Selamat tengah hari semua warga blogger. Korang dah makan tengah
hari? Mana yang belum tu baik lar pergi makan dulu. Jangan biakan perut kosong.
Kesian perut merintih minta di isi walaupun
Cuma sesuap nasi. Alah macam bagi nasihat dekat adik-adik pulak aku ni.
Eyh tapi betul lar jangan biarkan perut kosong masuk angina nanti sakit siapa
susah? Mereka dan keluarga mereka. Ahaks! Ni dah macam iklan komersial tv pulak
dah. Huuuu layan jela yerk!
hari ni aku bukan nak bagi ceramah ke nasihat macam dokter
ke kakak ke mak cik-mak cik tapi sebaliknya. Apa maksud aku? Sebaliknya aku
yang diberi nasihat sebenarnya. Nasihat dari seorang kawan baik, kawan rapat,
kawan sesusah dan sesenang, kawan sekepala, kawan sehidup dan kawan
seperjuangan. Orang barat panggil BFF -best friend forever-
Sebenarnya semalam aku ada lar cerita pasal aku dan
seseorang yang aku gelar sebagai F.
siapa F? biar aku, bff aku dan mungkin juga F itu sendiri yang tahu siapa yang
aku cakap. Aku yakin F pun mesti akan baca ni juga. Apa yang aku ceritakan? Itu
pun biar lar jadi rahsia kami. Tak semestinya semua benda perlu aku ceritakan
dekat sini. Lepas aku dah cerita semua-semua dekat bff aku, aku terasa sangat
lega sebenarnya. Aku mula terasa lapang dada.
Lepas tu bff mula buka mulut. Buka mulut bukan nak marah
Cuma bagi nasihat dan teguran. Bff mula cakap “macam-macam F tu kau nak lagi
ke?” aku pun tak tahu nak jawab apa sebenarnya untuk soalan tu. Aku Cuma jawab
aku tak tahu. Lepas tu aku cakap aku Cuma rasa kesian dekat seseorang yang aku
gelarkan sebagai miss N. aku kesian sebab aku rasa tak sampai hati bila dengar
F cakap dia punya plan. Even mungkin tapi aku sebagai perempuan terasa macam
dia tak sepatutnya buat macam tu. Korang bayangkan apa korang akan rasa bila
orang yang korang harapkan rupanya ada hidden agenda dekat belakang korang. Yes
memang aku yang tanya macam tu tapi bila aku fikir balik benda tu tak
sepatutnya berlaku. Aku dapat rasakan sakitnya bila benda tu jadi sebab aku
pernah alaminya. Mungkin zahirnya kita akan rasa bahagia, bangga dan seronok
bila apa yang kita nak kita dapat tapi secara insaniahnya hanya kita dan yang
di atas sahaja yang tahu. Hal ni kita tak akan dapat tipu. Percaya lar cakap
aku.
Lepas tu bff Tanya aku lagi “kau tak boleh cari orang lain
ke? Selain ex2 kau.someone yang boleh jaga kau.” Aku balas “ntah. Aku pun tak
tahu nak cakap macam mana sebab aku pun tak mencari sesiapa.aku tak cari yang
lama dan aku tak cari juga yang baru.aku dah malas nak kisah pasal benda tu semua.siapa
yang masuk minang aku dulu dia lar yang dapat aku.bla bla bla.” Lepas tu bff
aku mula bagi nasihat dan pandangan dia dan bf dia juga. Aku dengar, dengar,
dengar dan terus dengar. Lepas dia habiskan kata-kata dia masa aku pulak balas
dengan “aku sekarang Cuma fikirkan pasal kerja aku.aku cari duit sebanyak boleh
pastu pergi jalan sana-sini selagi aku boleh bergerak tanpa ada had dan
halangan dari orang yang aku panggil suami sebab bagi aku bila aku dah ada
someone special dalam hidup aku segala pergarakan aku mesti akan terbatas. Aku ada
banyak lagi benda yang aku nak buat sebelum aku kahwin. kalau dah tertulis aku
berkahwin dengan mereka yang bergelar ex aku nak buat macam mana. kalau dah
tertulis aku berkahwin diusia yang lewat aku redha. sebab bagi aku tu semua dah
tertulis di luhmahfuz Cuma kita yang tak tahu macam mana jalan cerita hidup
kita. so sebab tu aku just follow the flow. aku tak nak tunggu sesiapa dan aku
tak nak cari sesiapa. Cuma aku harap yang datang dalam hidup aku nanti seorang
yang faham aku, seorang yang boleh jaga aku sampai mati, boleh sayang keluarga
aku, boleh sayang aku seadanya aku dan boleh bawa aku ke jalan yang lebih baik.
