BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

sah milik dia (=

assalamualaikum.

malam raya kite menaip dan menghapdate blog tercinta dengan cerita-cerita yang sangat-sangat nak aku kongsikan dengan semua. plus, mata pulak tak boleh lagi nak lelap kerja pulak semuanya dah siap apa lagi berblog lar aku. persiapan untuk raya esok pon tak ada apala sangat cuma mak sediakan rendang ayam, kuah kacang, nasi impit, kak long masak mee kari nadirah buat sambal jawa maklum la kami berdarah kacukan jawa dan minang kabau so sambal jawa kena ada setiap kali raya. aku pulak buat kek coklat jer. semuanya dah kitorang siapkan tadi. kitorang balik kampung dalam tengah hari esok lepas selesai melapah lembu kerbau yang bakal menjadi korban esok.

okeh that's it pasal lembu kerbau korban segala sebab bukan itu yang aku nak share dengan korang semua tapi pasal hari bahagia. hurmmmm. apa dia agaknya ye.? kalau korang bacakan tajuk entry kali ni pun korang dah boleh tahu apa dia kan.? yup.! sah sudah jadi milik dia. siapa dia.? jum baca kasi perabih untuk tahu cerita sebenarnya.

tanggal 13 oktober yang lepas merupakan hari yang sangat di tunggu-tunggu. setelah sekian lama bergaduh baik bermaki bermanja bergurau dan segalanya akhirnya bersatu dengan satu ikatan yang selangkah lebih serius. segalanya telah dirancang dengan sebaik mungkin untuk mendapatkan sebuah majlis yang sempurna dan meriah. alhamdulillah.

dari segi pemilihan tema, goodies, baju, make-up, pelamin, catering dan lain-lain seeeeeeeeeeeeeemuanya di buat dengan penuh ketelitian. semuanya untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan.

pada 11 haribulan aku dah balik ipoh dengan adik dan juga my super bff qiera. dari shah alam kami naik ktm pergi kl sentral dan my sis nadirah dah tunggu dekat sana. aku dengan qiera sampai agak lewat dari yang dijanjikan sebab jalan jem apoknya. bila dah sampai kl sentral terus cari nadirah then shooooooooot balik ipoh.! yeayyyyy..super happy aku masa tu sebab memang excited gile nak balik. homesick hoiiii...!!! sampai ipoh around 6 petang gitu. badan memang dah penat sangat sebab balik dari kelas jumaat tu terus pack barang balik ipoh. oleh sebab itu malam tu memang aku tak keluar lepak. duduk rumah diam-diam dan tidur awal. zzzzzzzzzzzzzz.

sabtu tu pulak aku kena jadi babysitter. oh maiiiiiiii.!!! ini semua sebab kaklong mak abang ngah semuanya sibuk dengan pemilihan umno dan aku menjadi babysitter -_-' so memang dari siang sampai ke petang lar aku menepek dekat rumah dengan my lovely adorable niece adik and kakak. spend time dengan diorang memang memberi aku berjuta-juta-juta-jutaaaaaaaaaaaaaaa keseronokan. bak iklan chipsmore keseronokan berganda.! HAHAH. petang around 6 p.m. baru aku dengan meera dapat menolong mana yang patut. that time kerja pun dah tak banyak. sorry bff sebab aku datang lambat. memang mulanya ingat nak bawak bebudak tu sekali tapi aku takut kerja aku tak jalan dengan adanya diorang tu nanti. so, sebab tu aku datang petang jer. stay dekat sana sampai malam pukul 11 baru meera hantar aku balik rumah.

dannnnnnnn esoknya merupakan hari yang di nantikan. lepas aku solat subuh aku terus iron baju yang nak di pakai. lepas tu mandi siap-siap apa semua then pukul 8 pagi gitu meera dah sampai depan rumah aku pick up aku untuk p ambik yong, enna dan megat pulak. memang dah pakat dengan mama and qiera yang nak datang pukul 9 pagi sebab ada a few thing yang kami kena buat sebelum majlis so sebab tu kena gerak awal. sampai jer memang kerja dah tunggu. lepas dah siap kerja breakfast dulu lepas tu terus sambung make-up sambil tunggu mak hayam handam.

