BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

1618

assalamualaikum.

haaaa.! korang buat ape tuhhhhh. makan ke.? heeee. tak puasa. shame shame. HAHA. puasa korang macam mana.? aku so far soooooooooooo good aik macam iklan roti pulak. -__- masih diberi kesempatan untuk berpuasa dan menunaikan seberapa banyak ibadah untuk mengutip seberapa banyak pahala. owh.! aku tak nak muka dimah panjang lebar so jum kite baca apa yang aku nak sampaikan. aku nak tunaikan janji jer tapi aku nak say sorry sebab lambat tunaikan sebab aku busy sikit plus tenet macam siput.

Alhamdulillah jumpa lagi kite di bulan ramadhan yang mulia dan penuh barakah nih. Post aku kali nih Cuma nak menunaikan janji yang aku dah janjikan dalam post yang lepas. Dalam post lepas kalau korang ingat lagi aku ada cakap nak share pasal 1618 dan lalat. Ingat.? Bagus lar kalau ingat. Siapa yang lupa pergi baca balik last post aku. Okeh dior.?

Okeh jangan melalut lagi jum kite ke tajuk yang pertama yang aku namakan “istimewanya 1618.” Apa yang ada dengan 1618 nih.? Apa perkaitannya dengan kite semua terutama yang beragama islam nih.? Jom baca untuk mengetahui dan merungkai segalanya. Aceceh dah macam pengacara tv pulok. Almaklum lar budak masscomm =p  owh yer, aku nak remaind semua segala info yang aku share dengan korang nih aku dapat dari sumber yang sah dan sahih melaliu medium tv. Tapiiiiiii kalau ada mana2 yang cacat cela atau terlebih ke terkurang aku minta maaf awal2 sebab sesungguhnya yang baik itu datang dari allah s.w.t dan yang buruk itu datangnya dari aku. =) okeh jom baca.!

Korang tahu tak yang pemimpin2 islam telah pun bermesyuarat sesama mereka dan telah menuntut atau mencadangkan kepada dunia supaya menjadikan waktu di Mekah sebagai waktu dunia.? Maknanya dekat sini diorang mintak waktu di seluruh dunia di samakan mengikut waktu di Mekah. Yela untunk pengetahuan korang semua sekarang waktu dunia kite ini adalah mengikut atau berpaksikan kepada waktu di Greenwich.

Terdapat beberapa sebab kenapa diorang pemimpin2 islam nih mintak macam tuh. Antaranya, menurut salah seorang pemimpin arab yng sama2 terlibat dalam meeting tuh telah membuat satu kajian dan hasilnya telah menunjukkan bahawa kedudukan Mekah adalah terletaknya di tengah2 pusat bumi. Dia telah melukiskan garis gradian yang dipusatkan dari Mekah ke setiap penjuru yakni ke utara, selatan, timur dan barat dan kesemua garis gradian itu menunjukkan bahawa mempunyai nilai garis gradian yang sama. selain daripada tuh ada jugak bukti yang menunjukkan bahawa Mekah terletak di pusat bumi berdasarkan ayat al-quran. Ayat yang di maksudkan adalah ayat ke 96 surah al-baqarah. Mengikut para ulama’ daripada ayat ini setelah di bahagi dan kepada dua dan ada formula lain yang aku lupa. Sorry.  kite akan dapat 1.618. nilai ini merupakan ratio pusat bagi sesuatu mengikut hukum kiraan ahli saintis.

Angka ini jugak turut di relatekan dengan bidang perubatan. Mengikut pakar dari bidang perubatan dalam pengiraan diorang mengenai nadi kite kalau di lihat pada graf yang tengok denyutan jantung kite ala mesin yang turun naik warna hijau tuh. Korang tahu tak.? Aku lupa apa namanya so susah aku nak bagi korang faham tapi aku harap korang tahu apa yang aku maksudkan. Ada terselit kalimah ALLAH. tapi bukan lar sebijik2 tulis “ALIF LAM LAM HA” atau “A.L.L.A.H” tuh. Ia seakan2 kelihatan kalimat ALLAH. tapi kalau di perhatikan betul2 ia dalam bentuk tulisan angka 1618 dalam tulisan jawi. Korang tahu tak macam mana bentuk angka 1618 dalam tulisan jawi.? Kalau tak tahu meyh aku tunjukkan. Tulisan dia macam nih. Mahap tulisan jawi aku memang buruk tapi aku sangat mahir membaca tulisan jawi. Opsss.! Bukan nak belagak yer readers semua cuma bagi tahu. Aku tahu korang semua pun mesti tahu baca jawi jugak sebab masa zaman sekolah rendah dan menengah dulu kite di ajar baca jawi kan.?

Tahu tak bahawa tertulisnya kalimat itu dekat graf tuh membuktikan kekuasaan allah dan menunjukkan bahawasanya ALLAH sepatutnya sentias berada di hati setiap di antara kite. supaya kite seharusnya sentiasa mengingat ALLAH tak kira di mana kite berada. Subahanallah. Besar sungguh kuasa-Nya.


Aku dapat segala info2 nih masa aku tengok cerita tajuknya “keagungan Mekah” dekat tv3. Nak cakap ceramah bukan ceramah tapi more to perkongsian tentang kupasan mengenai Mekah. Aku sangat tetarik dengan cerita nih dan aku rasa tak salah aku kongsikan dengan korang semua. In shaa allah aku akan cari rakaman cerita tuh dekat youtube atau tontonTV3 dan aku akan share dekat sini untuk korang lagi faham apa yang aku sampaikan. Penceramah dia sangat best. Cuba tengok dan korang akan bertambah rasa malu dengan ALLAH di atas kekuasaan-Nya dan syukur di lahirkan sebagai seorang muslim. Masyallah. Aku sangat suka tengok cerita yang macam. Dimana kupasan mengenai sesuatu. Aku harap korang dapat sedikit sebanyak daripada ilmu yang aku kongsikan dengan korang dan akan lebih faham dengan apa yang aku celotehkan panjang lebaq nih. In shaa allah. celoteh bukan celoteh kosong tapi celoteh penuh info.  


No comments:

Post a Comment