BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

congratulation to irma..

hai dan hello semua. selamat petang semua blogger. apa menu minum petang korang hari nih.? aku.? hurmmmm. bila dah hujan lebat time petang macam nih memang tak dela minum petangnya sebab tak boleh nak kelaur. hanya secawan hot coklat yang menemani aku. cewahhh. sedih sangat ayatnya. tak kisah lar apa menu minum petang korang ye. btw selamat menjamu selera =)

petang nih aku terbaca yang irma hasmie baru sahaja selamat melahirkan anak sulung dia. alhamdulillah dan aku rasa terpanggil untuk menulis tentang dia buat entry aku petang nih. apa yang membuatkan aku terpanggil untuk itu ialah apabila melihatkan kecomelan muka putera sulung irma hasmie tu. betul aku tak tipu muka anak dia tersangat lar comel dengan mata yang sepet ala-ala macam mata irma hasmie juga. korang tak percaya.? nah tengok nih.

 
inilah gambar anak irma yang aku dapat hasil bantuan encik google serba tahu tuh. kan comel kan tuh. kalau tak silap aku berat anak irma hasmie 3.92 kg. tuh yang aku baca di laman sosial facebook lar kalau salah mohon ampun yer semua dan juga kak irma. kalau yer kak irma baca blog aku nih. ahaha. putera sulung irma hasmie nih lahir semalam. hari jumaat. semoga diberkati sepanjang hidupnya sebab lahir pada hari jumaat. korang nak tengok lagi gambar irma hasmie dengan babynya.? sini ada lagi tengok lar kecomelan si ibu dan anak nih.

tengok lar comel kan muka keduanya. aku sangat suka tengok gambar nih sebab aku rasa senyuman yang terukir di muka irma sangat iklas. itu lah wajah seorang ibu yang sangat gembira bila dapat melihat wajah anak mereka yang dikandungnya 9 bulan 9 hari. kadang-kadang ada yang terlebih bulan atau pun tak cukup bulan. apa-apa pun aku nak ucapkan tahniah lar kepada irma hasmie dan suami sebab selamat menimang cahaya mata pertama mereka. aku pula yang rasa seronoknya. semoga juga anak mereka membesar menjadi anak yang soleh dan sentiasa mendoakan untuk kedua ibu bapanya. in shaa allah =)


ps: orang kata masa mengandung wanita akan nampak comel betul ke.? kalau tengokkan pada irma nih memang comel.buat aku rasa macam tak sabar nak kahwin dan mengandung dan ada anak sendiri. in shaa allah bila sampai masanya aku akan berrjumpa dengan tuan punya rusuk kanan itu. in shaa allah.

No comments:

Post a Comment