BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

ikatan pertunangan

huit huit. jumpa lagi dekat entry lain. lain ke? sebenarnya sama je situasinya dengan entry sebelum ni tapi kali ceritanya lain sikit sebab ni pasal adik aku. tadi pasal apa? yer pasal adik aku tapi sikit je sebab yang selebihnya pasal hmmmm sendiri makan cili dia rasa pedas lar. dah jum sambung. jangan nak merapu lagi.

seminggu yang lepas kan hari pertunangan adik aku so aku balik lar dari shah alam. aku balik agak lewat masa aku sampai dekat rumah. dalam pukul 10 lebih malam jugak lar baru aku sampai dekat rumah. itu pun adik aku dah duk tanya bila aku nak balik. maklum la kelas sampai ke petang so lepas kelas lar baru aku boleh balik adik hoi. aku balik dengan train macam biasa. sampai abah dah tunggu aku dekat stesen. dalam perjalanan balik rumah dari stesen semuanya macam biasa lagi. aku borak dengan abah pun macam biasa. aku cerita apa jadi sepanjang seminggu yang berlalu. cerita pasal kesibukan yang datang bagai tsunami pada aku.

bila aku sampai rumah aku tengok orang dah penuh dekat rumah. raaaaaaaaaaaamai gilo orang. sedara mara semua ada. ada yang tengah masak-masak, ada yang tengah kemas-kemas apa yang patut, ada yang tengah borak-borak dengan sepupu-sepapat yang lain. budak-budak kecik macam biasa lar duk berlari sana-sini macam padang lapang pulak rumah aku tu dibuatnya. seronok sangat. yela aku pulak memang suka tengok orang ramai-ramai dekat rumah aku berkumpul macam tu. aku balik terus salam semua orang. dari depan ke belakang, dari dalam ke luar aku salam semua orang. masa tu atok, mak ngah, wan andah, dik yah, opah, maklong, andut, makcik, maklang, kak fiza, pika, alyn, ida semua lar ada. kalau aku sebut semua mau penuh entry nih dengan nama-nama aje kang. heeee. nama pun kendurikan mesti lar ramai orang. dalam duk salam-salam tu yang paling tak best bila kena soal siasat macam penjenayah dengan pakcik aku dan atok aku. jum tengok ape yang pakcik aku soalkan dulu.

aku: assalamualaikum acik
 (nada ceria nak mampus walaupun penat sangat sebab rushing 
lepas kelas nak kejar train.)

acik: waalaikumsalam. ha baru sampai.? 

aku: haah acik. baru sampai. abah ambik dekat stesen ketapi tadi.

acik: balik dengan siapa.? sorang je ke.?

aku: haishhh acik aku nih sah lar aku balik sorang 
nak suh aku angkut siapa lagi.? (monolog aku dalam hati) haa sorang jela. 
nak balik dengan siapa lagi acik.? (kan dah aku tanya balik soalan dekat acik)

acik: tak akan balik sorang.? boyfriend kamu tak ikut? 

aku: ishhh. mana ada boyfriend lar. balik sorang jela senang. 
boyfriend susah je nak balik sekali.
 (camna nak balik sekali kalau dah sorang utara sorang selatan. 
yer.! itu sebenarnya. ahaha)

acik: ahahaha. yela tu kamu tak ada boyfriend acik 
(aku pun di panggil acik jugak sebab dalam family dorang panggil aku kak cik)

aku: yela. memang tak ada nak buat camna. acik tolong lar carikan. hew hew hew. 
(sorry sayang belum masa saya nak kenalkan awak pada family saya. 
biar lar diorang jadi tanda tanya dulu siapa buah hati pengarang jantung saya)

lepas tu aku terus lari masuk dalam sebelum kena soal yang bukan-bukan lagi dengan acik aku yang sorang ni. ahaha. =) selesai pasal sesi siasatan dengan pakcik aku. sekarang jum baca siasatan pasal aku dengan atok aku pulak. haishhhhh. asal jumpa kena siasat. penat aku nak jawab.

