BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

raya 2013

haaaa..selesai sudah cerita aku pasal cuti semester lepas. not so fun but i'm learning something from there. sekarang aku nak share jugak pasal raya aku untuk tahun nih walaupun bulan syawal dah lamaaaaaaaaaa habis.

untuk syawal tahun nih sangat bermakna bagi aku. nak tahu kenapa tunggu next entry. la ni aku cerita pasal raya yang dekat dulu. apa maksudnya.? haaaa ni yang nak habaq mai ni. untuk raya tahun nih warna tema pilihan kami agak berbeza. tak ada sedondon satu family cuma pair sahaja. pada awalnya aku dengan mak plan nak pakai baju warna kuning untuk warna tema family kami tahun ni tapi suddenly berubah sebab masalah teknikal. hew hew hew.

tapi kami masih boleh handle kes ini dengan selamatnya. *perghhh. ayat dah macam pegawai penyiasat seyhhh. ahahaha.* asalnya aku dengan mak ingat hanya aku, mak, abah, aizat dan abang ngah jer yang akan pakai baju sama ikut warna pilihan kami tuh. yela sebab hanya kami 3 beradik yang masih belum terikat dengan sesiapa so masih ikut warna tema family lar tapi suddenly bila nadirah balik dye cakap dye nak sama tapi baju dye dah beli dulu. acano tuh. pandai sangat pun budak nih. dah tahu nak sama tanya lar dulu. haishhhhh. dye pulak dah beli baju warna terqoise dan baju abang ngah dengan aizat pulak dah beli awal dulu warna kuning sebab abang ngah sponsor baju aizat so dye beli sendiri. so, bila dah jadi ghupe gini kami pon decide untuk pakai ikot pair jela. mak sama dengan baju abah which is warna hitam, abang ngah dengan aizat warna kuning dan aku dengan nadirah warna terqoise. korang nak tengok baju kami.? nahhhhh tengok ni lar hasilnya.

first raya @ kampar, perak.
kak long mantain dengan warna tema pilihan dye dan abang acu. kami balik kampar lepas solat aidil fitri sebab abah nak solat dekat surau taman rumah kitorang sendiri dulu. aku, mak abang ngah dan aizat pun ikut sama. nadirah ABC so dye jaga rumah. kaklong dengan anak2 dye jaga rumah dye sendiri while abang acu sama2 dengan kami ke surau. anas pun solat dekat surau dulu sebelum dye dan family dye balik kampung. secara tak sengaja anas pun pakai terqoise. omg tersama pulok kami. ahahaha. anak sedara dye pun ada sama. yang peliknya tibe2 pulak tahun ni anak sedar dye yang perempuan tu rapat pulak dengan aku. dah berapa tahun diorang raya dekat sini tak pernah pulak dye nak rapat dengan aku malah tegur pun tidak dan aku pun tak adela nak tegur just senyum jela tapi tahun nih siap nak solat sebelah aku borak dengan aku segala bagai. petunjuk mungkin. mih mih mih. >.< *alhamdulillah* tahun nih jugak hubungan aku dengan mak cik ina which is mak anas pun makin rapat. mungkin sebab tiap hari jumpa dekat surau sebab kami solat terawih sesama dan buka sama dekat satu meja. tahun ni jugak cik ina dengan pakcik shuhaimi pergi buat haji. aku tak sempat nak attend kenduri yang diorang buat sebelum ke mekah sebab aku dah balik shah alam masa tuh tapi aku sempat kirimkan barang dan salam jer untuk diorang. apa dye.? biar lar rahsia asalkan dapat memberi manfaat dan berguna. *sorry cik ina tak dapat nak datang. semoga cik ina dengan pakcik shuhaimi selamat pergi dan selamat balik ke malaysia dan mendapat haji yang mabrur. in shaa allah.*

lepas dah sampai kampar which is umah opah belah mak kitorang terus singgah kubur dulu. melawat pusara arwah abang lang yang kami rasa sentiasa dekat dengan kami semua walaupun dye dah nak masuk 3 tahun tinggalkan kami semua. selepas dah bacakan yasin dan tahlil untuk arwah kami teruskan perjalanan ke rumah opah.

sampai jer rumah opah semua orang dah ada. rumah dah penuh. maklum lar keluarga belah mak memang super besar. bila semua dah ada sesi bersalaman pun bermula. apa kata korang layan dulu gambar sesi bersalaman kami nih.