sambil-sambil tunggu si qiera bersiap kami dekat luar bergambar sakan. credit tu megat selaku cameraman tak berbayar kitorang dan HK selaku cameraman berbayar. HAHAHA. apa kata jum kite intai-intai dulu sikit gambar yang ada dekat aku.

pelamin yang menjadi saksinya
me and yong =)
me with shekin and enna =)
me and eqah man =)
me and afiq (qiera's lil bro)
me and raja =)
me and adorable mama =)
me with super cun mak yang and mak uda. they r tween.! =)
dan tepat pukul 11 pagi kalau aku tak silap majlis bermula. semua dayang-dayang which is kami yang memakai baju yang sama ni stay dekat depan pintu rumah untuk menyambut kedatangan para rombongan dari pihak lelaki sambil menyambut dulang-dulang hantaran dari pihak lelaki. kemudian kami berpecah ada yang stay dekat luar sebagai pemberi goodies bag dan penyambut tetamu terutama kawan-kawan kitorang dan aku pulak di mintak untuk stay dekat dalam bilik dengan qiera untuk temankan dia. thanks baby sebab kau masih memilih aku untuk temankan berada di sisi kau semasa hari-hari bahagia kau. :')

to be honest masa ni hati aku terasa sangat sebak. aku mula terasa kehilangan seorang bff yang selama ni sentiasa dengan aku. selama 10 tahun lebih dia dengan aku dan kini dia dah sah menjadi milik orang lain. betapa aku terasa kehilangan dia. memang aku masih boleh berhubung dengan dia tapi masa dia untuk aku akan semakin kurang. lain rasanya. air mata memang dah nak mengalir masa dia di panggil keluar dan aku yang mengiringi dia sambil dia pegang tangan aku dari belakang tapi aku tahan sebab aku tak nak rosakkan majlis yang sepatutnya dihiasi dengan gelak tawa dan aku berjaya atasi emo aku. syukur alhamdulillah. sampai sekarang masih terbayang depan mata aku mak apit sarungkan cicncin merisik dan tunang ke jari jemari qiera but i'm still happy for you my dear super bff. :')

lepas tu masing-masing dah sibuk dengan kerja masing-masing. qiera aku lepaskan dengan lagak tenang untuk dia bergambar dengan tetamu yang datang. sesungguhnya majlis tu sangat meriah dengan jemputan yang aku rasa agak ramai. aku join dengan yang lain dekat luar. makan dan jumpa kawan-kawan yang ada. lepas perut dah kenyang apa semua dalam pukul 3 gitu kami pergi photoshoot dekat luar pulak. hoooooooooorey.! kami memang gila kamera. =)

lokasi pilihan dekat taman jepun, Taman DR. sampai dekat sana semua get ready untuk bergedik depan camera. kitorang ke sana dengan 4 kereta. sangat best walaupun that time badan dah penat. tapi gambarnya banyak dekat HK lagi. yang ada cuma sikit. nanti korang tunggu jela sah milik dia part II yang memaparkan gambar-gambar sahaja okeh. sekarang tengok mana yang ada jer dulu ya.!

my OOTD =)
i loike this pic.!
the dayangs and the priencess of the day =)
nih pun suka jugak.!
how chuweeeeet we are :p
we are the dayang @ the super gorgeous team :)


ok ithink that's it for now. nantikan ye yang lain akan aku sharekan dengan korang untuk next-next entry. in shaa allah. okeh mata pun dah mula nak lelap so aku undur diri dulu dan see u u u u and u next time ok bebeh. owh ya.! sebelum aku lupa aku nak ucapkan selamat hari raya aidiladha untuk semua pembaca blog aku tak kisah secara sengaja atau tak sengaja. love u ollsss. muwahhhh.! xoxo. assalam semua. :)

No comments:

Post a Comment