BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

happy for you

hai semua. selamat malam. lama dah kan aku tak menaip cerita dekat sini. korang rindu aku tak? rindu tak? rindu tak? please say yes if not aku akan merajuk seminit! ahahaha. okeh gedik sangat. apapa pun aku nak ucap terimas dekat siapa yang tertunggu-tunggu cerita dari aku kalau ada yang jeles atau dengki dengan statement ni okeh boleh blah dah. sila tinggalkan blog ni dan move on ke blog lain. uhuks! =p

hari ni dah masuk hari ke empat aku cuti mid sem tolak sabtu dan ahad lar. kerja memang melambak. kerja rumah dan kerja-kerja uni sama banyaknya. haishhhh penat tapi kena juga buat. tak akan balik sekali-sekala tak nak buat kerja rumah pulakkan? kan? kan? cian dengan mak kite balik kerja nak buat kerja rumah pulak so tolong jela buat selagi tengah cuti ni.

eyh.. sorry korang sebab dah melalut ke lain pulak. sebenarnya nak cerita pasal lain ni terbuka cerita lain pulak. huhuhu tu lar aku kan kalau dapat menaip habis semua benda aku nak cerita dengan korang semua. ngeeeee =D sabar dan layan jela erk.

sebenarnya aku cakap yang aku happyyyyyyy gilok-gilok dengan abang ngah aku. sebab apa? sebab finally dia ada juga girlfriend. wahhhhhhhhhhhh.. abang ngah dah ada GF tapi kenapa aku pulak yang excited lebihkan? yela sebab abang aku ni dah umur 25 tapi masih singgle jadi bila dapat tahu dia dah ada GF aku terasa sangat seronok lar. rasa sangat tak sabar nak merasa ada kakak ipar pulak. abang ipar dah ada, adik ipar lelaki coming soon so nak jugak lar merasa ada kakak ipar. hew hew hew.

apa yang aku dapat tahu abang aku baru je declair dengan kak fida ni. opsss! terlepas bagi tahu nama dia pulak. okeh nama penuh aku tak tahu tapi panggil kak fida aje. nak tengok kak fida tu? sila lar tengok ni.




teheeeeeee ini lar dia kak fida tu. nampak cam cina kan? tapi ini original melayu. ahahaha. aku baru jumpa sekali je tu pun masa aku balik melawat adik aku yang excident hari tu dekat hospital. hmmmm rasanya macam ok. nampak ok lar sebab sebab tak nampak cam sombong ke poyo ke gedik macam ex abang aku yang tetttttt tak perlu lar aku mention dekat sini kot. ahahaha. yang itu sumpah gedik dan aku sangat tak suka! errrrr sorry yer kalau dia terbaca blog aku ni.

yang ni okeh-okeh je sebab aku lagi suka ex abang aku yang kak ira tu kot. yang tu memang super sempoi. dia kalau datang rumah aku memang pandai bawa diri. kerap juga lar dia datang rumah aku dulu. siap tidur sini. mak dengan abah pun suka dia. memang sempoi habis tak hipokrit plus rajin tolong dekat dapur. tak ada lar jenis nak melekat aje dengan abang aku. yang penting dengan aku, adik girl dan kakak aku pun dia okeh tak poyo walaupun dia sangat cantik. =) haduhhhh rindu pulak dengan kak ira. mungkin bukan jodoh mereka. yela jodohkan di tangan tuhan so redha jela.

kak fida ni pun okeh aje sebenarnya. aku pun tak boleh nak komen sangat sebab yela jumpa pun baru sekali aje. tapi kak fida ni suka futsal. so mungkin dia pun sempoi juga kot. maksud aku bukan lar jenis yang gedik-gedik gitu. harapnya gitu lar.

what ever it is aku harap abang aku cepat kahwin sebab aku dah tak sabar nak ada kak ipar. plus, semoga abang aku bahagia ke anak cucu dan jodohnya berpanjangan. in shaa allah. bro, im happy for you. :) to kak fida welcome to our family.







#kalau dulu sepatutnya aku akan dapat dua orang kakak ipar tapi sebabkan allah lagi sayangkan arwah allah ambil dia dulu. ='( btw sorry weyh aku curi gambar korang. ahahaha.#

No comments:

Post a Comment