BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

semester break

okeh mai sini semua pakat duk rapat2 dekat2 erat2 tapi asing2. had laki belah kanan had pompuan belah kiri. *kena asing kalau tidak kang ehem2 pulak di tengahnya. tak mo tak mo tak mooooo*

entry nih aku nak share pasal cuti sem aku yang dah lama pun lepas. aku tahu dia dah lamaaaaa gila berlalu tapi aku nak share jugak dan aku tak anggap cerita ni basi sebab aku belum story dengan korang2 semua lagi. so pakai seat belt and relax. cerita santai bukan perang bukan aksi. *ahahaha. apala aku ni macam nak tayang movie dekat wayang pulok.*

cuti sem lepas aku tak banyak beza dengan yang lepas2. aku kerja. tapiiiiii kali nih aku dapat pengalaman baru sebab aku bekerja di tempat yang baru. ownernya baru, kedainya baru, kawan yang baru, kerja yang baru walaupun cara dan konsepnya sama. untuk sem lepas aku tidak lagi berkerja di kedai MY HOME ONE (MHO) dimana memang setiap sem kalau cuti aku akan di panggil kerja dekat sana. ramai yang tanya dan terkejut kenapa aku tukar kerja dan tak kerja dekat MHO. ada jugak yang buat spekulasi sendiri bahawa aku gaduh dengan staff or penny. okeh dekat sini aku explain kenapa okeh.

sebab pertama aku adalah kerana aku nak try kerja lain sebab aku dah lama sangat kerja dekat kedai tuh since aku cuti panjang masa lepas form 5. sammmmmpai lar sekarang. so korang boleh imagine dah berapa lama aku kerja dekat sana. dari umur 18 sampai sekarang dah 2o something. so asyik buat kerja sama jer aku jadi bosan walaupun like seriously aku kinda suka gilo kerja dekat sana bersama dengan bunga, cadar, furniture segala tapi aku rasa aku perlu mencari sesuatu yang baru untuk aku cuba dan aku decide untuk cari kerja lain. dan setelah mencari di a few kedai aku di panggil untuk kerja di kedai BATA.

kerja kedai kasut ternyata lagi penat dari kedai MHO. sumpah tak tipu. aku dapat kerja tuh pun agak lambat dan dah nak dekat raya. awal2 cuti memang aku gunakan untuk spend time dengan family tercinta tersayang terindu dan sebagainya. bukan ter tak sengaja tapi ter yang merujuk paling dan amat.dekat BATA aku masuk pakai shift. kadang pagi kadang tengah hari dan kadang petang tapi mostlynya aku masuk tengah hari so pagi tuh aku boleh tidur dan bangun lambat. *ahahaha. soooooooooooo heaven.!*sambil gelak jahat*

aku sempat merasa berpuasa dan berbuka dengan bebudak bata yang lain. haaaa meh sini aku nak kenalkan staff2 BATA yang lain.


haaaa nih lar mereka. yang lelaki tuh JR. aku masa dekat sekolah f6. nama dye faiz. dia pon sama jugak macam aku student yang berkerja secara part time dekat sini. dye student UiTM jugak tapi dekat sri iskandar. yang gegirl tuh pulok nama dye najwa. najwa nih staff full time. itew raaaaaaaaapat dengan najwa. dengan syahirah pun rapat jugak tapi kurang sikit. kurang 1 inci mungkin. mih mih mih >.<   owh yer gambar syahirah aku tak ada sebab budak nih payah amat nak snap gambar. tak tahu aku apa pantang larang dye ntah yang susah gilo nak snap gambar. hurmmm. pelik aku. syahirah nih pulok baru 19 tahun dan dye yang paling muda tapiiiiiiiii dye dah ada boyfie. okeh itu aku tak kesah sangat tapi yang aku kesah is boyfie dye tuh bukan rakyat tempatan. orang nepal. so, cuba korang imagine how bila orang melayu boleh sangkut dengan nepal. for me it was terrible. at first aku tak suka jugak sebab aku rasa macam eeeuuwwwww what the fish kau nak couple dengan guys yang bukan orang tempatan. okeh bukan aku nak diskriminasi tapi kalau kau ambik mereka yang datangnya dari country yang kaya okeh fine tapi ini dari negara yang susah. like seriously aku pangkah anak2 muda melayu yang boleh sangkut dengan mat2 nepal bangla indon what so ever. sumpah aku benci. so, mungkin sebab itu jugak aku lebih rapat dengan najwa tapi tak bermaksud aku benci syahirah cuma aku tak suka. *apa aku cakap nih tak suka tapi tak benci. ntah suka hati lar.*