dan masa2 macam ni hujan banjir pasti akan melanda kami semua. sob sob sob. :'( make up habis semua pasti akan cair masa ni. itu semua lumrah kehidupan. saat cium tangan mak abah burjurai lar air mata turun bagaikan sungai yang deras. untuk tahun jugak aku masih lagi berkemampuan bagi duit raya pada anak2 sedara aku dan jugak adik2 sedara aku yang kecik2 lagi. *alhamdulillah masih di murahkan rezeki.*

lepas dah salam dengan mak abah kaklong abang ngah acik makcik acu maksu opah maklong dan seeeeeeeeeeeluruh anak cucu opah midah kami pun berjalan ke rumah atam dan pakngah dulu. diorang dekat rumah masing2 sebab ada orang datang rumah diorang so kami lar yang kena ke sana. rumah atam dengan pakngah tak jauh pun. rumah pakngah sebelah rumah opah jer rumah atam pulak dekat depan skit jer dari rumah opah. dalam satu kampung so jalan kaki jer buat rombongan. heeeee. semua orang kampung tengok dan tegur menegur sepanjang perjalanan tuh. best.! sumpah aku suka suasana raya di kampung. bila semua anak kamoung balik penuh dan gamat jadinya. heeeee. *rindu kampung.* jum layan lagi gambar.





yang ni semua gambar masa dekat rumah atam. maktam masak laksa. superb sedap.! lepas tuh jalan pulak rumah pakngah sebelum balik rumah opah. lepas dah jalan raya tu kami balik rumah opah balik sebab ada orang datang rumah. biasa lar raya kan semua orang nak datang rumah dan rumah opah tak akan berenti orang datang sejak awal pagi lepas solat hari raya sampai lar kemalam. boleh cakap seminggu raya tuh mesti hari2 akan ada orang datang rumah opah untuk melawat opah. kadang2 ntah sapa2 yang aku sendiri pun tak kenal pun ada tapi diorang cakap itu lar dua pupu aku. urmmmm. acano tu.

bila rumah opah dah penuh dengan tetamu dan anak cucu cicit yang lainnya aku pun lari rumah pakngah. dekat sana aku layan tv jela tak kan nak layan orang pulak sebab sah2 aku tak kenal diorang yang datang so apa yang aku nak sembangkan dengan dorangkan. penat layan tv makan pastu tidur.! ahahaha. *buruk perangai betul aku nih. hurmmmm.* -_-'

malam pulak aktiviti kami berbeza dekat sini. malam raya pertama selalunya kami buat BBQ sambil berkumpul satu family yang besar sambil main mercun dan bunga api tapi tahun nie BBQ di buat hari lain sebab ada di kalangan anak2 opah midah yang nak bertolak balik ke rumah mak mertua masing2. so tak cukup lengkap kalau ada yang tak ada sama so event tuh di postponed. hanya acara main mercun dan bunga api jer yang ada untuk malam tuh. selalunya aktiviti ni yang paling di nantikan oleh kami semua. mercun yang dimain bukan calang2. sekali bakar dah macam nak sambut new year. hehehe. orang yang bertanggungjawab untuk supply mercun dan bunga api ni semua adalah acu latip. setiap tahun dye balik akan bawak banyak gilo bahan bakar ni tapi ada limit untuk si permainnya. budak2 memang di hadkan untuk main bunga api dan mercun poppop sahaja termasuk lar aku sebab aku tak berani nak main mercun segala. heeee. jum tengok ni dulu nanti sambung cerita.

ini antara mercun dan bunga api yang di mainkan dalam satu malam. sangat gilo.








ini lar sikit sebanyak keadaan rumah opah bila semua anak cucu cicit balik berkumpul. kereta memang akan penuh depan rumah. tuh yang dalam gambar tuh baru sikit sebab ada yang dah keluar ada yang park dekat tempat lain. meriah. itu yang paling aku suka bila semua balik berkumpul.

raya tahun sangat bermakna walaupun persiapannya ala kadar sebab duit banyak habis ke persiapan lain. nak tahu cerita seterusnya.? jum tengok next entry tapi sebelum tuh nah aku kasik korang layan dulu gambar2 raya 2013. mih mih mih >.<
















No comments:

Post a Comment