BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

jiwa dilanda tsunami bahagia PART I

hello, hai, assalam semua. selamat pagi. eyh cop pagi lagi ke?rasanya dah masuk tengah hari dah pun ni. ahahah. nampak tak aku yang terlambat train dekat sini. okeh selamat tengah hari. siapa yang baca entry ni sambil makan tengah hari selamat menjamu selera lar yer. okeh tak mo merepek panjang sebab jap lagi entry paaaaaaaaaaanjang lebar berjeeeeeeeeeeeeeeeeeeeela. ahaks.! so marilah kita bersama khatamkan segala apa yang aku nak sharekan untuk kali ni.

minggu ni minggu yang agak busy bagi aku. ops.! setiap minggu pun busy aku rasa cuma minggu ni busynya terlebih over tahap gaban. wahhhh. lamanya tak guna perkataan "gaban" tu. tak pe jum sambung. aku cakap busy tahap gaban sebab mula dari hari jumaat lagi aku dah bangun seawal 6.30 macam biasa solat subuh terus pergi mandi bersiap segala bagai. selalunya lepas subuh aku tidur balik sebab penat plus kelas hari jumaat pulak pukul 3.10 petang so tidur lar apu tunggu lagikan. ahahaha. lepas dah siap semua aku terus jumpa wani roomate aku dulu masa sem 1. kitorang kena gerak awal pergi ke setiawangsa untuk rehearsal event esoknya (sabtu). disebabkan perlunya sampai sana pukul 10.30 so kena lar keluar awal untuk elak jem. kehidupan di KL sangat nak kena tempuh jem segala bagai. bla..bla..bla..

sampai jer terus aku kena fitting baju. oh my..fitting baju untuk apakah? cuba lar teka. siapa yang dah tahu sila diam okeh. kalau tak tahu buat-buat tahu ajela okeh semua. lepas dah fitting apa semua pastu alter mana yang patut okeh salin balik dengan baju asal aku. lepas tu kena pulak pergi rehearsal dekat dewan. apa aku buat? again oh my! ahaha tunggu okeh. mula-mula tu memang rasa awkward gilok-gilok sebab nak yang lain lagi power dari aku. yela sebab aku biasa-biasa aje. lagi pun aku biasa photoshoot aje tapi diorang memang dah itu kerjanya. plus diorang bapaknya lar jauh lagi tinggi dari aku. setinggi-tinggi aku ni diorang berganda lagi tinggi. percaya lar cakap aku. dah lar pulak aku nih cuma bidan terjun bak kata orang dengan takda latihan terus datang untuk full rehearsal. korang banyangkan lar apa jadi. dengan tak tahu macam mana laluan yang diorang nak apa semua tup-tup terus buat full rehearsal. tapi dengan gaya cool aku, aku pun redah dan redha jela. ahaks.! sempoi gilokkan.

aku habis full rehearsal tu dalam petang pukul 4 lebih juga lar gitu kalau aku tak silap. banyak kali juga awak tu call aku sebab memang dah janji dengan dia balik dia nak ambil aku dekat sana. aku janji pukul 2 tapi nah pukul 4 baru habis. ahaha. nasib awak lar yer tunggu saya lama. btw thanks awak sebab buat KEJUTAN yang sangat-sangat mengejutkan aku tu. rasa macam nak gugur jantung aku ni macam gugurnya dedaun kering musim luruh. hamboi jauhnya perumpamaan aku. layan jela. mana tidaknya lepas aje aku punya turn habis latihan tu aku keluar lar dari dewan tu nak pergi tukar baju sekali tengok nahhhhh muka mamat ni depan mata aku. memang aku rasa nak pengsan lar bila dia dapat tengok aku macam tu. hahahaha. kelakar sangat bila ingat balik. aku terus mendapatkan dia aku salam cium tangan apa semua dia boleh senyum aje tengok aku dengan muka selamba aku dalam hati dah cuak giloknya sebab kalau boleh sedaya upaya aku tak nak dia tengok aku macam tu sebab aku takut dia marah yela kalau dulu dia penah cakap dia tak suka aku jadi *&^$# tapi sekarang dia tengok pulak aku ber%$#@*&^ dekat situ. lepas tu aku borak kejap dengan dia. dah tu baru aku pergi tukar baju apa semua.

dah siap semua aku pun balik dengan dia dan wani. kitorang hantar wani balik rumah dia then aku dengan dia jejalan dulu sebab kalau nak terus balik shah alam jalan memang jem gilok sebab dah pukul 5 masa tu. kitorang pergi lowyat jejalan dekat situ sebab dia nak cari apa ntah nama benda tu aku dah lupa. aahaha. sory awk sebab awak ada ajar hari tu tapi sy dah lupa. huuu. tapi tak jumpa pun. lepas tu pergi makan. yeayyyy..finally dapat pergi makan. sepanjang perjalanan kami borak macam-macam benda. macam-macam cerita aku cerita dengan dia. dia pun macam tu jugak. kitorang gurau-gurau, dia cubit pipi aku, dagu aku, hidung aku macam-macam lar sambil bergelak ketawa. rasa bahagia sangat macam dilanda tsunami bahagia. uhuks.! tersenyum sendiri pulak bila ingat balik. yela sampaikan cerita novel yang aku baca tajuk "bila blogger jadi maid" tu pun aku cerita balik dekat dia. aku cakap dia macam watak ash dalam buku tu sebab perwatakannya yang sama sangat bagi aku. bangga gilok lar mamat tuh bila kena puji nak pulak aku yang cakap camtu. ahahaha..suka lar tu awak tu. tengok tu awak dah senyum sesorang. ahahaha. sudah lar tu senyumnya sayang. ops.!

kitorang makan burger bakar. what burger bakar? kak dee sory farah dah pergi makan dulu sebelum kak dee sebab dia bawak. farah dah cakap nak tunggu pergi skali dengan kak dee tapi dia terus bawak dulu bila farah cakap jer teringin nak makan burger bakar. ahaha. salahkan dia.


ha yang ni aku punya. yang awak punya tak sempat nak snap so xdela gambarnya tapi bentunya sama aje cuma awak tu punya double daging dia kan.? heeee. plus cheese awak banyak so saya cuit sikit. cop bukan sikit banyak sebab saya suka cheese. ahaha. mula ingat nak makan burger bakar dekat abang burn section 7 tapi bila tengak abah dia punya ramai terus tukar pergi dekat kedai kawan dia dekat area shah alam juga tapi lupa dekat mana. masalah aku ni sebab senang lupa nama tempat. ahaha. mahap le sebab bukan aku yang drive. lepas dah makan dia pun hantar aku balik kolej. sampai kolej dah pukul 11.30 kalau tak silap aku.

selesai cerita busy seharian aku part I. tunggu part II okeh sebab banyakkkkkkk lagi nak cerita. see u next entry.

No comments:

Post a Comment