BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

nasihat, pandangan dan teguran




Selamat tengah hari semua warga blogger. Korang dah makan tengah hari? Mana yang belum tu baik lar pergi makan dulu. Jangan biakan perut kosong. Kesian perut merintih minta di isi walaupun  Cuma sesuap nasi. Alah macam bagi nasihat dekat adik-adik pulak aku ni. Eyh tapi betul lar jangan biarkan perut kosong masuk angina nanti sakit siapa susah? Mereka dan keluarga mereka. Ahaks! Ni dah macam iklan komersial tv pulak dah. Huuuu layan jela yerk!

hari ni aku bukan nak bagi ceramah ke nasihat macam dokter ke kakak ke mak cik-mak cik tapi sebaliknya. Apa maksud aku? Sebaliknya aku yang diberi nasihat sebenarnya. Nasihat dari seorang kawan baik, kawan rapat, kawan sesusah dan sesenang, kawan sekepala, kawan sehidup dan kawan seperjuangan. Orang barat panggil BFF -best friend forever- 


 Sebenarnya semalam aku ada lar cerita pasal aku dan seseorang yang aku gelar sebagai  F. siapa F? biar aku, bff aku dan mungkin juga F itu sendiri yang tahu siapa yang aku cakap. Aku yakin F pun mesti akan baca ni juga. Apa yang aku ceritakan? Itu pun biar lar jadi rahsia kami. Tak semestinya semua benda perlu aku ceritakan dekat sini. Lepas aku dah cerita semua-semua dekat bff aku, aku terasa sangat lega sebenarnya. Aku mula terasa lapang dada.

Lepas tu bff mula buka mulut. Buka mulut bukan nak marah Cuma bagi nasihat dan teguran. Bff mula cakap “macam-macam F tu kau nak lagi ke?” aku pun tak tahu nak jawab apa sebenarnya untuk soalan tu. Aku Cuma jawab aku tak tahu. Lepas tu aku cakap aku Cuma rasa kesian dekat seseorang yang aku gelarkan sebagai miss N. aku kesian sebab aku rasa tak sampai hati bila dengar F cakap dia punya plan. Even mungkin tapi aku sebagai perempuan terasa macam dia tak sepatutnya buat macam tu. Korang bayangkan apa korang akan rasa bila orang yang korang harapkan rupanya ada hidden agenda dekat belakang korang. Yes memang aku yang tanya macam tu tapi bila aku fikir balik benda tu tak sepatutnya berlaku. Aku dapat rasakan sakitnya bila benda tu jadi sebab aku pernah alaminya. Mungkin zahirnya kita akan rasa bahagia, bangga dan seronok bila apa yang kita nak kita dapat tapi secara insaniahnya hanya kita dan yang di atas sahaja yang tahu. Hal ni kita tak akan dapat tipu. Percaya lar cakap aku.

Lepas tu bff Tanya aku lagi “kau tak boleh cari orang lain ke? Selain ex2 kau.someone yang boleh jaga kau.” Aku balas “ntah. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana sebab aku pun tak mencari sesiapa.aku tak cari yang lama dan aku tak cari juga yang baru.aku dah malas nak kisah pasal benda tu semua.siapa yang masuk minang aku dulu dia lar yang dapat aku.bla bla bla.” Lepas tu bff aku mula bagi nasihat dan pandangan dia dan bf dia juga. Aku dengar, dengar, dengar dan terus dengar. Lepas dia habiskan kata-kata dia masa aku pulak balas dengan “aku sekarang Cuma fikirkan pasal kerja aku.aku cari duit sebanyak boleh pastu pergi jalan sana-sini selagi aku boleh bergerak tanpa ada had dan halangan dari orang yang aku panggil suami sebab bagi aku bila aku dah ada someone special dalam hidup aku segala pergarakan aku mesti akan terbatas. Aku ada banyak lagi benda yang aku nak buat sebelum aku kahwin. kalau dah tertulis aku berkahwin dengan mereka yang bergelar ex aku nak buat macam mana. kalau dah tertulis aku berkahwin diusia yang lewat aku redha. sebab bagi aku tu semua dah tertulis di luhmahfuz Cuma kita yang tak tahu macam mana jalan cerita hidup kita. so sebab tu aku just follow the flow. aku tak nak tunggu sesiapa dan aku tak nak cari sesiapa. Cuma aku harap yang datang dalam hidup aku nanti seorang yang faham aku, seorang yang boleh jaga aku sampai mati, boleh sayang keluarga aku, boleh sayang aku seadanya aku dan boleh bawa aku ke jalan yang lebih baik. in shaa allah dan kau sebagai bff aku doakan lar yang terbaik untuk bff kau yang semakin hari semakin akan di tinggalkan sesorang ni. huuu boleh?”


