BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

dugaan datang tanpa di undang


malam semua. tak tahu macam mana nak mulakan tapi hati aku sekarang memang tengah gundah gulana. tak senang duduk aku dibuatnya. hati terasa resah. rasa nak balik rumah semakin membuak-buak. apa lagi yang nak aku cakapkan untuk menggambarkan perasaan aku. segalanya bercambur baur dah macam rojak buah.

adakah rasa tak sedap hati dan sayu pagi tadi yang aku alami sebagai pertanda untuk semua ini? astagrafirullahalazim. hanya itu yang aku mampu ucapkan dan keluarkan dari mulut ni lepas aku dapat call dari kak long lepas maghrib tadi. kak long call bagi tahu yang aizat adik bongsu aku excident motor. ya allah. hanya satu perkataan itu yang dapat aku keluarkan. tapi kak long minta aku sabar dan tenang. benda umpama mimpi ngeri bagi aku dan keluarga. kami serik dengan kejadian excident motor ni. sebab peristiwa ini aku kehilangan seorang abang yang selalu menjaga adik-adiknya, yang selalu menjadi penghantar ke mana sahaja aku nak pergi selain abah, mak abah kehilangan anaknya.

kata kak long, aizat dah mula sedar. alhamdulillah walaupun masih separuh sedar. pergelangan tangan dia patah. luka-luka dekat badan dan x-ray penuh dah di buat tapi tak dapat kesan apa-apa lagi cuma ada kemungkinan bengkak pada hati dia. kawan dia yang sama excident masih belum sedarkan diri. diorang baru di pindahkan ke hospital ipoh dari hospital batu gajah. aku harap sangat semuanya selamat dan tak ada apa yang teruk berlaku. blogger yang baca nih aku mohon sambil-sambil tu doakan supaya adik aku dengan kawan dia selamat dari apa-apa yang tak di ingini berlaku.

bila aku dengar pasal ni hati nak balik lagi melonjak-lonjak. memandangkan esok aku ada program wajib dekat fakulti so aku tak boleh nak balik. plus kak long cakap jangan balik. tunggu aje berita dari dia sebab mak dengan abah tak nak aku dengan adik aku nadirah yang dekat bangi tahu pasal ni. kalau kitorang balik sekarang mesti mak dengan abah marah kak long. ya allah sungguh aku tak senang hati sekarang ni. tak tahu nak mengadu dengan siapa apa yang aku tengah rasa sekarang jadi blog kesayangan tempat aku mengadu. terima kasih wahai blog tersayang aku.



AKU NAK BALIK.!!!! 
                        
                       AKU NAK BALIK.!!!

AKU NAK BALIK.!!! ='(






awak kalau awak ada dengan saya sekarangkan bagus. boleh saya kongsi dengan awak apa saya rasa sekarang..hurmmmmm..sabar lar wahai hati..

No comments:

Post a Comment