BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

sakit dan terluka

hii semua. selamat malam. hmmmm tak tahu sebenarnya macam mana nak mulakan. sakit sangat rasanya. terluka dan pedih. apapa pun hope korang tak jemu baca blog aku sebab banyak yang aku kongsikan dengan korangkan? kalau bosan sila lar klik tanda "X" dekat atas tu. bukan menghalau tapi menyarankan. pada yang suka meyh teruskan pembacaan korang dekat sini.

malam ni aku kasi tahu pasal sakit dan terluka. haaa yang ni kisah aku. aku yang sakit dan aku juga yang terluka. mak pedihhhhhhhh ='( sob sob sob.

hari ni aku jatuh dari kerusi. sakit sangat. macam mana boleh jatuh? hmmmm. ceritanya macam ni. hari ni aku tolong mak kemas rumah macam biasa rutin aku bila cuti aku kemas rumah sebab mak dengan nadirah akan masak. sorry aku tak suka masak! sayang please take noted! aku hanya akan masak bila mood "masak" tu datang if not sorry gua tak akan sama sekali ke dapur melainkan untuk makan dan tengok tv sebab tv aku dekat rumah ni ada dua satu dekat dapur satu lagi dekat ruang tamu tapi yang ada astro dekat dapur so, lepak dapur jela.

okeh jum u-turn balik. masa kemas-kemas aku buka langsir sebab nak basuh. mak nak tukar langsir baru. masa nak buka langsir aku panjat lar kerusi sebab kurang inci nak capai. bukan pendek okeh cuma tinggi sangat. tengah nak buka-buka langsir dari railing dia tu ntah macam mana aku pun dushhhhhhhh jatuh ke lantai. warghhhhhhhh sakit sangat tahu tak. aku terus jerit panggil abah. abah datang angkat aku duduk atas kerusi. kaki bengkak sebab terseliuh dan luka ='( menanges aku di buatnya. mak suruh abah pimpin aku bawak pergi bilik baring. lepas tu mak urutkan kaki aku. arghhhhhhh menjerit aku tahan sakit masa mak picit. tiap kali mak picit nak urut setiap kali tu juga aku jerit.

lepas mak dah abis urut dan bubuh minyak gamat dekat luka kaki aku tu aku terus call sayang. aku ingat nak cerita dengan sayang plus tiba-tiba terasa rindu sangat dengan sayang masa tengah baring-baring tu. aku pun ambil phone mak call sayang. tapiiii hurmmmm. i just can only speak a short while with him. :'( tak sempat pun nak cerita dengan sayang. cakap pun tak sampai 5 min. aku terus end kan call sebab tak nak gangu dia. aku cuma tinggalkan text aje untuk dia. tak lama lepas tu dia call aku balik. masa tu hati aku sangat-sangatttttttttt berbunga-bunga. ala-ala bunga sakura dekat taman jepun. hew hew hew =p aku senyum sorang-sorang sambil jawab phone call tu guling-guling atas katil hahaha. *okeh ni tipu.*

walaupun conversation tu kejap sangat tapi aku hargainya. walaupun tak puas dan rindu pun tak sempat lagi nak hilang walaupun dah dengar suara tapi tak apa lar. aku faham macam mana keadaan orang yang tengah busy dengan program nak pulak program yang berbentuk kem so, aku biarkan lar. dalam hati tuhan aje yang tahu betapa aku sangat rinduuuuuuuuuuuukan dia. dalam hati ni hanya tuhan aje yang tahu betapa aku perlukan dia. bila dalam keadaan yang macam ni aku mula terfikir macam mana kalau dia tak ada disisi aku? yes! mulut aku akan cakap " i will be fine" tapi hati aku dummmmmmm ditimpa rasa rindu macam tertimpa batu gunung yang sangat besar dan berat. walaupun sebelum aku pernah alami semua ni tapi kali ni perasaan rindu tu sangat lain. rasa sayang tu sangat berbeza. hurmmm. bila dalam keadaan ni jugak aku hanya mampu berdoa agar dia jujur dengan aku dan tak ada apa yang dia sembunyikan dari aku walaupun sebesar zarah.

eyhhh. dah lar tu mula nak ke lain pulak. karang makin lama makin terkeluar semua apa yang ada dalam hati ni. hurmmm cukup lar hanya aku dan si pencipta aje yang tahu apa yang ada dalam hati ni. sayang, i do really miss you darling. i can't say no to this feeling. i can't pretend like nothing happen between us. i miss you my apple pie. :'(

No comments:

Post a Comment