 Banyak lagi sebenarnya conversation antara kami yang lainnya biar lah kami aje yang tahu sebab panjang sangat. Last pesanan untuk aku dari bff aku “if kau rasa itu diri kau, go on. just take care of yourself.dont let them take advantage.” In shaa allah I wiil baby. In shaa allah juga akan ada perubahan kea rah yang lebih baik. Macam yang aku cakap manusia berubah tapi untuk mengalami proses perubahan itu memerlukan masa. Kalau seseorang tu berubah secara mendadak itu petanda lain pulak. Aku Cuma harap aka nada sinar di penghujungnya nanti.

Sejujurnya buat masa sekarang ni aku sendiri pun masih mencari dan buntu dengan diri sendiri. Siapa aku, bagaimana cara aku, dimana situasi aku sebenarnya, bila semuanya akan bermula dan berakhir. Arghhh.! Sangat banyak persoalan dalam diri ni sebenarnya. Cuma aku tak zahirkan apa yang aku rasa sebab bagi aku selagi apa yang aku rasa aku boleh kawal dan pendamkan aku akan kawal dan pendam. Bila sampai masanya kalau perlu aku luahkan aku akan luahkan atau mungkin ada tindakan lain yang perlu aku ambil aku akan ambil.

Aku bukan seorang yang kuat sebenarnya. Aku bukan seorang yang tabah. Aku bukan juga seorang yang penyabar. Aku Cuma insan biasa yang sama macam orang lain. Ada hati dan perasaan. Ada keinginan Cuma aku tak zahirkan. Luaran tampak riang gembira seperti tak ada apa yang berlaku tapi dalam hati berperang dengan diri sendiri. Berperang dengan keinginan sendiri. Aku masih mencuba untuk meredhakan dan merelakan segalanya. Apa yang aku rasa aku tanamkan dalam-dalam di lubuk hati.

Ya allah Ya tuhan ku, kau pemilik hati ini. Kau penggerak hati ini. Kau juga lar yang menentukan setiap apa yang berlaku dalam hidup aku ni. Maka dengan itu aku bermohon hanya pada engkau supaya tabah, kuatkan serta tekadkan lar hati kecil ku ini. Lahirkan lar senyuman yang dapat mengembirakan hati orang-orang disekeliling aku. Senyuman yang dapat menyembunyikan setiap apa yang aku lalui setiap apa yang terpendam d dalamnya. Biar lah ianya menjadi rahsia antara kau dan aku. Sesungguhnya aku mahu melihat orang-orang di sekeliling aku berada dalam kegembiraan sambil tersenyum riang. Jangan lar ada yang berasa benci pada aku mahu pun tak senang dengan aku. Hidup dekat dunia bukan untuk selamanya. Kita di sini hanya menumpang yang kekal di sana kelak. Jadi, pada siapa-siapa yang ada rasa yang macam tu dengan aku, aku dengan lapang dada mohon seribu mungkin juga sejuta kemaafan. Aku yakin dia akan baca ni. Kita boleh pergi bila-bila masa sahaja. Bila sampai masa kita akan pergi selamanya. Mungkin tahun depan,bulan depan,minggu depan,esok atau mungkin juga sekejap lagi. Jadi, sebelum aku terlambat aku mohon maaf dulu. Bukan nak menunjuk aku baik bukan nak tunjuk aku lemah Cuma mengingatkan diri sendiri bahawa hidup tak semestinya panjang di muka bumi ni.

Pada miss N aku tahu kau sangat tak suka dengan aku sampaikan nak sebut nama aku pun susah nak keluar dari mulut kau. Sampaikan kau rasa meluat bila tengok muka lecturer kau yang iras-iras muka aku. Tapi tu semua bukan kehendak aku. Itu juga hak kau. Yang penting bagi aku, aku dah lafaz kata maaf dan aku dah maafkan kau juga. So, lepas ni terpulang pada kau. Cuma pesan aku cuba lar untuk memberi respon yang lebih baik pada dia. Sebab dia sebenarnya kurang senang dengan cara kau bagi respon dengan dia. Cuba mulakan conversation dengan cara yang lain. Ceria dalam conversation antara kau dengan dia. In shaa allah dia tak akan curang dengan kau lagi. Dia seorang yang ceria so kau kena jadi ceria juga untuk bagi dia ceria dan rasa senang dengan kau. Dia seorang yang manja. Kau pun tahu yang dia anak bongsu jadi cuba layan dia dengan cara yang lebih manja. Aku harap korang kekal sampai bila-bila dan dia jadi suami kau selamanya.




-Sekian-

No comments:

Post a Comment