BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

kematangan perlu di tunjuk bukan di ungkap

okeh lagi satu entry yang aku panjangkan ke page blog terchenta dan tersayang dan tercomel dan teragong dan termanja aku ni. isu yang aku nak kongsikan kali ni timbul masa aku keluar makan dan jalan-jalan dengan mr.ash aku semalam. lepas makan kami nak ke uptown shah alam tapi ramai pulak orang yang nak ke sana sampai jalan nak masuk pun dah jem gilo-gilo macam orang nak balik cuti raya. haishhhhh korang ni. bak kata mr.ash "jem sebab orang shah alam tak ada tempat nak pergi bila malam" jahat sangat dia ni tahu tak yang dia kutuk tu termasuk aku lar sebab aku sekarang duduk dekat shah alam walaupun aku asalnya dari perak. nasib sayang tak jadi nak marah kalau tak dah lama aku cepuk dia. ngeeeee =p oleh sebab itu kami just jalan-jalan aje dalam kereta sambil bersembang-sembang pasal banyakkkkk benda.

kalau tengok pada tajuk pun korang dah boleh tahukan aku nak cakap pasal apa. yer.! pasal kematangan. kematangan sangat diperlukan dalam hidup seseorang supaya dia bijak dalam membuat keputusan, supaya dia bertindak secara rasional dan jugak supaya dia tidak mudah di pengaruhi oleh nafsu pemikiran dan hasutan kata-kata iblis. semua orang boleh cakap yang dia matang sebab umur dia dah 20 tahun, sebab dia umur dah makin banyak, sebab dia dah cukup banyak pengalaman, sebab dia bla bla bla. tapi persoalannya adakah kita mempamerkan kematangan itu bila perlu? adakah kita meletakkan kematangan itu di tempat yang paling atas apabila di uji?


bagi aku kematangan tak perlu di ungkap dekat mulut dan bagi tahu semua seluruh dunia yang "aku adalah seorang yang matang sebab aku dah banyak pengalaman". yes.! tak dinafikan untuk mencapai kematangan kita memerlukan banyak pengalaman tetapi pengalaman yang jenis apa? kalau setakat banyak pengalaman pasal cinta i don't think so. hidup kita ni banyak tujuannya bukan semata untuk mengejar cinta. jadi, pengalaman yang lebih berharga dan boleh mematangkan kita bukan datang dari pengalaman cinta.

meyh ni nak kongsi sikit pasal tanda kematangan seseorang. jum baca dekat tanda-tanda kematangan seseorang aku rasa ada kebenarannya dan betulnya pada senarai tu. pernah dengar tak pepatah English yang menyebut "dont't judge a book by its cover". sama jugak dengan kematangan seseorang. jangan menilai tahap kematangan seseorang dengan memandang luaran seseorang atau karekter dia tapi selami dan kenali lar dia then baru kita akan tahu tahap mana kematangan seseorang itu. lagi bagus kalau dapat melihat sendiri macam mana dia menangani masalah dan mengawal dirinya dalam menghadapi masalah.


setiap orang ada cara yang tersendiri. macam aku sendiri yes.! aku mengaku karekter aku agak kebudak-budakan dan agak manja. kalau nak dibandingkan dengan adik aku yang umur baru 19 tahun dia nampak lagi matang dari aku tapi itu secara zahirnya sahaja. kalau dilihat secara lahirnya pula aku rasa aku mampu mengawal emosi aku bila aku diuji dengan apapa sahaja bentuk masalah. tak kira dari segi cinta, ke pelajaran ke family ke malah dalam kehidupan seharian. jujurnya aku susah nak melenting dengan orang yang buat aku marah. nak tengok aku marah memang cukup susah. dengan adik-adik aku sendiri pun aku rasa aku tak pernah marah diorang seingat aku lar. kalau ada benda yang aku tak suka tapi diorang buat dekat aku, aku masih mampu tersenyum lagi. aku jenis yang tahu nak marah. macam mana sakitnya pun hati aku ni apa yang aku buat cuma tarik nafas panjang-panjang dan dalam-dalam dan fikir benda yang positif. mungkin sebab kematangan yang ada aku bertindak macam tu. kalau marah yang tahap to the max aku akan tidur. bila aku bangun aku akan jadi lebih waras dalam membuat apapa keputusan. jangan ambil keputusan dalam keadaan yang tak stabil. tak akan ada kematangan kalau kita buat sesuatu yang bodoh atau terus-terus nak marah dan melenting. dalam hal cinta pun sama. kalau ada sesuatu perasaan negatif yang singgah di hati aku pasal mr.ash aku tak terus melenting marah dia. aku tanya sambil doa dengan tuhan supaya dia bersikap jujur masa aku tanyakan soalan-soalan membunuh tu. kalau dia jujur dengan aku secara automatiknya hati aku rasa tenang lepas tu. alhamdulillah sehingga sekarang bila aku buat macam ni dekat mr.ash hati aku cepat rasa tenang dengan beberapa soalan aje. terima kasih mr.ash sebab jujur dengan aku dan aku harap selamanya jujur dengan aku. aku tak marah punkan kalau hang nak p mana dengan siapa. merajuk sikit-sikit tu saja jer nak mengada. hahaha. 

itu lar aku cakap kematangan perlu di tunjuk bukan di ungkap. jangan lar nak mengaku yang awak tu matang yang dia tu tak cukup matang walaupun dia dah tua. kalau nak cakap seseorang itu matang ke tidak cuba kenali dia macam mana dulu. kalau cakap awak tu matang tapi hakikatnya bila diserang masalah melenting tak tentu pasal. matang ke macam tu? tepuk dada tanya diri sendiri. sekian.

“Don't you understand that we need to be childish in order to understand? Only a child sees things with perfect clarity, because it hasn't developed all those filters which prevent us from seeing things that we don't expect to see.” 
― Douglas AdamsDirk Gently's Holistic Detective Agency




No comments:

Post a Comment