dekat sini jugak aku kenal kawan baru which is yang jaga kedai sebelah. kedai sebelah kiri kanan tu kedai jual barang sports so abe2 yang ramai jaga. ada kenal sorang dua yang boleh katakan aku rapat jugak dengan dorang. paling aku rapat dengan ikbal, kak bab dengan one guy yang sampai ke aku berenti pun aku still tak tahu nama dye, just panggil budak adidas jer. *budak ke.? pada hal dye berganda tua dari aku kot. ahahaha.* ikbal nih dah ada awek tapi masa yang sama dye jugak suka aku. boleh cakap setiap hari dye mesti akan datang masuk dalam kedai cari aku. kadang2 aku pakat dengan budak kedai cakap aku tak ada. ahahaha. yela aku cuba nak elak dari dye. memang kami rapat tapi bukan untuk jadi couple. tak mungkin sama sekali. pengalaman telah banyak mengajar aku. aku tak nak pisang berbuah untuk kali ke 3. hari2 jugak ikbal akan belikan aku makanan untuk buka puasa sama walhal kami buka puasa dekat kedai masing2 jer. sekarang aku rasa lega lar sebab aku dah tak perlu lagi nak elak2 dari dye sebab kami dah jauh. *ikbal im soooooo sorry. bukan i tak nak dengan u tapi u dah ada girlfriend and itu dah cukup kuat untuk i tidak terima u as my couple. u kacak u putih so kalau bukan i pun masih ramai lagi yang nak dengan u cuma mungkin diorang tak rapat dengan u and u tak tahu. i just wanna be ur friend not ur girlfriend. sorry bro.*

masa cuti sem nih jugak aku banyak lepak dengan kawan2. boleh cakap dalam seminggu sehari dua jer aku balik dengan abah. the rest aku suruh kawan2 yang pick up aku then pergi lepak. lepak bukan buat aku pun duduk minum2 sembang2 jer so tak adala penat sangat. balik mandi solat apa semua dummmm tidur. ahahah. senang sangat rasanya hidup nih. cuti sem nih jugak ada beberapa kali aku keluar dengan anas. pergi buka puasa sama. sumpah mamat nih kaki buli aku tapi dye best.! kadang2 jugak dye yang akan pick up aku dari tempat kerja. ahahaha. sweet tak.? sweetkan.? teheeeee. banyak jugak masa kami di- spend time-kan bersama. yela bila mula sem masing jauh plus busy memang tak jumpa just contact so masa cuti sem lar kami lepas rindu. *acecehhhh wahhhhh dah macam orang bercinta pulok tapi tapi tapiiii kami just kawan jer okeh. sumpah tak tipu. belum ada ruang lagi untuk sesiapa pun dalam hati nih sebab aku lagi selesa dengan dye macam nih. apa orang kata tuh alaaaa TEMAN TAPI MESRA gitu. soooooo sweet babe.* =)

cameron with him.
okeh terasa rindu pulak dengan diorang semua. hurmmmm. itu lar kehidupan kan.? ada yang datang ada yang pergi. ada yang susah ada yang senang. semuanya akan kita lalui. dekat sini aku jugak banyak tahu pasal life mereka2 yang datangnya dari pelbagai latar belakang yang berbeza. mostly yang susah. aku tak cakap aku orang kaya atau orang senang tapi bila aku selami this kind of people aku rasa aku sangat bersyukur sebab punya keluarga yang penyayang dan complete senang cakap. ALHAMDULILLAH. aku rasa ini jer kot yang boleh aku kongsikan dengan korang semua pasal cuti sem aku. baaaaaaanyak yang aku belajar sepanjang aku kerja dekat sini. gonna missed all of them. nanti aku ada masa aku jelajah tempat korang okeh. with love. assalam.




No comments:

Post a Comment