BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

jiwa dilanda tsunami bahagia PART II

holla semua readers dyeadyea. selamat petang sayang-sayang ku. aceceh macam banyak aje sayang aku tu kan? takde lar sayang ku hanya sorang. awak aje. yes.! awak yang bergelar "ash" alamak.! tibe0tibe rindu pulok dengan mr.ash aku. siapa dia? okeh nanti akan diketahui juga siapa dia yang sebenarnya. jadi tungguuuuu..huuuu

hari ni aku nak share tentang sambungan dilanda tsunami bahagia. macam yang semua tahu lar kan minggu ni minggu busy bagi aku so banyak benda kena buat tapi dalam kesibukan tu ada ruang kebahagian untuk aku dengan mr.ash. sabtu lepas juga aku busy dengan catwalk aku. what catwalk? yup! catwalk bukan catdog ke catwomen ke hapa segala cat lagi yang ada. aku catwalk untuk peragakan design baju kepada kawan aku yang menuntut di geomatika kolej dalam bidang designer so sebagai final assignment diorang perlu buat lar fashion show dan aku terpaksa jadi bidan terjun macam yang aku mention dalam entry sebelum ni. nak tahu aku pakai baju apa? jum tengok nih.


haaaaa ni lar dia baju tu. baju aku ni bawah kategori red carpet yang tengah tinggi lampai tu model orang lain untuk kategori bridal dan hujung tu ex roomate aku, wany. dia bawah designer yang sama dengan aku. dia pulak kategori traditional. cantik sangat baju-baju yang di peragakan oleh semua model-model masa ni tahu. oh ya.! sebab aku bergini lar yang aku cakap kalau boleh tak nak bagi mr.ash aku tengok tapi hurmmmm..dia nampak juga aku yang bergini. mana aku tak cuak gilok babinya. tapi nasib baik lar dia pun senyum ajekan. tergamam kot agaknya tengok aku macam ni yela ni 1st time dia tengok aku bergini dan bercatwalk. thanks sayang sebab tak marah saya. hewhewhew. eyh, lupa lak nak cakap ni cuma gambar semasa rehearsal. gambar masa hari kejadian yang betul aku tak dapat lagi. masih pada wany so nanti aku akn update balik okeh bila dah dapat gambar masa aku catwalk.

dalam keseronokan dan kedebaran nak bercatwalk ada juga terselit rasa kesedihan dalam hati aku nih. kenapa? ini semua salah mr.ash. sepatutnya dia dah janji dengan aku nak datang dan teman aku semasa fashion show ni berjalan tapi hurmmmm..batang hidung dia pun tak nampak. jangan kan batang hidung bayang pun tak da. yela memang dia ada bagi tahu aku yang dia datang lewat sikit tapi tak akan lar sampai lewat camtu sekali. korang imagine okeh fashion show start pukul 2 lepas tu dia janji nak datang pukul 2.30 camtu kalau tak silap aku lepas tu dia call cakap nak datang lewat sikit sebab ada hal family. okeh fine aku aspect paling lewat pun pukul 3 lebih ke kan dia dah sampai tapi tak.!! dia sampai pukul 4.55. 5 min sebelum pukul 5 baru nak sampai. event habis pun pukul 4.30 okeh sayang. agak-agak lar awak nih. dah lar janji nak snap gambar dengan aku masa tu tapi semua tak da. aku dah tukar baju baru dia datang. saja aku lewatkan tukar baju sebab harap dia sempat datang tapi bila dah lewat sangat designer aku suruh tukar baju dulu sebab lepas tu diorang nak kena kemas dewan apa semua. dalam hati aku sedih, marah sangat-sangat dengan dia. memang masa dia datnag tu aku hangin jela dengan dia. aku buat muka. padan muka awak. siapa suruh buat aku macam tu. dah lar tu dia datang tak bawak pun roti yang aku pesan. wei.! aku lapar okeh. dari pagi aku tak sempat nak makan sebab nak cepat sampai datang setiawangsa. dah tu air pun tak ada. memang nak bagi aku hangin lar kan. lepas dah amik barang aku terus aku bagi bag laptop aku suh dia yang bawakkan sebagai denda pertama. hu.! panas aje hati aku masa tu. rasa macam nak gigit-gigit dan cubit-cubit je orang macam ni.

tapi mr.ash kesayangan aku ni memang pandai pujuk aku. dia sangat banyak bersabar dengan aku. aku marah macam tu pun mula-mula dia layan kan aje perangai aku ni. aku marah dia pun dia tetap redha aje sebab dia tahu aku marah tak lama kot. lepas dah masuk kereta aku dah siap send email segala bagai dia mula pujuk aku. dia mula buat lawak cuba bagi aku gelak balik. dia cuit dagu aku la, dia cubit pipi aku la. dalam perjalanan nak pergi makan tu pun sempat lagi dia nak bergurau dengan aku nk amik hati aku balik. lepas tu kami pun okeh bila dah sampai tempat makan. thanks mr.ash sayang sebab awak sangat pandai ambil hati saya dan pujuk saya walaupun saya tengah marah dan hanginnnn gilok dengan awak. yela wany dengan dahlia designer aku dah banyak kali tanya mana boyfriend aku. tak datang ke dia. even mak wany pun tnya boyfriend farah tak datang ke. aku sampai dah tak tahu nak cakap apa dah. next tima buat lagi siap lar saya suruh awak angkat saya pulak turun bawah. ahahaha. padan muka awak sebab saya ni berat tahu!

