Assalamualaikum.
Uhuks
uhuks dah berapa hari aku tak buka medium penyampaian message hidup aku nih.
Kan.? Kan.? Kan.? Even jengah pun tidak. Mahap yer baby blog dyeadyea. =) alolo tian nyer iyer. Kesibukan eyh
choppp..sibuk ke.? Hurmmmm jap pikir jap. Rasanya
bukan sibuk cuma meluangkan masa jer kottt.
yup.! Aku hanya
meluangkan masa dengan merekaII yang aku sangat sayang. Cinta mati aku lar senang cakap.
Kalau
korang ingat lagi last entry aku beberapa hari lepas aku ada mention pasal aku
nak balik “rumah manis rumah” aku atau “rumah ku syura ku”. Ingat lagi tak.?
Aikkkk. Tak kan dah lupa kot korang nih. Short term memory betul lar korang
nih. Tak mo tak mo tak mo. Daya ingatan kena kuat especially mereka yang
bergelar pelajar. Kalau tak macam mana nak ingat apa yang korang dah belajar
selama nih. Betul tak.? Ngeeeeeeee =D upssss.!
Terbagi lecture free pulak dekat you ollsss. Okeh let’s chill and sambung baca untuk tahu apa
yang jadi sepanjang aku dekat rumah sebab ada beberapa cerita yang aku nak
share dengan korangII semua. Kalau tak ada
orang baca pun tak apa sebab nanti aku jugak yang akan baca dan recap balik apa
yang pernah jadi dalam hidup aku. Ohoooo.
Check it
daouttttt babeh.!
Okeh aku
balik ipoh hari rabu. bertolak bergerak dari shah alam naik bas
pukul 5.30 petang. Haaaaaa.! Ingat tak pasal yang ada orang nak hantarkan aku.?
Bagus sebab ingat lagi. Sebelum nih kan aku cakap identiti orang tuh
dirahsiakan dari paparan umum kan.? Kan.? Kan.? Tapi bila pikirII balik statement
aku tuh boleh membuatkan orang tertanyaII siapa dia. itu satu hal, lagi satu
hal boleh menimbulkan syakwasangka kepada orangII tertentu dan mungkin boleh
membuatkan orangII tertentu tak senang duduk dengan statement tuh so aku
mention lar siapa orang yang hantar aku ke station bas hari tuh supaya tak
mendatangkan apaII masalah. Errrr..Itu lagi
baik kan.? Dannnnnnnnnn
orang tuh adalah mr.SAKA MONYET aku dulu. Dulu
lar sekarang tak dah sebab dah jadi kawan jer. Kawan ke.? Persoalannya nyahhh. Korang
jawab lar sendiri yer untuk persoalan tuh.
Dia
hantar aku pukul 5 petang. Okeh masa dalam kereta nih memang aku rasa macam
awkward giler baq hang. mulaII aku dengan dia diam ajer. Hanya bunyi cengkerik macam macam nih krikkk krikkk
krikkk. HAHAHA. Lepas
tuh dia mulakan perbualan dengan soalan terlebih pandai “awak sihat.?” Hurmmmm.
Nak ajaer aku cakap “saya sakit jantung, buah pinggang, hempedu dan bla bla
bla.” Apa punya soalan lar tuh. SahII lar aku sihat kalau tak macam mana aku
boleh nak balik sendiri dengan barang banyak sangat tuh awak hoi. Haishhhh bagi
lar soalan yang cerdik sikit. Phewww tak apa lar jum sambung baca. Kami pun
bualII kosong jela sepanjang perjalanan tuh. Tak ada soalan yang berkaitan isu
hati dan perasaan pun yang keluar. Syukur Alhamdulillah. Kalau tak aku pun tak
tahu apa nak jawab. 5.30 petang bas aku sampai aku naik bas dan terus ke ipoh.
Aku
sampai ipoh pukul 8.45 malam. Mata aku masa nih mengantuk tahap gaban nyer
sebab boleh cakap sehari suntuk aku tak tidur. Insomniakah.?
Harap tidak. FeelingII
nak lelapkan mata dalam bas masa dalam perjalanan tuh tapi masih tak boleh so
aku pun redha jela. Tian itew.=’( Sebelum aku sampai ipoh kak long
dah sampai dulu. Itu harus sebab aku paling tak suka nak kena tunggu bila dah
sampai ipoh. Kalau boleh biar orang tunggu aku then pick up aku terusssssssssss
balik rumah.! D.I.V.A sangat kan.? Buwelkkkkk
=p maka dengan itu
aku turun jer bas aku dah Nampak kak long dengan kuncuIInya (abang acu, balqish
dan adik). HAHAHA. Tapi sebelum sempat diorang datang serang aku, aku
terserempak pulak dengan skandal lama. Upsss.! Siapakah.? Guess who.? Korang
tak kan boleh teka sebab tak kenal dan aku tak pernah mention dalam beratus
entry blog aku nih pun. DAFI.! Yer aku terserempak dengan dafi. Hati rasa menyampah
giler terus aku blah gitu jer. Mamat tuh tercengang dekat situ. Sorry you malas nak singkap cerita lama. It’s over
so good bye.! Aku
terus meluru ke anakII sedara aku yang comelII lagi nakal nih. Lagi best layan diorang dari layan cerita cinta zaman
jahiliah. HOHO. Berpeluk
cium salam segala bagai dengan mereka dan kitorang terus ke kereta. Sepatutnya
mak yang pick up aku dekat station bas tapi cancel sebab mak lupa yang dia ada
meeting malam tuh so sebab tuh kak long yang pick up. It’s okeh lar janji ada
orang ambil dari aku kena tercangak macam orang bodoh dekat sana.
