BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

hilang keliru datang sedih

selamat petang semua pembaca blog aku. ada ke orang nak baca? eyh mesti lar ada cuma aku tak tahu siapa cuma segelintir sahaja yang aku kenal siapa yang baca blog aku nih. btw aku nak cakap terimas lar dengan korang sebab sudi baca apa yang aku tulis taip dekat sini.

hari ni aku yang cerita pasal yang keliru hari tuh. korang ingatkan last sebelum aku end entry tuh aku ada mention nak jumpa encik faez (pengetua kolej) untuk bincang pasal ni. yes.! memang encik faez dah izinkan dan dia dah lepaskan aku dari pergi join trip ke Padang, Indonesia. aku tersangat lar happy dan seronok. lepas beban otak aku nak fikir pasal mana satu yang aku nak pilih. alhamdulillah lega sangat rasanya. thanks encik faez.

tapi dalam kelegaan aku tu timbul pulak rasa sedih. sedih sebab bila jumpa dengan CJPK yang lain semua cakap pasal nak pergi sana. diorang still tak tahu yang aku tak join diorang. semua nampak macam sangat excited nak pergi. sedih yang amat sangat. uwanghhhh.! pasal nih pun aku ada bincang dengan abah hari tu masa abah pun tengah on9. abah cakap "fikir lar mana yang baik. adik tunang sekali seumur hidup masa nih lar dia perlukan kak cik sebagai kakak dekat sisi dia. pergi sana bila-bila pun boleh pegi. lepas dah kerja nanti kak cik nak pergi lagi jauh dari itu pun boleh pergi."

hurmmm..bila abah dah bagi nasihat macam tu aku mula lar pasrah walaupun pada awalnya excited. abah cakap macam tu buat aku terfikir ni masa dia nanti masa aku dia ada lar juga untuk bagi support. betul juga cakap abah nanti masa aku dah kerja kemana sahaja aku boleh pergi. bukan takat indonesia new york, paris, london, italy kemana sahaja aku boleh pergi dengan izin-Nya. in shaa allah.



p/s:tak sabar nak tunggu orang jauh datang. balik cepat okeh.! esok kita jumpa.

No comments:

Post a Comment