BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

quiz tingtong

haii semua. kita jumpa lagi dekat blog dyeadyea.blogspot.com nih. semua apa khabar? sihat? alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi. aceceeeeeewah. feeling-feeling macam tengah mengacara tv pulak. syok sendriri sangat kan? i just come back from my class. ha? sekejap? memang pun sebabnya tadi ada quiz jer so bila dah habis boleh lar balik. senang jer kan? di sebalik quiz itu ada cerita. termasuk juga quiz yang semalamnya. jum sambung dengar apa ceritanya. tipu lar mana boleh dengar. kalau dengar aje memang korang tak akan tahu lar apa ceritanya sebab dekat sini korang kena baca. kalau nak dengar juga pergi suruh siapa-siapa bacakan untuk korang semua. hewhewhew.

okeh macam yang aku cakap nih pon tipu aki tak cakap pon sebenarnya. aku cuma tulis jer. ahaks.! macam yang aku tulis tajuknya quiz vs sesat so aku akan cerita pasal keseronokan quiz semalam dan hari ini juga. saaaaaaaaaaaaangat seronok taw. kalau korang jadi aku pon sure korang akan suke gilok punya lar. semalam ada quiz visual communication so semalamnya aku pun pulun lar baca segala mak nenek note yang lecturer aku bagi. baaaaaaaaaaanyak gilok. panjangggggggggggggg gilok. ada lar beberapa folder slide and setiap slide adala dalam 15 ke atas page. paling banyak 57 page slide. aku nih kalau korang semua nak tahu jenis yang suka baca last minit kalau nak quiz ke test. kalau final exam xdela. gilok korang nak buat macam tu juga masa final exam memang terkangkang lar aku nak menjawab dalam dewan exam tuh. ahahah.

 jadinya ahd malam baru aku mula baca segala note yang miss bagi jer sebab miss cakap quiz keluar dari dalam note yang dia bagi SAHAJA.! aku tekan kan lagi sekali nota yang lecturer aku bagi SAHAJA.! aku pulun baca, faham dan mana yang perlu hafal aku hafal sampai esoknya masuk kelas pon aku dengan classmate semua still duk baca nota yang dia bagi sampai lar dia masuk. masa miss masuk kelas dia gelak sengeh-sengeh. dah macam kerang busuk aje aku tengok lecturer aku nih. macam orang gatai pun ada hang pa tau dak? lepas tu sorang dari kami pun tanya lar "miss napa senyum aje nih.?dah dapat tengok cerita korea baru dulu ke dari semua orang?" yela sebab lecturer aku nih hantu korea. aku pernah bagi tahukan masa sesi perkenalan dulu. miss jawab "aihhhhh..mana ada. saya suka jer tengok korang semua dok diam baca note. kalau hari-hari macam nih kan baguih. senyap jer class senang saya nak ngajaq" miss aku nih orang utara so bila baca part nih sila baca dengan loghta utara nohhhh.. heeee.

dah habis tuh miss suruh letak semua nota ke apa segala mak nenek dekat belakang sebab quiz dah nak mula. kami pun ikut lar arahankan. dah sedia semua miss edarkan kertas kosong. seorang dapat 4 helai. semua dah bising-bising. ada yang cakap "mampuh lagu nih kertas banyak nih mesti kena jawab panjang nih." baca dalam versi terengganu yer sebab orang ganu yang cakap. lepas tu miss bagi pulak kertas soalan. orang first yang dapat dah gelak. pening kepala pun ada dia tak faham apa nak kena buat sebenarnya. kitorang pun sama. sekali miss cakap warnakan aje gambar yang ada dalam kertas soalan tuh. kami semua tnya "miss nih jer ke soalan quiz kita?" miss balas "yela. awat korang nak soalan yang susah macam mana?" kitorang semua gelak terbahak-bahak. gelakkan diri sendiri yang gegeh pulun study tapi soalan keluar suruh mewarna jer. segala mak nenek teori ke apa ke yang kitorang baca satu pun tak ada. hadoiiiii lar miss awat lar hang jadi lagi nih miss. kami semua nih dah lar berkurun lama tamatkan zaman kegemilangan mewarna kami sekarang nak kena mewarna lagi memang kekok lar. tapi kami buat jugak sebab dah quizkan. sebab tu lar miss gelak tadi. rupanya dia dah dulu gelakkan kami semua tengok gelagat kami. korang nak tengok apa yang kami kena warnakan?


haaaaa gambaq nih lar yang miss kitorang suruh warnakan tuh. dah lama tak mewarna so hasil aku sangat buruk. terasa zaman kanak-kanak sangat masa mewarna nih. yang anjing tu dah jadi macam-macam warna dan rupa. dari tak dak tompok terus ada tompok warna jangan cakap lar. coklat, putih, light brown, itam warna-warni pun ada. kreatif katanya. ye kan aje lar. masa yang miss bagi 2 jam tapi kami buat dalam sengah jam aje lepas tuh balik. seronok dan sangattttttttttttttttt senangkan quiz kami nih. ahahaha. thank you lar mis bagi quiz yang macam nih. uhuks.!

hari nih quiz lagi. dengan lecturer yang sama. tapi hari nih class advance multimedia. quiz hari ni semua orang memang tak study langsung. aku boleh siap baca novel lagi. quiz hari ni dah lain lak ceritanya. miss salah bagi soalan. dah dia suruh jawab soalan satu jer sebab dah alang-alang kitorang dah mula jawab. satu soalan tuh pun ok lar. xdela killer sangat still boleh jawab kalau tak tahu pun still boleh goreang masak sambal tumis. ehehehe. tadi masa menjawab dia bagi 15 min jer lepas tuh boleh balik. sangat seronok kalau hari-hari kelas macam nih. datang kejap dah balik. hohoho. sayang lar miss mayu. tak pernah aku jumpa quiz yang macam ni sepanjang empat sem aku study ni. ahahahaha.

No comments:

Post a Comment