aku: hai atok. assalamualaikum.

atok: haa. walaaikumsalam. bila sampai. (soalan ni lagi)

aku: baru je kejap ni ha. abah ambik tadi dekat stesen 
ketapi. atok sehat?

atok: sehat. dengan siapa balik? (hadoiii lagi satu orang
tanya siapa partner aku balik)

aku: sorang aje. nak bawak siapa lagi?

atok: pakwe kakcik tak ada?
(nampak tak sayang semua nak tahu siapa boypren saya.
misteri sungguh kan.? ahaha. orang howt biasa lar)

aku: tak ada. mana ada boypren tok. tak ada siapan nak. ada ke 
siapa-siapa yang nak kenal dengan kakcik.? meh lar kenalkan. ahahaha.

atok: haiyoo. tak akan tak ado. nadirah dah nak tunang kak cik poi lar 
cari cepat buleh sekali jalan. apo lak yang tak adonya.
 (atok aku memang orang negeri sembilan so korang baca lar dengan dialek nogori yo)

aku: haishhhh. biar lar dia nak tunang dulu. kakcik muda lagi ape nak 
kesah pasal tunang kawen ni sume. abang ngah pun tak kawen lagi. 
tunggu dia dulu lar baru kak cik pulak lepas tu.

atok: haii ado tunggu abang ngah lak. dio laki tak apo. poi cari cepat. 
tak akan doket tempat belaja tu tak ada yang suko.

aku: ha? tempat belajar?tak nak lar sama tempat. tak berkembang nak cari tempat 
sama jugak buat apa. kak cik nak tempat lain baru best bila 
anak-anak tanya mak ayah dia belajar mana sorang uitm sorang dekat mana-mana. 
(itu memang target aku dari dulu. aku tak suka yang sama tempat. bosan. buwelkkkk =p)

dan selepas itu jugak aku larikan diri dengan alasan nak pergi mandi. padahal malas nak layan atok aku melalut. ahaha. sorry atok. semua nak tahu dengan siapa aku berkawan sekarang. mr.ash tolong saya. awak terlalu misteri bagi mereka. haishhh. kalau awak ada sekalikan senang tak ada orang nak soal siasat saya macam tu. tak apa aku akan bongkarkan jugak siapa mr.ash aku lepas ni. sabar yer you olls. 

esoknya 18 mei 2013 semua orang bangun awal. siap-siap apa yang patut. yang masak mula memasak, yang iron baju mula meng"iron". aku? macam biasa ambil kerja menyapu dan mengemop rumah. depan belakang, laur dan dalam semua aku sapu semua aku mop. lepas dah siap semua aku tolong pulak kacau-kacau gulai untuk kenduri. lepas tu iron baju aku, baju balqish (anak sedara aku), baju mak dan baju abah. tuh memang kerja aku. kalau raya pun macam tu. malam raya ke pagi raya ke mesti aku di suruh ironkan baju-baju mereka. 

majlis mula pukul 12 sebaik aje rombongan tetamu datang. ramai sangat rombongan yang datang. diorang datang dari terengganu tapi bukan direct dari sana. diorang singgah KL dulu stay dekat rumah tunang adik aku. kalau tak silap aku adala dalam 5 ke 6 buah kereta. macam yang aku cakap tema adik aku pink purple. aku pakai simple aje sebab nak buat kerja senang. pakai glam-glam tunggu masa kenduri kahwin sebab masa tu pakai catering so aku cuci tangan dari buat kerja. aku dah cakap awal-awal dengan adik aku. ahahaha. =) apa kata korang layan dulu gambar-gambar yang ada ni. nanti aku sambung cerita.