lepas makan kitorang nak pergi rumah wany sebab nak ambil purse aku sebab tertinggal dalam handbag dia tapi tak kesampaian sebabnya otw ke rumah wany phone aku terpadam sebab batrynya habis. rumah dia tingkat berapa pun aku tak tahu walaupun dah sampai dekat bawah kawasan rumah dia. plus numbor phone dia pun aku tak ingat. hewhewhew. mesti mr.ash aku menyirap aje dengan aku. ahahah. nasib awak lar sebab dapat saya yang malas nak hafal numbor ni. masa ni kn korang nak tahu tak mr.ash aku sungguh-sungguh tau bawak aku pergi rumah wany jugak bila dia dapat aje tahu yang purse aku dekat wany. bila aku cakap batry phone mati tu pun dia tenang aje. tak ade pun nak marah aku. yela aku rasa kalau orang lain mesti dah kena maki hamun sebab dah jalan jauh lar jugak ni dah sampai pun bawah kawasan rumah wany boleh pulak jadi macam tu so jadi macam sia-sia aje aku rasa pergi rumah dia. dah lar mr.ash cuma ingat-ingat lupa aje jalan rumah wany tapi dia usaha juga cari sampai jumpa semata nak ambil purse aku. nampak tak yang dia sayang aku. thanks again sayang. lepas dah jadi camtu kitorang pergi dari situ macam tuh aje. hehehe. sorry sayang.

dari rumah wany kitorang pergi klcc. dalam perjalanan macam biasa lar kitorang beramah mesra sambil gurau dan gelak-gelak. mr.ash manjakan aku. dia layan aku macam budak kecik pun ada. hehehe tapi aku suka. heeeeee. gatal sangatkan tapi peduli pulak aku sebab aku manja dengan mr.ash aku. buwelkkkk =b lepas tu kita pergi makan aiskrim kan. awak cakap nak duduk minum-minum coffee ke kan tapi saya tak nak. saya nak makan aiskrim awak ikut kan aje. so kita makan tutti fruitti. masa nih ada benda yang sangat membuatkan aku rasa terharu sangat. aku sangat terharu dan malu dengan diri sendiri sebenarnya. huhuhu. masa tengah borak-borak ntah apa yang kami borak sampai boleh masuk pasal numbor. tiba-tiba mr.ash aku cakap dia hafal numbor ic aku. bila aku try uji dia memang betul. numbor phone aku pun dia hafal. terharunya. yela sebab nampak sangat yang dia concern pasal aku. tapi aku. hrmmmm tak. aku cuma ingat tarikh lahir dia aje. num ic dia langsung tak tahu. phone numbor dia pun aku tak ingat. sayang saya rasa bersalah sebenarnya. mesti awak ingat saya tak concern pasal awak kan? mesti awak sedih dengan saya kan sebab phone numbor awak pun saya tak ingat. sorry sayang ='( bukan saya tak concern pasal awak cuma bab-bab angka ni saya tak berapa suka sangat sebab tu saya ambil course yang tak banyak main dengan angka pun. sedih saya. mesti awak kecewa dengan saya. btw thanks sebab awak concern juga pasal saya dan tahu mana tempat yang saya suka pergi kalau masuk mall. selain kedai baju, kasut dan aksesori saya suka masuk book store dan awak bawak saya masuk book store kinukinuya. betul ke aku eja. arhhh bia lar janji ada bunyi. ahaha. masa dekat klcc juga kita ada masuk kedai lovely lace kan sayang? masa tengok-tengok barang ternampak pulak bekas cincin yang ada bebear yang cute sangat kan. aku siap bagi tahu lagi kalau nak purpose aku guna bekas tu. letakkan cincin purpose dalam tu. hahahah. bapaknya tak malu aku ni. tapi kesah pulak aku. dah aku suka aku nak juga. awak pun dah tahu kan saiz cincin untuk jari saya. hahaha. so senang lar kalau awak nak purpose saya nanti. ahak.! ^_^' hantaran jangan lupa yer. baju flower girl nak yang macam saya tunjuk dekat lovely lace tu juga. ahaha. kalau tak da saya kahwin dengan engineer klcc aje. ahaha.

hari tu aku kena balik awal sebab aku ada full rehearsal pulak untuk majlis penutupan fesmel. awal tak awal sangat lar pukul 10 jugak baru aku sampai kolej. ahaks! nak balik tu macam biasa masing-masing kami susah nak lepaskan masing-masing balik. ahahah. kan sayang kan? sebab apa? sebab kita saling sayang kot. ahahah.

dua hari yang ada kami spent time bersama. sepanjang kitorang jumpa gelak ketawa tak pernah stop. tapi aku rasa kadang-kadang mesti mr.ash aku ada rasa macam nak baling aje aku ni keluar tingkap kareta dia. kan sayang? sebab suka merepek yang bukan-bukan. dalam gelak tawa tu ada juga kita bincang pasal hal berbangkitkan sayang kan? aku tanya dia jawab je jujur. harapnya betul lar awak jujur dengan saya dan tak tipu saya. awak pun tahukan yang saya tak suka ditipu dan berkongsi. hari ni saya dah rasa rindu dengan awak. kalau boleh saya nak awak ada selalu depan mata saya. tapi apa kan daya awak ada tanggungjawab awak sendiri. saya perlu sabar dengan relationship yang begini. long distance relationship. Ya Allah, seandainya dia adalah jodoh yang terbaik untuk aku, kau kuatkan lar hati ini. eratkan lar rasa cinta dan sayang aku pada dia. begitu juga lar sebaliknya. tapi seandainya dia bukan milik ku, kau hilangkan dia dari pandangan mata aku, hilangkan nama dia dari pendengan telinga aku dan ingatan nama dia dalam hati dan minda aku. kau hilangkan juga rasa cinta dan sayang aku pada dia. awak, saya sayang awak. saya tahu awak pun tahu sedalam mana saya sayang awak dan boleh sabar dengan hubungan yang macam ni.

No comments:

Post a Comment