BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

bersukan.??

minggu lepas minggu yang sangat busy bagi aku mengalahkan busynya PM kite. hok hok hok ini poyo. tak adala actually minggu lepas is minggu dimana berlangsungnya program dibawah pengelolaan aku dan juga teammate untuk kolej kediaman aku iaitu kolej melati. melati membara srikandi berwibawa. aceceh. *tiba-tiba jer* program ni merupakan antara program yang besar untuk kolej yang di adakan sekali dalam setahun. sebab aku cakap besar kerana program ni melibatkan semua blok di kolej melati dan juga jumlah student yang ramai. btw sebelum aku sambung cerita bia aku bagi salam dulu. hew hew hew sorry lupa nak bagi salam dulu dengan korang semua. biadap.!!! 

okeh let's start. program yang aku kena handle ni adalah dibawah biro sukan dan rekriasi. sumpah awal masa KPO (kursus pemangkin organisasi) kursus yang memerlukan setiap jawatan kuasa kolej buat paperwork untuk program kolej sepanjang semester. aku memang lari jauh-jauhhhhhhhhhhhhh dari biro ni. masa diorang suruh pilih aku stick dengan biro blok yang aku dah pegang untuk 3 semester. walaupun orang takut nak handle blok sebab bilangan student yang 3456 orang tu tapi bagi aku itu lagi senang dari nak handle budak sukan. sumpah penat jaga budak sukan. hyperactive gilo. semput mak noksss ~ ~ tapi aku dipisahkan dari biro blok dan di transfer ke biro sukan dan rekriasi. sedeh berpisah dengan blok tapi think positive. fira buat macam tu mesti sebab dia percaya yang aku memang boleh handle apa juga biro yang di bagi. in shaa allah and thanks fira sebab percayakan kite :')

so, sejak itu sampai ke hari ni aku masih memagang biro sukan dan rekriasi. dan dengan itu aku telah merancang dan dah berlangsung pun program di bawah biro sukan yang di beri nama baru karnival sukan kolej melati. untuk sem ni aku buat penambahan sukan yang di pertandingkan dan antaranya ialah bola jaring fav. sport aku. huhuh lepas tu ada sukan futsal, bola keranjang, bola tampar, catur, badminton dan juga ping pong. penyertaan dari setiap blok sangat menggalakkan dan lebih ramai dari yang sebelumnya. alhamdulillah. 

tapi bak kata orang dulu-dulu untuk mencapai sesebuah kejayaan pastinya kita perlu menempuh segala keperitan dan kepayahan terlebih dahulu. aku akui banyak dugaannya dan terasa kepenatannya. dugaan tak dapat tempat untuk setiap game dekat pusat sukan, tempahan makanan yang bercelaru, duit pendahuluan program yang dapat lambat, penukaran PPP untuk transfer duit saat akhir, masa yang suntuk dan banyak lagi. semuanya aku lalui dengan sedikit tekanan sebab ini merupakan pengalaman pertama aku untuk handle program berbentuk sukan yang besarrrrrrrrrrrrrr gilo macam ni. sebab tu aku sangat memerlukan seseorang untuk dengar rintihan aku dan bagi support dekat aku dan sangat bersyukur sebab nik ada untuk dengar semuanya. to be honest memang nama mr.ash yang mula-mula terlintas dalam kepala ni tapi aku fikir balik tak nak lar sebab mesti dia pun tengah sibuk dengan kerja-kerja dia so aku terus padamkan nama mr.ash. sorry you :'(

sebab tu jugak sepanjang minggu lepas adalah minggu dimana aku rasa aku telah menguruskan berat badan aku. HAHA. nak taw sebab ape.? sebab aku banyak berjalan ke sana sini. turun naik pusat sukan jangan cakap lar ntah dah berapa kali aku keluar masuk office pusat sukan tu semata untuk dapatkan tempat untuk perlawanan dekat sana. semuanya sebab permohonan yang ajk aku buat melalui online TAK DILULUSKAN. sakit hati kite tahu tak.?? 3 kali mohon semuanya gagal lak tu. nak kena aku turun padang serang pusat sukan juga baru nak bagi. dah tak pasal famous pulak muka aku dekat pusat sukan tu sampai semua orang dekat sana kenal aku. 

tapi segalanya berbaloi bila semuanya yang dirancang berjalan dengan lancar. alhamdulillah. semuanya nampak enjoy dengan program ni. thanks banyak-banyak lar dengan ajk-ajk dibawah aku yang sengattttttttttttttttttt komited dan berdikari dengan tugasan yang dah aku bagi. korang memang superb lar akak/farah cakap dengan korang. akak ke.? adala juga yang panggil aku akak walaupun aku dah cakap ta yah nak akak sangat sebab beza bukan jauh pun tapi lantak korang lar nak pnggil apa pun janji nama yang baik tapi korang memang super power punya ajk. AHAHA. seronok berkerja dengan orang yang pandai berdikari ni. cakap jer nak macam mana semua settle. bila ada masalah baru diorang rujuk aku mintak pandangan. aku harap diorang kekal jadi ajk yang efficient macam ni sampai bila-bila walaupun bukan lagi berkerja di bawah aku. diorang juga banyak mengajar aku untuk jadi lebih berdikari dari dulu. mungkin dan in shaa allah farah nadia yang sekarang semakin boleh berdikari bukan lagi yang manja-manja macam dulu. alhamdulillah. =)

dan lepas jer postmoterm malam semalam aku terus balik bilik solat isyak apa semua terus tidur sampai ke tengah hari pagi isnin. badan memang dah lack of energy gilo dah masa tu. subuh pun burn dibuatnya. nasib baik juga isnin kelas aku satu kelas jer petang pukul 6.30 pulak tu kalau pagi oh my goddddddddddd sesak napas aku dibuatnya. HAHAHA. itu pun sebab abang deris call sebab orang fasiliti nak ambik barang kalau tak ntoh pukul berapa aku bangun. abah call pun aku tak sempat nak angkat. sempat message jer tu pun kejap jer sebab sebuk nak uruskan program. sorry abah, kakcik busy sikit. nanti sabtu ke ahad kakcik balik kite spend time sesama okeh. kakcik pun dah rindu tahap to max dah ni dengan mak abah kaklong abang ngah adik kakak aizat dengan nadirah. okeh lar apa kata kite layan sikit gambar yang sempat aku snap dengan baby note II book aku ni. yang lain semua dalam kamera kolej dan aku tak ambil lagi dari ajk aku.



  










#walaupun aku malas nak bersukan tapi tak bermakna aku lemah untuk mengawal budak sukan. kosong dalam bersukan bukan penghalangnya. cuba dan yakin pada diri sendiri in shaa allah semua yang di rancang berjalan lancar. yang penting buat kerja dengan iklas semua akan dipermudahkan. itu juga yang selalu aku pesan dengan anak-anak buah bawah aku supaya diorang tak give up dan sentiasa enjoy dengan kerja masing-masing.

No comments:

Post a Comment