt untuk keselamatan bersama :)
dalam cabin seat aku dengan aizat terpisah dengan diorang. huhu sangat sedeh tapi tak apa sebab tak jauh pun cuma belakang seat diorang jer. heeee. apa yang penting is dekat dengan toilet so senang aku nak ke toilet tak perlu jalan jauh. MALAS nak jalan.! dalam selepas 8 jam perjalanan jalanan kami pun selamat mendarat di melbourne air port. sorry sebab aku lupa apa nama air port dye. 

awan melbourne. HUK HUK HUK 
WELCOME GUYS.!
sepanjang kitorang dekat sana kami bergerak dengan menggunakan kereta yang di sewa. nak tengok kereta apa yang kami ambil.? nah layan ni.


haaa..ini lar kenderaan yang membawa kami ke sana sini melihat kota melbourne. mahal tuh. sehari 600 dollar. kitorang guna untuk 7 hari dekat sana so kira lar sendiri berapa duit malaysia. tapi berbaloi sebab puas dapat tengok banyak tempat sebab kami berjalan tanpa menggunakan khidmat agen perlancongan so tak ada had limit mana kami nak redah. jom tengok gambar lagi.




lepas dah dapat kereta perngembaraan kami di bandar melbourne pun bermula lar. sumpah bandar dye sangat cantik. korang tak caya.? jum tengok ni.








dah penat jalan dan kami having our breakfast dgn makan nasi ape tah nama dye
 tapi makan dengan butter chicken. sumpah sedap.  

motor ni ada dkt depan libry. mungkin student yang punya. =)
depan melbourne libry.
sambil jalan2 terjumpa dengan pelancong dari malaysia jugak.
family ni dari taiping, perak katanya. sangat terasa ke-Malaysianan dye dekat sini. 

lepas dah penat berjalan dan makan2 kami punya badan pun dah penat dengan tak cukup tidur kami pun check-in rumah home stay kami. jum tengok rumah kami pulak.

ini lar rumah manis rumah kami =)
amboi mak kite posing sakan taw. kemain mak jah.
okeh time for pose adik beradik.
again pose =p
dah siap kemas barang, rehatkan badan dan solat asar baru kami keluar balik pergi cari barang nak masak untuk makan malam. jum shopping barang dapur.! yeayyyy.!













nih antara gambar yang di snappy2 masa kami semua pergi jalan2 dekat sekitar melbourne. sumpah penat tapi berbaloi plus puas hati sebab permandangan dye sumpah cantik gilo. jum tengok pulak gambar masa spend time dekat winter. super snowwwww.!








yang bawah ni pulok gambar masa aku buat snowman aku sendiri. ini adalah benda first yang aku dah bayangkan untuk aku buat bila sampai dekat tempat salji. i did it.! im so proud with myself. HAHAHA. so, jom layan gambar bawah ni. =)) *double smile for myself.!





















soooooooo cute like a doll :)


masa malam ke berepa ke aku lupa heater rumah kami tuh boleh pulak dye buat hal rosak and telah menyebabkan kami semua tidur dalam keadaan yang sejokkkk gilo. malam tuh suhu dalam 12 darjah celcius.
sejuk ya ampun tuhan ajer yang tahu tapi itu semua jadi pengalaman. 


okeh lar rasanya macam dah banyak sangat gambar yang aku masukkan dalam entry kali ni. rasanya jugak macam paaaaaaaaaaaaajang gilo jer entry kali ni. harapnya korang enjoy lar yer dengan entry kali ni. honestly aku suka gilo duduk sana walaupun seminggu dekat sana. rasanya akan menetap dekat sana bila dah kerja nanti. in shaa allah. soooooooooooo enjoy.! =)

No comments:

Post a Comment