BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

jum renungkan


Sekadar renungan dan panduan untuk diri sendiri dan bersama

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
©      Jujur dalam berkata-kata.
©      Menjauhi segala yang haram.
©      Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
©      Merahsiakan ibadahnya
©      Merahsiakan sedekahnya.
©      Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
©      Menjauhi kejahatan.
©      Takut berlaku dusta dan keji.
©      Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
©      Mengawasi dirinya.
©      Menghisab dirinya.
©      Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
.
dengan rase syukur dan senyuman -publish-

No comments:

Post a Comment