BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

jodoh di tangan yang maha esa

haiii semua. kite jumpa lagi. hari nih aku rasa macam nak updated pukal. boleh kan.? kalau tak boleh pon apa aku kesah ini kan blog aku jadi suka hati aku. kalau tadi aku dah cerita pasal kelahiran anak sulung irma hasmie sekarang aku nak kongsi pasal jodoh. apa.? jodoh.? aku dah nak kahwin ke.? ohhhh tidak. belum masanya lagi untuk aku menamatkan zaman bujang aku dan tidak sama sekali bagi aku untuk menikah di usia yang muda. muda ke.? muda lar sebab baru 22 tahun. alhamdulillah masih di panjangkan usia aku. oh sebelum aku terlupa entry ni mungkin panjang jadi harap semua sabar membacanya ok.! baca dengan perasaan.

jodoh. kenapa dengan jodoh.? rasanya semua pon dah sedia maklum yang jodoh ajal maut rezeki semua di tangan tuhan bukan.? semua di antara kita dah tertulis di lufmahfuz tentang rezeki kita banyak mana, ajal kita bila, maut kita datang dalam keadaan yang macam mana dan siapa jodoh kite. macam tuh juga dengan aku. aku percaya segala urusan allah dah di tetapkan cuma masa yang akan menentukan semuany bila ia akan berlaku.

semua di antara kita pasti ada rasa untuk menyayangi dan disayangi. tidak terkecuali aku. rasa untuk disayangi oleh sesorang yang akan sentiasa dengan kita, boleh jadi kawan dan lawan pada kita, berkongsi segala masalah dengan kita, dan buat perkara-pakara yang menarik bersama dengan kita merupakan sesuatu yang menyeronokan. bahagia bila tengok orang sekeliling aku yang bersama luang masa bersama dengan orang yang mereka sayang. seronok bila tengok mereka boleh bergurau senda dan bergelak ketawa sama dengan orang yang mereka sayang. tak dinafikan kadang-kadang timbul rasa jeles dalam hati kecil ini untuk bersama merasa apa yang mereka rasa. setiap hujung minggu pastinya ada perancangan dibuat untuk mereka meluangkan masa bersama. tapi aku berbeza. hujung minggu aku habiskan untuk berperap dalam bilik. tak kira lar dekat rumah ke dekat kolej ke bagi aku sama aje.! kalau dulu boleh lar aku macam mereka keluar jalan-jalan atau buat aktiviti yang boleh merapatkan hubungan aku dengan mereka yang disayangi tapi sekarang semuanya berbeza.

kadang-kadang aku hanya mampu tersenyum bila melihatkan mereka ni berlalu di depan mata. jalan berdua sedangkan aku hurmmm sorang. habiskan masa seorang diri sambil perhatikan gelagat-gelagat orang di sekeliling aku. bahagia sangat rasanya. perasaan ni mula makin kuat sejak kebelakangan ni. yela sebab dekat kelas asal mula jer minggu baru kami lepak makan sesama dengan classmate semua cerita pasal kisah dorang dengan pasangan masing-masing. kadang-kadang dorang tanya aku. macam mana aku denagn herry, aku dengan siapa sekarang, ustaz macam mana. bunyi macam ramai sangat "kumbang" dalam hidup aku. tapi tuh semua cuma kawan aku. herry hurmmm ntah lar. aku pulak hanya mampu tersenyum bila dengar soalan tuh. dalam hati hanya tuhan yang tahu apa yang aku rasa.

kalau balik rumah pulak lain ceritanya. orang dekat rumah semua tengah sibuk buat persiapan untuk adik aku. untuk apa.? persiapan untuk adik aku bertunang. apa.?bertunang.? yes.! adik aku tunang dulu dari aku. bila memandangkan dulang-dulang hantaran yang dah siap bergubah dalam bilik tuh aku sikit sebanyak ada rasa terusik. tipu kalau aku katakan aku tak jeles. yer.! memang aku jeles. jeles sebab dia dulu menamatkan zaman bujang dia dari aku dan di usia yang muda. walaupun zahirnya aku nampak gembira dan excited dengan majlis tuh tapi dalam hati sekali lagi hanya tuhan jer yang tahu. adik aku sangat beruntung dapat jodoh yang baek, kaya, good looking. semua ciri-ciri tuh memang di idamkan semua wanita di luar sana. she so lucky. sejak mula kenal dengan cinta hati dia segalanya berubah bagi dia. apa yang dia nak semua dapat, phne silih berganti, shopping setiap minggu, dapat itu, dapat ini. bak kata semuanya sempurna. kenal tak lama sekarang dah pon nak bertunang dan tahun depan dah pun nak kahwin. congratulation nadirah.!

di awal perkenalan dia dah dapat seutas gelang tangan habib dan hari nih di hari ulang tahun dia yang ke-19 dia dapat kejutan yang sangat-sangat tak di sangka. celebrate bufday dekat restoran mewah, dapat jambangan bunga yang besar, dapat kad dan yang paling berharga seutas rantai emas dari habib. masa aku tengok pada gambar yang dia post hati aku sangat terusik. sangat terasa kenapa aku tak seberuntung dia. kenapa aku tak dapat nak rasa apa yang dia rasa. adakah aku pun akan dapat calon suami yang seromantik itu. hang sangat beruntung nadirah. belum pun kahwin hang dah jejak kaki ke luar negara dengan dia. sebelum ni hang ke bali coming soon akan ke melbourne. lepas kahwin nak ke tanah suci. alhamdulillah.

