BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

saya sebenarnya...

assalamualaikum.

saya sebenarnya isteri dia.! choppppppp.! bukan nak cakap aku lesbian okeh. cuma nak kongsikan pasal cerita yang tengah hanget hangat di perkatakan oleh seeeeeemua orang terutama bebudak kolej aku. kolej apa.? yes.! memory korang semua memang kuat sebab ingat lagi aku stay kolej mana. kolej melati. saya saaaaayang melati =p tiba-tiba jer. 

semua pon dah tahukan yang cerita nih di bintangai oleh izzu nazrin eyh, silap. itu nama kazen aku. hewwww islam dan tiz zaqiah sebagai tonggak utama cerita nih. izzu islam sumpah kacak gilo. okeh sangat melting tengok dia. =) muka dan gaya dia alaII ex-boyfie aku, adzrin. waahhhhh rindu dia pulak tiboII. tiz pulak sangat gojes so memang sangat secocok. to be honest aku suka tengok tiz belakon pakai tudung. cantik giloII. sopan plus ayu sangat. jumpa tiz depanII pun dia memang sangat cantik. putih sangat. jeles kite dengan dia tahu tak.? =(

tadi masa cerita tuh tengah on air aku tengah duk meeting dengan wargaII JPK untuk planning semester depan. so kesimpulannya tak dapat jugak aku nak tengok life cerita tuh. sebelum nih aku layan via tonton atau ambik dari kawan yang dah download atau pun download jer dari tenet. sekarang aku dah jadi pen'download' tegar macam seseorang tuh dulu. tuh lar dulu aku selalu marah dia sebab jadi pendownload tegar and now aku pulak. very the karma. padan muka aku. =p andddddd fyi aku ada semuaaaaa episod SSID. dari first episod sampai yang ke sebelas. yang ke 12 tunggu nanti aku download. ahahahah.! *gelak jahat.*

masa otw nak pergi bilik meeting JPK dekat bawah lalu pulak bilik TV sebab bilik JPK aku sebelah bilik TV   so sempat jugak lar singgah kejap sebelum masuk meeting. =p belok jer simpang bilik TV aku nampak nahhhhhhhhhhh selipar bebudak nih bersepah dekat luar bilik TV tuh. kalau ada kak liza (orang opis kolej) nih memang dah kena sapu dah korang punya seliparII tuh semua sebab tak bersusun dah macam ada show apa jer. bilik TV sesak gua cakap sama lu. semua garaII SSID. ini yang di katakan penangan izzu islam. ahaks.! ex pakwe aku tuh okeh. korang jangan berangan nak ada skandal dengan dia. hohoho =p

abis meeting dalam pukul 11 lebih aku dengan kakiII SSID nih semua cepatII serbu bilik nadia dengan mumtaz sebab bilik diorang memang jadi port melepak kitorang on lappy set-up speaker, sediakan makanan apa semua teus bukak tonton. kire tak ada lar telambat sangat kitorang nih semua kan tengok cerita tuh kan.? huuuu.
kitorang siap ulang 3X okeh cerita tuh. ahahaha. nampak tak excitednya kami tengok cerita tuh. addicted sangat tahu tak.? selagi tak dapat episod yang terbaru selagi tuh gelisah tak hengattttt. pada hal sekarang tengah musim final nih. haishhhh lar bebudak nih. apa nak jadi dengan korang ha.? wuelkkkk. =p

cerita suh sumpah sweet gilo. beruntung sangat siapa yang dapat suami atau future husband yang macam firash tuh. walaupun nampak kasar dengan syaf tapi hakikatnya dia saaaaaaaaaangat romantic, caring and loving husband. goshhhhh i want him to be my husband. pleaseeeeeeeeeee =D kalau dapat yang macam tuh punya future husband sumpah mak tak cari lain nyahhhh. sayang sampai mati okeh. hohoho.

aku selalu membanyangkan dan mengimpikan yang suatu hari nanti aku akan di kirimkan seorang suami yang macam tuh. sangat sayangkan aku. kuat jeles tak apa sebab itu tandanya dia sayang aku. wuelkkkk =p sekarang cinta hati aku adalah izzu islam dan merekaII yang seangkatan dengan dia. phewwwww pengakuan iklas dan jujur sangat nih. so siapaII yang rasa diri tuh macam watak firash sila lar ambik borang yer. ahaks.! gilo sangat. ^_^

tak sabar nak tunggu next episod. okeh lar nak tidur. nak mimpi izzu islam. ahahaha. you ollsss jangan jeles okeh.! byeeee you ollsss. nunyte. assalam. mwahhh mwahhh mwahhh ilopeyou semua =)

adaptasi dari sebuah novel yang penuh dengan romantika =)



