BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

#throwback

huit..huit..jumpa lagi dekat tajuk yang baru. tajuk untuk next entry throw back. apa yang throw back? sebenarnya aku cuma teringat masa zaman kanak-kanak aku. masa tengah kemas-kemas meja study aku, aku tertengok album gambar yang aku bawak ke mana sahaja aku pergi. tu salah satu benda penting yang akan selalu dengan aku. dalam tu semua gambar ada. gambar family, kawan-kawan dan gambar aku sendiri. dari zaman kecik-kecik saaaaaaaampai ke sekarang.

aku rindu zaman kanak-kanak. masa kecik muka aku sangat lain. orang cakap bukan aku yang sahaja cakap. aku memang dari dulu rambut halus tapi perang. sangat perang sampaikan masa kecil kalau aku mak pergi office dia mesti orang panggil aku anak bosnia. lagi masa kecil gigi depan aku tak ada. banyak makan coklat dan gula-gula mak cakap aku ni sebab tu tak ada gigi depan. heeeee. rambut pulak kerinting. hewhewhew ^_^

masa kecik aku bebas nak buat apa aje sebab semua orang tak akan marah. aku pun tak tahu kenapa. sampai sekarang pun macam tu juga. sebab tu aku agak bebas sekarang sebab dari kecil lagi mak dengan abah aku dah biasakan macam tu. tapi tak ada lar sampai melampaui batas. terima kasih mak, abah.

masa kecil aku sekolah 2 tadika sebab aku masa kecil malas nak pergi sekolah so tukar sekolah. mula-mula aku sekolah tadika dekat KEMAS. masa ni aku ingat lagi aku pergi sekolah jalan kaki jer dengan kawan-kawan sebab sekolah belakang rumah aje. dengan uniform biru kotak-kotak jalan pagi-pagi pergi sekolah. lepas tu cukup masa cikgu bagi makan dengan minum susu. aku selalu minum susu yang cikgu bagi dekat kawan yang duduk sebelah aku. hehehe. jahat sangat. yela sebab aku memang suka susu sampai lar ke sekarang. susu sangat sedap. aku sangat tak faham kenapa orang tak boleh nak minum susu. ada yang benci dan anti susu. susu kan baik untuk kesihatan dan tulang. haishhh. tak faham sungguh aku.

lepas tu aku tukar sekolah. macam yang aku bagi tahu awal-awal aku dulu kecil-kecil malas nak pergi sekolah. aku pun tak tahu kenapa. so untuk tarik minat aku ke sekolah abah tukarkan aku sekolah. abah masukkan dekat tadika ABIM -angkatan belia islam malaysia- dekat sini aku umur 5 dan 6 tahun. masa tadika kemas umur aku 4 tahun. awal aku masuk tadika. dekat sini aku seronok sebab pagi-pagi pergi sekolah abah hantar sebab sejalan dengan dia nak pergi kerja. aku sorang aje yang abah hantar. adik beradik lain semua pergi sekolah tadika sendiri. manja sangat. mungkin sebab tu juga sampai sekarang aku terbiasa dengan abah hantar ke mana aje aku nak pergi. hewhewhew.

masa kecil juga zaman yang penuh dengan kegembiraan. aku tak perlu fikir apa-apa. apa yang aku tahu cuma main main main dan main. lepas buat kerja sekolah main, dalam kelas main, waktu petang pergi taman main, malam sebelum tidur main, masa tengah belajar ramai-ramai dengan semua adik beradik pun aku main sebab tu juga kot aku banyak main sekarang. heeee.

sekarang semuanya berubah. aku rinduuuuuuuuuuuu zaman kanak-kanak. kalau ada doreamon aku dah suruh dia hantar aku ke zaman tu. sekarang bukan lar tak seronok cuma zaman kanak-kanak aku rasa lagi best. pasal kecantikan sumpah aku tak hiraukan langsung. kalau korang tengok aku masa kecik sangat comot tapi sekarang comel lar. ahaks! naik basikal kayuh sendiri pulak aku. hrmmmm. mana lar kawan-kawan lama aku dulu. semua hilang. ntah-ntah ada yang dah kahwin pun kot. ahahaha. nasib baik sekarang aku berjaya juga melangkahkan kaki ke universiti sambung degree kalau tak susah aku sebab memang dari kecil suka main aje. mesti mak dengan abah risaukan masa aku kecil dulu asyik tengok aku main aje. mak abah maaf sebab buat korang susah hati. in shaa allah lepas ni kak cik akan buat mak abah menangis kegembiraan pulak masa hari konvokesyen. aminnnn. ='(








p/s: betulkan masa kecil aku comot sabab aku langsung tak fikir pun pasal kau suka aku ke aku suka kau ke. ahaha. 






  

No comments:

Post a Comment