kadang-kadang bila tengah duduk dengan mak abah aku selalu cakap orang balik cuti keluar dengan boyfriend kak cik duduk rumah aje. mak mesti akan balas belum masa kak cik nak ada semua tuh. mungkin tuhan tak nak bagi sekarang sebab tuhan nak bagi kak cik spendtime denagn mak abah dan family dulu. sayu hati aku bila dengar mak cakap macam tuh. bila aku teringatkan kata-kata mak tuh aku cuba positifkan diri aku. mungkin ada betulnya cakap mak. bila aku dah ada yang disayangi mungkin aku tak akan ada masa lagi untuk aku luangkan dengan mak abah aku. mungkin jugak tuhan tak nak bagi aku pasangan sekarang sebab tuhan sayangkan aku dia tak nak aku melakukan dosa kalau ada pasangan. mungkin juga tuhan nak bagi jodoh yang terbaik buat aku jadinya ambil masa.

orang selalu nampka aku sentiasa happy macam orang yang dalam percintaan yang tak pernah ada masalah. orang tengok aku nampak cantik mesti ramai boyfriend tapi tuh semua hanya andaian semata. hakikatnya aku masih belum berpeluang untuk merasai semua tuh. yes.! dulu memang aku pernah lalui hari-hari yang indah dengan pasangan aku tapi semuanya tak panjang. setiap yang jadi kekasih aku mesti akan dirampas oleh orang lain dan sebab sifat lemah aku, sifat terlalu menjaga hati kaum yang sama dengan aku, sifat terlalu berlembut aku semuanya aku lepaskan. walaupun hati aku sakit aku redhakan sebab aku rasa itu bukan hak aku walaupun aku sayang diorang. di sebabkan sifat-sifat aku ni juga aku single sampai ke sekarang. kadang makan hati juga bila tengok ex2 aku bahagia dengan pasangan baru diorang walaupun ada di antaranya yang datang balik cari aku rasa tuh dah tak sama bagi aku. ada juga yang jadi kawan aku sekarang sebab aku dah tak boleh nak ada rasa yang sama lagi dengan diorang macam yang mula-mula dulu walaupun ada di antara mereka yang aku masih saynag dan tak dapat aku lupakan segala kenangan dengan diorang sampai ke hari ni. macam log aku still sayang dia tapi susah aku nak tunjukan sebab kebusyan dia yang bertugas di tengah laut. macam fierdauz aku mengaku masih sayang dia walaupun dia tipu aku tapi aku tak mampu nak rampas dia semula dari aku setiap kali aku tengok dia bahagia dengan pilihan dia. aku tak sampai hati nak guris dan sakitkan hati kaum aku sendiri. aku cuma mampu doakan yang terbaik untuk dia. herry pulak aku terpaksa lupuskan rasa sayang aku dekat dia memandangkan dia jauh lagi tua dari aku dan dia dah selayaknya untuk kahwin. kalau nak tunggu aku alamatnya lambat lar dia kahwin. kesian dia.

aku makin terasa hati bila sejak akhir-akhir ni best friend aku sendiri makin jauh dengan aku sejak adanya teman dalam hidup dia. kalau dulu kitorang boleh jer kua lepak sesama tapi sekarang dia dah makin dikongkong makin terikat dengan taman hidup dia. dah susah nak lepak sekali. kalau lepak nanti gaduh so aku pun terpaksa lepaskan dia dengan kehidupan dia. memang aku masih ada meera dan shekin tapi tak sama dengan best friend aku.! nak lagi pulak nanti dia pon akan makin busy buat persiapan bertunang dia, lepas tuh kahwin. aku akan menjadi makin sunyi. makin kosong. tapi sebab menghormati priversi hidup kawan baik aku sendiri aku relakan dia dengan teman hidup dia. aku hanya boleh dokan yang terbaik untuk dia dan aku akan sentiasa berda di sisi dia memerhatikan kebahagiaan dia dan sentiasa ada untuk dia kalau dia ada masalah.

selalu aku berdoa supaya tuhan tunjukan siapa pemilik tulang rusuk kanan aku. siapa jodoh aku. kalau orang tuh dikalangan orang yang berada disekeliling aku rapatkan lar jodoh aku serta berkati lar hubungan yang akan terjalin itu. aku percaya ada sesorang yang telah tuhan tetapkan untuk menjadi imam aku. jodoh aku sudah di tentukan dengan siapa. hanya tuhan mengetahui setiap apa yang ada dalam setiap sudut hati kecil aku ni.sesungguhnya ya allah engkau maha mengetahui. in shaa allah.

luaran seseorang tidak menggambarkan apa yang terdapat di dalam hatinya. terima kasih mak, abah, adik-beradik dan kawan-kawan yang selalu ada dengan aku dan buat aku bahagia walaupun tiada seseorang untuk disayangi aku tetap gembira sebab adanya mereka. 

No comments:

Post a Comment