Lepas
tuh terus abang ipar kesayangan aku nih bawak pergi makan sebab dia memang suka
nak bagi aku gomok sebab jeles aku orang yang paling kurus dalam family.
HAHAHA. Btw thanks abang acu
bawak itew pergi makan.=)
Aku dengan penat dan ngantuk yang tahap gaban pun tak berapa nak lalu makan.
So, aku just order fresh orange dengan nasi goreng kampong ajer. makanII sambil
melayan keletah anakII sedara aku yang cerewetII belaka nih dan “open table”
dengan kak long dan abang acu sampai lar ke pukul 12 baru diorang hantar aku
balik rumah mak abah aku. Ohohoho penat
badan masa tuh tuhan jer yang tahu tapi demi meluangkan masa dengan diorang aku
gagahkan jugak badan dan mata nih. Rindu punya pasal apa pun aku sanggup asal
boleh lepas rindu aku dengan mereka semua. =’)
Malam
tuh aku tidur dengan mak aku tahu tak. Ohoooo. Anak mak sangat kan dah tua
bangka tidur dengan mak. Arghhhhh peduli pulak aku. Aku rindu mak aku so what
kan.? Hewwwww. Abah pulak still lagi dekat negeri Sembilan so tak salah lar aku
tidur bawah ketiak dengan
mak aku. Boooooo ^_____^ esoknya lepas subuh aku tidur balik sebab mata berat
giler nak buka pun dah tak mampu. Sorry
mak tak sempat nak hantar mak dekat depan pintu masa mak nak pergi kerja.
Aku
bangun pukul 12.15 tengah hari kau masa tuh. Punya sedap dapat tidur tak hengat
dunianya. Aku bangun rumah kosong. Itu
biasa bila hari biasa dan waktu siang sebab mak, abang ngah dengan abang acu
kerja. Kak long dekat taska balqish
pulak sekolah. Aku
terus bangun mandi dan “makan pagi” di waktu tengah hari rembang. HAHA. Lepas
tuh aku tengok tv kejap sambil on9. Buka facebook, twitter, e-mail, skype,
insta, wechat, line dan tumblr kejap lepas tuh aku off line balik dan switch on
radio dannnnnnnnn mula mengemas. Ini pun perkara biasa bila dah aku balik
rumah. Nak pulak aku tinggal sorang memang mengemas jela kerja aku. Sampaikan
mak cakap asal aku balik jer semua berubah. Apa yang berubah.? Dah tentu lar
barangII dia dalam rumah nih. HAHAHA. Mak, kak cik kan memang begini. Ngeeeee
=p Dulu citaII nak jadi interior designer tapi tak dapat. Hew hew hew. Plus,
aku memang cepat bosan bila tengok sesuatu yang yang sama jer. Bosan.! =) hari
1st aku balik aku cuma buat perubahan dekat bahagian bilik mak abah
jer. Katil, meja solek, 2 buah almari baju mak abah dengan tempat gantung baju
mak semuanya berubah kedudukan. Dannnnnn SEMUANYA AKU BUAT SENDIRI OKEH
you ollsss. Haaa gagah macam badang tak aku.? Hikhikhik. Demi make over ruang aku
sanggup angkat berat tahu. Siapa cakap aku lemah tuh huh memang korang silap
besar.! Esoknya aku make over pulak bilik lelaki dan bilik aku sendiri. Pun aku
buat dan angkat semuanya seorang diri.
Bila
malam menjelma pulak aktiviti biasa pergi lepak dengan mak dan family kak long
dekat mamak dekat rumah aku. Lepak sampai pukul 11 balik tidur terus sebab
perut pun dah kenyang. Baru sedap nak zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz. =) semua nak tidur
awal sebab nak kerja dan sekolah. Aku lain lar sebab tengah cuti. HOHOHO.