nih masa adik aku tengah make-up before majlis.
itu opah belah mak aku. tengah bagi arahan untuk siapkan tepak sireh.
love you opah =)




yang atas nih semua gambar rombongan yang datang masa hari tu. nih semua wakil dari pihak lelaki. mak, abah dan wan andah jadi penyambut tetamu yang sambut kumpulan rombongan yang datang. lepas dah datang rombongan di jemput masuk dalam rumah aku untuk sesi perbincangan. jum tengok ni pulak.







haaa yang dekat atas nih pulak gambar-gambar masa sesi perbincangan antara kedua belah pihak tentang tarikh majlis perkahwinan, hantaran, duit hangus, itu ini apa semua. aku tak tahu sangat apa yang dorang bincang sebab masa ni aku dekat luar sambanut tetamu sebab mak aku dah masuk dalam join sesi perbincangan nih. apa yang aku tahu majlis perkahwinan akan diadakan pada tahun depan bulan 5 in shaa allah. dengan wang hataran sekian sekian (tak yah aku mention dekat sini kot) atas ni jugak ada gambar hantaran yang dibawa masa majlis pertunangan ni. ini lar rumah yang memberi sejuta ketenangan pada aku. sebab tu aku lagi selesa duduk dekat rumah kalau aku ada masalah. jum tengok pulak gambar masa sesi sarung cincin ke jari adik aku.





yang baju jubah hitam tu mak kandung tunang adik aku. yang lagi sorang mak cik tu mak tiri dia. seronoknya ada dua mak kan? dua-dua datang masa majlis tuh. yang gambar last tu adik aku lar lepas dia di mak-up oleh mak andam. cantik kan? harus lar tengok pulak kakak dia. ahaha. wuelkkk jangan jeles. jangan nak muntah hijau pulak. hew hew hew. bila dah selesai semuanya rombongan pun di jemput lar makan dekat bawah khemah dekat luar rumah. sementara tetamu semua makan kami-kami yang lain tak lepaskan ambil kesempatan bergambar dengan adik aku. aku antara orang yang terawal dia panggil ajak bergambar dengan dia sebab kamikan agak rapat. so jum lar layan gambar-gambar ni dulu. peaceeee yaw..
















hahaha..nih antara moment-moment yang boleh aku show off dekat korang semua. kalau nak masukkan semua kang melampau lak sebab terrrrrrrrrrrlampau banyak. ada jugak aku snap gambar berdua dengan adik aku. masa nih sangat-sangat sodeh aku rasa. tak tahu kenapa laju ajer air mata aku mengalir macam air terjun. jum tengok nih pulak.

adikakak :')
love you bulat :')
kiss from her :') 
adik aku tunjuk air mata aku yang keluar walaupun aku dah cover dengan senyuman :') 
haaa. dia nak sapukan air mata aku yang gugur :')
candid :') 
gonna miss you bulat :') 
both of us cry actually :')
sob sob sob :') 
cedeyhhhh :'(
dye jugak menanges :'(

haaaaa. sedih sangat tahu bila adik yang rapat dengan kita dah melangkah setapak untuk meniggalkan kita. koran tak caya pergi lar suruh adik ke kakak ke abang ke sapa yang rapat dengan korang tunang ke kahwin mesti akan rasa apa yang aku rasa. betul tak tipu. sob sob sob ='( adik aku akan tamatkan zaman bujang dia dengan jejaka pilihan dia tahun depan. in shaa allah. bila? nanti aku bagi tahu korang semua yer. owh, sedih pulak aku rasa sekarang. nadirah congratulation yer. semoga hubungan hang tak banyak dugaan.

owh yer disebabkan aku mempunyai baaaaaanyak silent readers so mungkin jugak orang-orang yang baca tu datang majlis nih so aku nak ucapkan terima kasih pada semua tetamu yang datang untuk majlis nih. tanpa semua majlis tak akan berjalan dengan lancar dan meriah. aku saaaaaaaaaaaaaaaayang korang semua. :')

No comments:

Post a Comment