BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

charity game

assalamualaikum.

salam isnin semua. selamat tengah hari. pada yang tengah makan selamat menjamu selera okeh. hari ni aku just nak share sikit aktiviti aku sepanjang weekend yang lepas. as usual every weekend ada event kolej. untuk hari sabtu kalau ikut plan asalnya aku dengan mama qaseh nak pergi tengok baby net tapi memandangkan mama qaseh ada class so kitorang cancelkan plan. plus, masa tu baby net tengah kena tahan dekat hospital serdang sebab kuning. pity on you baby. get well soon okeh dear. i love you. =) owh yer.! cakap pasal baby aku nak jugak selitkan ucap tahniah dekat umi nana a.k.a nana my friend sebab baru dapat title aunty a few days ago. congrets umi nana. nana dapat anak sedara lelaki dan itu anak abang nana yang kenal dengan kakak ipar dia through kawan-kawan abang dia dan mereka bercinta dalam facebook dan skype ajer taw sebab masa tu abang nana dekat oversea study and kakak ipar dia tu dekat malaysia. so sweet taw dengar cerita diorang dari nana. hope aku juga akan dapat cinta yang se-sweet mereka. in shaa allah. :')

okeh back on track. so sabtu aku just attend event yang di handle oleh kawan seangkatan aku jer. tolong mana yang patut yang penting datang event diorang tunjuk muka tanda kita support mereka so tak adala mereka rasa macam beban ke apa ke kan dengan event-event yang diorang kena handle handle tu. last week event ainin. it was so successful event. dan hari sabtu lepas jugak cik senah a.k.a qaseh ada jugak lar datang lepak dekat bilik aku ni kejap sementara nak tunggu next class dia dalam pukul 8 kalau tak silap aku. sorry lar cik senah sebab masa you datang bilik i macam kedai dobi penuh dengan kain baju yang i jemur. hew hew hew. =p kami borak-borak tapi KAMI TIDAK MENGUMPAT ATAU MENGATA ATAU MEMBORAKKAN ISU ANDA OKEH.! so, jangan nak perasan okeh. mostly kami borak pasal nak plan pergi rumah net tengok baby dia. then lepas pukul 8 baru cik senah balik ke uni dia and aku terus bersiap mandi untuk event malamnya.

on sunday pulak ada lagi event. event ni lagi besar. besar sebab melibatkan kolej-kolej kediaman yang lain. event apa.? haaaa.! ini yang dinamakan charity game tu. kolej aku jadi tuan rumah untuk buat event "bermain sambil beramal dengan anak-anak rumah amal siraman kasih" diorang yang terlibat adalah anak-anak yatim dari rumah yang aku sebut tadi, jpk-jpk kolej meranti,jati,perindu,melati,mawar,anggerik,seroja dan teratai dan jugak pengetua-pengetua kolej kediaman ni. event berjalan lancar cuma ada sedikit masalah lane tu pun atas sebab salah dari pihak pengurusan pusat bowling tu. owh yer lupa nak bagi tahu yang game yang di maksudkan adalah bowling dan kami main di pusat bowling shalin di space U8. kalau awak baca ni mesti awak tahu dekat mana space u8 ni. tempat yang awak bawak saya untuk temankan awak cari kasut sukan ke seluar sukan dan itu first time saya ke sana. dengan awak. dan semalam saya ke sana lagi dengan kawan-kawan dan orang sekeliling saya. kenangan lalu mengimbau kembali sebaik jer kaki ini melangkah masuk ke dalam space u8 tu tapi saya dapat handle emosi dengan cara professional dan cuba mengabaikan semuanya dan fokus dengan kerja saya dan enjoy untuk event hari tu.

owh..dah tersasar ni. jum u-turn =) okeh kami ke sana dengan bas UITM. perjalanan tak jauh pun. aku dengan fira naik satu bas bawak student melati yang dah bayar untuk join event ni. main bowling dengan anak yatim. kami bertolak dari kolej dalam pukul 9 pagi gitu dan sampai sana dalam pukul 9 lebih tapi aku tak ingat berapa lebihnya tu. bila sampai sana semua student turun bas dan aku agihkan makan pagi untuk diorang. bas yang nana, umai dan kak zue naik pulak awal pagi lagi dah menghala ke rumah anak yatim siraman kasih dekat rawang. bas yang dayah dan zura handla lak gerak sekali dengan bas yang aku handle tapi diorang pergi ambil jpk-jpk dari kolej lain ke space U8 dan bas yang aisya dan ainin handle follow belakang bas aku sebab diorang pun bawak student.

dalam pukul 10 lebih ke 11 gitu game pun bermula setelah pembahagian lane dan kedatangan tetamu VIP. VVIP which is pengetua kolej aku, EN.FAIEZ orang yang paling last datang sebab dia ada urusan lain sebelumnya tu. suasana sangat meriah. adik-adik dari rumah amal tu nampak ceria sangat bila dapat main bowling sama-sama dengan abang dan kakak dari UITM ni. aku.? tak main pun cuma handle student dan tolong mana yang patut jer dannnnnnnnnnnnnnnnn bergambar. HAHAHA. itu perlu.! okeh jum tengok sikit gambar ni.








haaaa..ini ajela yang aq nk sharekan. sebenarnya otak dah blank tiba2 sebenar nya. HAHA. so guys korang seronok lar dalam beramal terutama pada anak-anak yatim sebab diorang memang super akan enjoy dengan apa yang korang bagi walaupun sedikit walaupun sekadar masa sahaja :)

No comments:

Post a Comment