Lepas
tuh hari khamis malam jumaat aku macam biasa ikut mak dengan abah pergi surau
untuk baca yasin atau dengar ceramah atau belajar tajwid. =) dekat sini pun ada
cerita tapi nanti aku story dengan next post okeh. Tungguuuuuuuu. =)
Dan pada
masa cuti nih jugak aku sempat celebrate birthday seseorang yang
paaaaaaaaaaaaaling aku sayang. Siapa.? Tungguuuuuuuu jugak dekat next post aku
story yer babehII sekalian. Nadirah, adik aku yang feremfuan tuh pun balik
jugak weekend lepas dengan tuning dia. So dapat lar jumpa semua dan spend time
dengan merekaII semua kecuali adik bongsu aku, aizat yang ada dekat penang tuh
dan abah. Tapi abah dah jumpa dulu sebelum tuh so macam okeh tak apala jugak
kan sebab dia pun ada hal yang tak selesai lagi dekat sana. Tapi sebelum aku
balik shah alam sempat jugak jumpa abah sebab abah balik ipoh hari ahad malam
sampai. Missed you abah.!
semua berkumpul bersama sekali lagi. Mak, kak
long, abang ngah, abang acu, kak fida (future kakok ipo), nadirah dan ros
(future adik ipo). kami semua berkumpul dekat rumah mak. masakII, makan lunch
samaII reramai dan borakII pannnnnnnjang dekat rumah mak. Kak long, kak fida dan nadirah yang masak kan opkos.
Aku.? sahII lar jadi tukang kemas jer sebab aku mana reti masak. HUK HUK HUK.
^____^’ kak fida
masak sup daging dengan ayam goreng rempah. Perghhhhhhhh
wallah sedap gilo ayam goreng rempah dia. Kak fida nanti kite balik masak ayam
goreng rempah lagi yer.? yer.? yer.? pleaseeeeeeeee ^_____^ hew hew hew. Kak long pulak masak sambal tumis udang dengan
petai. For sure lar aku tak
makan sebab aku tak makan petai. Orang cakap aku adalah orang paling rugi sebab
tak dapat rasa nikmat hidup sebab tak makan petai tapi bagi aku ada aku
kesah.?? *selak rambut kebekang. Jeling* AHAHAH. Aku memang dari techikII lagi
pun memang tak makan petai, jering atau yang sewaktu dengannya. Lepas tuh kak long masak sup
sayur dengan taufu telur. Sedapppppp dan itu adalah fav aku. Btw kak long hang masih berhutang pancake kasih
sayang dan homemade burger mwahhh mwahhh mwahhh dengan aku. Nanti buka puasa
buatkan erkkkk. Pleaseeeeeeeeeee =D
nadirah pulak tolong diorang masak. Mak memang cuci tangan jer hari tuh. Cukup
time dia makan. Kalau abah, arwah abang lang dengan aizat ada mesti lagi best
sebab baru cukuk korum.! Lepas makan semua siapII kitorang pergi jalanII dan
tengok wayang dekat aeon station 18 pulak. Masa tengah masakII aku terasa mood
raya. HAHAHA kelakar kan.? Aku sendiri pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab dah
berkumpul reramai tuh kot.yela boleh cakap semua anak menantu cucu tok din
dengan anek jah ada berkumpul dekat rumah. Cuma cucu segera diorang jer tak
dapat nak join sekali sebab bebudak tuh ada hal dekat KL. Semua dengan partner
diorang you ollsss. I ollsss.? Maintain single mingle dan jadi bahan diorang
dan mangsa gosip mereka antara aku dengan beliau, anas dan si navy log yang ada
dekat seberang laut tuh. HAHAHA. Apo
pun buleh lar you ollsss.
I ollssss okeh jer Cuma gosip I ollsss dengan beliau tuh boleh lar di
berhentikan. Dengan anas dan log I ollssss boleh terima lagi. Okeh bebeh.? Btw
I ollssss professional sebab cool jer kan.? HOHO. Plus, kite pun dah nak masuk
ke bulan ramadhan kan masa tuh so sebab tuh yang datangnya perasaan tuh kot.
Samapaikan aku siap cakap dengan kak long dan kak fida macam nih “ kak long dengan kak fida tak boleh
balik raya sekali. Salah sorang kena ada dekat rumah mak masa satu raya. Tak
boleh duaII raya rumah mak mertua atau rumah sendiri sebab nanti rumah mak taka
da orang nak masakkan rending ayam atau masakII dekat rumah mak. Kitorang (aku
dengan nadirah) mana reti nak masakII nih semua. Hehehe.”
Saat
bersama mereka merupakan moment yang terpenting dan tak mungkin aku dapat
lupakan sampai ke akhir hayat aku. Hanya ajal yang mampu memisahkan aku dengan
mereka semua. Mereka lar sumber inspirasi aku. Mereka jugak penyeri dan pemberi
semangat untuk aku tatkala aku jatuh terduduk sehingga tercium tanah. Mereka
nyawa bagi aku. Sayang aku dekat mereka tiada tandingannya. Walau kemana aku
pergi sejauh mana aku melangkah seluas mana daratan yang aku jejak nama dan
wajah mereka tak pernah aku tinggalkan dan aku bawak kemana sahaja. In shaa
allah. ya allah tolong jagakan mereka dan sayangi mereka seperti mana mereka
menyayangi aku sejak aku lahir di muka bumi ini sehingga aku kembali pada-Mu
kelak. Aminnnnn. In shaa allah.