BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

okeh done.

hello bloggers, readers, kawan-kawan dan seumpama denganya. selamat malam. malam ni aku tak ada apa lar nak kongsi cuma nak cakap. okeh tipu sebab aku bukan cakap cuma tulis jer. pasal apa? hrmmm. rasanya ada yang dah dapat agak pasal apa. yes! pasal itu.

tak payah lar aku cerita dari mula ye dak awak dan awak tu pun fahamkan apa yang jadi. mula-mula aku nak cakap terima kasih dekat awak tu miss N sebab awak baca apa yang aku nak sampaikan. terima kasih juga sebab call aku. sekurangnya aku boleh ada number awak so lepas ni apa-apa hal senang aku call aje tak perlu nak menaip berjela macam ni. penat tahu tak. kadang-kadang malas pun ye juga. macam sekarang ni tak apala sebab aku memang tengah on lappy kesayangan aku ni buat kerja. tapi sebenarnya aku tak berapa nak fokus pun dengan kerja aku sebab itu aku menaip dekat sini.

kenapa aku tak fokus? gilok nak fokus macam mana sebab aku rasa sesuatu yang tak seronok dalam hati ni. korang pun tahu aku sangat tak suka bila aku buat orang menanges. bila aku tahu aku buat orang menanges automatically aku pun jadi unhappy. yes, memang aku happy dapat cakap dengan miss N dan bagi tahu sendiri apa yang aku nak sampaikan dengan miss N tapi dalam masa yang sama aku tahu dia mesti salah faham dengan aku. babe, aku dengan mr.F is NOTHING.!! macam yang aku cakap past is past. aku redha dan aku just anggap dia sebagai kawan aku. aku tahu awak marah, sedih, kecewa tapi believe me yang dia sayangkan awak teramat sangat sebenarnya. kalau tak kenapa dia pilih awak. right? kalau tak dia tak akan stay dengan awak sampai sekarang. rasanya awak tak perlu menangis ke hapa kot sebab dia cuma berkongsi dengan aku. aku tak rasa itu sebagai mengadu sebab kalau dia nak mengadu dia boleh buat dekat awak sendiri. tak perlu cari aku.

rasanya tak perlu juga kot awak nak beralah ke berundur ke nak bagi dia dekat aku apapa sebab hati dia dah memang dekat awak. cuma sedikit pembetulan perlu di buat dalam relationship korang supaya mekar, cantik, berseri macam masa mula-mula korang kenal. itu sahaja my dear. korang pun dah lama. more than 2 years babe. mungkin dah tak semekar dulu ke secantik dulu ke sebab tu adanya isu macam ni. mungkin awak tak rasa tapi dia rasa. dalam perhubungan melibatkan dua orang. maka melibatkan dua jiwa. dua perasaan. dua rasa dan awak kena ingat dua rasa tak semestinya sentiasa mempunyai rasa yang sama sebab letaknya dua hati ni dekat dua orang yang berbeza. aku dah lama maafkan awak sebenarnya. aku anggap awak macam adik aku sebab awak sebaya pun dengan adik aku.

bukan aku nak back-up dia dan salahkan kau bukan juga aku nak back-up kau dan salahkan dia. bagi aku masing-masing ada salah dan ada betulnya. dia pun salah. yes! memang ada. salahnya dia sebab cerita isu ni dengan aku sebab aku pernah jadi ex dia dan itu sesuatu yang awak tak suka dan awak tak nak dia buat. walaupun aku dengan dia sekarang adalah kawan. sama tarafnya macam dia dengan kawan-kawan perempuan dia yang lain. itu salah dia. betulnya awak juga sebab call aku. tanya terus-terang. aku suka. aku senang boleh cakap lagi lanjut apa yang aku nak.

aku rasa awak pun tahu dia tu kalau dah sayang sorang tu dia akan sayang sangat-sangat sampai bila-bila. awak yang lagi sorang tu, mr.F awak pun satu kalau ada apa-apa refer terus lar dengan miss N. cakap terus terang dengan dia apa yang awak nak, apa yang awak rasa kurang, apa yang awak tak suka, yang perlu di perbaiki dan lain-lain.

korang buat macam ni sumpah aku rasa unhappy. langsung tak seronok sebab ini aku. aku jenis yang tak suka buat orang keliling aku sedih. nak lagi aku tahu awak tu si miss N menangis. nak pulak awak tu tengah puasa. eyh..tolong lar jangan nak sedih-sedih. aku tahu awak sedih sebab dia still keep on texting aku tapi tolong jangan nak emosi sangat sebab aku dengan dia cuma kawan. like seriously aku langsung tak seronok bila rasa macam ni. korang aku tak tahu lar tapi aku memang rasa macam looser gile buat orang nangis. hoi.. korang tolong jangan nak berdrama boleh? kau nak lepaskan aku la aku nak lepaskan kau la aku tak nak lepaskan kau la what the fish. go on jela. sayang je tahu tak? kalau sebelum ni boleh aje korang move on asal lak sekarang nak buat drama melayu? habaq mai dekat aku sat. pasai pa?

haaaa kan dah aku pulak yang dah emo. geram aku dengan makhluk yang macam ni. aku dah okeh. tak ada pape. chill jela. hal lama aku dah buang dalam lubang jamban siap flash lagi. korang move on jela. itu aje yang aku mintak. aku sokong relationship korang sebab aku teramat faham dan tahu betapa sayang, suka dan cintanya korang antara satu sama lain. macam yang aku pernah bagi tahu dengan mr.F aku sokong hubungan korang sampaikan aku bagi warning dengan dia kalau dia buat hal sakitkan hati awak miss N lagi dia yang aku maki dan sesiapa yang kacau lagi hubungan korang orang tu yang aku maki. so, korang ingat lar sayangngi lar apa yang korang ada. bukan senang nak dapat. awak miss N kalau terasa dengan apa yang aku cakap again sorry dari aku sebab aku memang jenis macam ni kalau aku nak cakap memang ikut lepas suka hati mak bapak kucing aku aje. eyh..sorry awak tak suka kucing. ikut suka mak bapak monyet jiran aku aje. ahahaha. pun boleh lar dyea. layan jela. stress sangat pun tak boleh so senyum jela. aku harap miss N awak pun chill jela. senyum jela. memang susah tapi cuba make it simple. cuba senyum sebab itu terapi paling baik untuk hilangkan masalah. kalau awak pun ada masalah rasa nak share dengan aku just call tak pun text jer since awak pun dah ada number aku. okeh dear. senyum =)


p/s: awak miss N  tak adala penyengap sangat. dari suara tadi awak seorang yang ceria. hurmmm tapi marah betul aku dengan dua orang ni. tapi percaya lar aku marah dekat sini aje. lepas aku dah luahkan aku okeh. aku sayang korang sebagai kawan aku. sorry kalau nampak macam over tapi ini adalah aku. suka tak suka itu belakang kira. itu hak korang masing-masing. miss N aku harap kita tak ada apa-apa masalah lagi lepas ni. bak kata najwa latip kosong kosong. ahaks! kbai semua dan awak awak juga =) owh..ya jangan lupa datang rumah aku nanti yer miss N. kalau nak jumpa aku mai jela datang jumpa. aku open. terbuka untuk yang nak jumpa aku. tak perlu buat temu janji. ahaha.

No comments:

Post a Comment