Assalamualaikum.
Alhamdulillah
syukur aku panjatkan pada illahi sebab aku masih diberi kesempatan untuk terus
bernafas dan bertemu kembali dengan ramadhan tahun ni. to be honest aku memang
sangat tertungguIIkan ramadhan tahun ni. why.? Aku sendiri pun tak tahu tapi
aku sangat excited. Walaupun aku agak sedih sebab 1st puasa aku kena
puasa sendiri tanpa mak abah dan family members yang lain tapi aku tetap
bersyukur. aku sangat berharap aku dapat mengumpul sebanyak mungkin pahala
untuk cover up atau topap mana yang kurang. Bak kata kak gee masa usrah “bulan ramadhan
ibarat mega sale pahala yang di buat oleh allah supaya setiap satu dari kite
dapat samaII mengejar, “membeli” dan grad as much as pahala yang kite boleh. In
shaa allah.”
Aku insan
biasa yang sering kali lalai dengan tanggungjawab aku sebagai umat yang muslim
di sisi-Nya. Aku mengaku banyak kekurangan pada aku. Jadi, di bulanII yang
mulia dan suci ini lar masanya untuk aku belajar perbaiki diri sebaik mungkin.
Buang yang keruh ambil yang jernih.
Tadi,
Alhamdulillah aku selamat memulakan bulan mulia ini dengan solat isyak
berjemaah dan berterawih dengan kawanII dekat surau kolej. Awalnya aku ingat
nak terawih dekat pusat islam atau masjid UiTM tapi cancel sebab nana cakap for
sure ramai orang sebab semua pun excited nak solat terawih Jemaah. So dari
libry aku terus text nana ajak dia pergi terawih. Then, dia pun cakap okeh so
lepas maghrib aku, nana, mumtaz, ungku, lin, qiela dengan gogo pun pergi surau.
Masa tuh orang pun dah ramai. Nasib baik sebab dapat tempat dekat dalam surau
kalau tak solat dekat koridor jela. Pengetua kolej, encik faiz pun samaII join
kitorang berterawih tadi. Esok, in shaa allah kitorang nak berterawih dekat
masjid UiTM.
Masa aku
pergi surau dekat rumah masa yang aku balik cuti baruII ni pun ustaz ada bagi
tazkirah pasal bulan ramadhan. Antara yang aku ingat ustaz cakap antara ciri
orang yang mulia ialah:-
1)orang
tuh akan terasa tak sabar nak menunggu datangnya bulan ramadhan.
2)kita
tak hanya memikirkan tentang apa yang kite nak makan masa waktu berbuka
esoknya.
3)tidak
menjadikan bulan puasa sebagai pesta makanan dimana akhirnya kite akan
membazirkan ajer makanII tuh semua.
Lepas
tuh ustaz jugak ada ingatkan supaya sepanjang bulan ramadhan ni kite semua
digalakkan membasahi lidah dan memperbanyakkan zikruallah atau zikir. Antara
empat zikir yang sangat di tuntut untuk di amalkan adalah:-
1)istighfar
2)syahadah
3)mohon
syurga
4)mohon
redha dari-Nya.
Bukan
niat nak riak atau tunjuk pandai Cuma aku rasa apa salahnya aku berkongsi sikit
ilmu yang aku dapat ni. kalau ada yang Nampak ini sebagai suatu yang nak
menunjuk itu terpulang sebab bukan semua orang faham apa yang kite tulis,cakap
dan sampaikan. Setiap orang punya pandangan masingII jadi, aku taka da hak nak
haling apa yang korang nak fikir.
Aku
harap bulan ramadhan tahun ni aka nada sesuatu perubahan positif dalam diri
aku. In shaa allah. aku jugak harap supaya segala doaII aku lagi mudah di
dengari dan di makbulkan oleh-Nya. Aku jugak harap supaya aku tak lagi lalai
dan leka setelah doaII aku dimakbulkan dan hanya menjadikan allah sebagai alat
dan bukannya matlamat di akhir atau penghujung kehidupan aku. In shaa allah.
Tadi,
lepas terawih aku dengan kawanII pergi DC cari barang makan untuk sahur aku
Nampak raaaaaaamai sangat lelaki yang berbaju melayu bersongkok dan kopiah
dekat sana. Semuanya Nampak sangat kacak. Jujur aku suka tengok lelaki yang
pakai baju melayu. Sangat sopan. Meltingggggg aku dibuatnya tapi Alhamdulillah
iman masih kuat dan belum goyah. Aku Cuma berdoa supaya aku dapat seseorang
yang mampu membimbing aku ke jalan yang benar. Dulu dah dapat tapi jodoh tak
panjang so berhenti separuh jalan. Redha airways dengan ketentuan-Nya. Masa tuh
jugak mak ada call tanya macam mana sahur aku esok. Mak risau lettew sebab aku tak pernah puasa dekat
sini dan jauh dari family. Mesti dia ingat aku tak tahu mana nak cari makan
sahur atau aku tak makan sahur. Hewwww.
Mak jangan risau walaupun ni first tima kak cik puasa jauh dari mak abah tapi
in shaa allah semuanya akan okeh. Aku pun nak nanges jugak sebenarnya masa
cakap dengan tadi. Hohoho tapi aku cover line. Aku cakap “jangan
risau lar. kak cik dah besar lar. ken alar belajar puasa jauh dari mak abah.
Nanti kalau ada rezeki dapat kerja PTD tuh pastu kena kerja dekat overseas kan
sama jugak kena puasa sesorang. Lagi pulak lagi jauh dari mak abah. Sorang
pulak tuh. Kan.? So nih dekat shah alam jer mesti okeh punya. Lagi pun sini
abangII staff ada kalau apaII.” Lepas dah pujuk mak yakinkan
dia yang anak dia ni dah besar sebenarnya kami pun end call. Then, tadi masa
aku tengah taip entry ni mak call lagi. You know what dia cakap nak pick-up aku
dekat kolej khamis ni dan sepatutnya kalau ikut deal aku dengan mak abah masa
balik hari tuh diorang sepatutnya ambil aku weekend ni. hurmmmm. Mak makkkkk.
Risau sangat. bila mak dah cakap macam tuh aku ikut jela. Kalau ikut mak dia
nak datang ambil aku esok tapi memandangkan aku pun ada presentation advert
khamis pagi so dia mengalah dan ambil aku khamis tengah hari. Thank mak sebab
risaukan kakcik. :’)
Banyak
pulak celoteh aku kan.? Pada hal nak ucap salam ramadhan dan selamat berpuasa
jer dengan semuaII warga blogger yang beragama islam. Hewhewhew =p okeh sudah
dan cukup lar nanti orang melenting pulak sebab aku banyak sangat mencecehnya.
Sebelum aku kena baling telur ayam ke tomato ke baik aku stop. Ahahah. Lagi
sekali aku nak remind korangII semua supaya perbanyakkan amalan dan grab
sebanyak mungkin pahala. Setiap amalan yang kite buat akan dapat pahala yang
menyamai 70 pahala. Besar mana sukatannya hanya allah yang tahu sebab itu
kerja-Nya. Kalau bulanII lain 1 amalan hanya dapat 1 pahala jer taw. So, tunggu
apa lagi kejar sebanyak mungkin.! Selamat beramal dan selamat menunaikan rukan
islam yang keempat. Assalam.
selamat berpuasa dik ;)
ReplyDeleteJemput ke blog sy FAMILI FANTASTIK!! ;)
Thnks kak wani. ;)
ReplyDelete