*thanks encik google pinjamkan gambarII nih =)


bangun

assalamualaikum.



bangun dari dari tidur yang lena.
bangun dari jatuh yang terduduk.
bangun dari kesedihan yang lalu.
bangun dan mencari sesuatu. sesuatu yang telah hilang dan menghilang.
bangun dan mencari dimana pelangi setelah hilangnya dibawa pergi dan meninggalkan hujan yang panajng.
bangun dan mencari kebahagian baru.
bangun dan bergerak dari jalan yang penuh dengan kesengsaraan.
bangun menuju kejayaan yang di impikan sejak azali.
bangun meniggalkan segala kepedihan dan kepahitan masa silam.
bangun dan terus bangun sambil di pimpin oleh mereka yang masih sayangkan aku.

terima kasih mak, abah yang sentiasa ada saat aku memerlukan mereka. sentiasa mendoakan kebahagianan untuk aku.

terima kasih adik beradik aku yang sentiasa sedia dengar dan layan karenah aku yang kebudakIIan dan mendengar cerita aku.

terima kasih anakII sedara aku yang selalu buat aku tersenyum gembira dan bahagia bila bersama mereka. i love you adikakak.!

terima kasih kawanII yang selalu ada masa aku perlukan korang. selalu ada untuk memenuhi rasa kosong yang ada dalam hati nih setelah di kecewakan. tak lupa jugak pada yang menghina aku dengan kataII yang "sangat enak di dengar" kerana dengan kataII itu aku bangun kini.

terima kasih untuk kau atas tindakan dan pengakuan yang jujur itu. walaupun pahit untuk aku telan tapi aku telankan jugak. terima kasih kerana pernah membahagiakan aku dengan segala yang telah kau berikan. mengenali kau umpama mempelajari sesuatu yang baru di sekolah tadika. setiap saat di penuhi dengan kebahagiaan, senyuman dan gelak tawa dari kau. terima kasih atas segala pengorbanan yang kau buat untuk aku. terima kasih jugak atas pinjaman kebahagian yang kau berikan pada aku selama aku kenal kau. terima kasih jugak untuk parut luka yang kau tinggalkan dekat hati aku ni. aku sangat menghargai semuanya.

sekarang, aku bangun dengan hidup yang baru.! aku kini kembali dengan aku yang baru. bukan seorang yang lemah dan di rundung rasa sedih setiap hari lagi. penat menanges. lelah merintih kerinduan. aku tak hiraukan kau lagi. aku bangun tinggalkan segala kenangan, pengalaman dan impian dengan kau di tepi jalan. aku bengun, merangkak, berjalan dan seterusnya berlari. berlari laju tinggalkan kau dan kau di hujung. aku kuat.! aku mampu harungi seeeeeeeeemua halangan dan dugaan yang kau tinggalkan untuk aku dan yang di beri oleh-NYA. bukan nak membangga diri mahupun berjelan mendongak ke langit tanpa menunduk ke bawah cuma aku yakin bahawa setiap apa jua ujian yang datang dari-NYA diberi mengikut kemampuan aku. kalau aku tak mampu mana mungkin DIA nak kirimkan ujian yang berat untuk aku. kan.? kan.? kan.? 

setelah bangunnya aku jangan kau datang lagi untuk menjatuhkan aku. tak mungkin terjadi pun sebab aku akan lebih lut dengan tindakan dan permainan yang kau mainkan. aku semakin tuli dengan apa yang akan datang lepas ni. aku adalah aku.! hanya mereka yang kenal aku yang akan tahu siapa aku. hanya mereka yang sayang aku akan sentiasa sayang aku. kau.? hurmmm sendiri mau fikir. aku malas nak cakap. malas nak layan. well, berlagak sangat kan.? ahaks! =p 

aku harap doaII aku di makbulkan. aku harap akan datang mr.ash aku yang sebenarnya. aku harap mr.ash aku tu akan selalu ada dengan aku dan mampu ceriakan aku dan berikan aku pelangi baru untuk aku.








*kembalinya aku bukan untuk kau atau dia tapi untuk menunjukkan yang aku kuat.! kuat sekuat HARIMAU MALAYA. aummm.. aummm.. =)

tuhan yang tahu

terasa rindu nak menaip dekat sini. kongsi cerita dengan orang-orang dekat sini dan jugak silent readers dyeadyea. bila baca balik terasa rinduuuuuuuuuu sangat. tuhan jer yang tahu betapa aku rindu blog nih. kengkawan rinduuuuuuuuuuu semua.! kbai. wuelkkkk. busy yang melampau.!