in shaa allah dan kau sebagai bff aku doakan lar yang terbaik untuk bff kau
yang semakin hari semakin akan di tinggalkan sesorang ni. huuu boleh?”
Banyak lagi sebenarnya conversation antara kami yang lainnya
biar lah kami aje yang tahu sebab panjang sangat. Last pesanan untuk aku dari
bff aku “if kau rasa itu diri kau, go on. just take care of yourself.dont let
them take advantage.” In shaa allah I wiil baby. In shaa allah juga akan ada
perubahan kea rah yang lebih baik. Macam yang aku cakap manusia berubah tapi
untuk mengalami proses perubahan itu memerlukan masa. Kalau seseorang tu
berubah secara mendadak itu petanda lain pulak. Aku Cuma harap aka nada sinar
di penghujungnya nanti.
Sejujurnya buat masa sekarang ni aku sendiri pun masih
mencari dan buntu dengan diri sendiri. Siapa aku, bagaimana cara aku, dimana
situasi aku sebenarnya, bila semuanya akan bermula dan berakhir. Arghhh.!
Sangat banyak persoalan dalam diri ni sebenarnya. Cuma aku tak zahirkan apa
yang aku rasa sebab bagi aku selagi apa yang aku rasa aku boleh kawal dan
pendamkan aku akan kawal dan pendam. Bila sampai masanya kalau perlu aku
luahkan aku akan luahkan atau mungkin ada tindakan lain yang perlu aku ambil
aku akan ambil.
Aku bukan seorang yang kuat sebenarnya. Aku bukan seorang
yang tabah. Aku bukan juga seorang yang penyabar. Aku Cuma insan biasa yang
sama macam orang lain. Ada hati dan perasaan. Ada keinginan Cuma aku tak
zahirkan. Luaran tampak riang gembira seperti tak ada apa yang berlaku tapi
dalam hati berperang dengan diri sendiri. Berperang dengan keinginan sendiri.
Aku masih mencuba untuk meredhakan dan merelakan segalanya. Apa yang aku rasa
aku tanamkan dalam-dalam di lubuk hati.
Ya allah Ya tuhan ku, kau pemilik hati ini. Kau penggerak
hati ini. Kau juga lar yang menentukan setiap apa yang berlaku dalam hidup aku
ni. Maka dengan itu aku bermohon hanya pada engkau supaya tabah, kuatkan serta
tekadkan lar hati kecil ku ini. Lahirkan lar senyuman yang dapat mengembirakan
hati orang-orang disekeliling aku. Senyuman yang dapat menyembunyikan setiap
apa yang aku lalui setiap apa yang terpendam d dalamnya. Biar lah ianya menjadi
rahsia antara kau dan aku. Sesungguhnya aku mahu melihat orang-orang di
sekeliling aku berada dalam kegembiraan sambil tersenyum riang. Jangan lar ada
yang berasa benci pada aku mahu pun tak senang dengan aku. Hidup dekat dunia
bukan untuk selamanya. Kita di sini hanya menumpang yang kekal di sana kelak.
Jadi, pada siapa-siapa yang ada rasa yang macam tu dengan aku, aku dengan
lapang dada mohon seribu mungkin juga sejuta kemaafan. Aku yakin dia akan baca
ni. Kita boleh pergi bila-bila masa sahaja. Bila sampai masa kita akan pergi
selamanya. Mungkin tahun depan,bulan depan,minggu depan,esok atau mungkin juga
sekejap lagi. Jadi, sebelum aku terlambat aku mohon maaf dulu. Bukan nak
menunjuk aku baik bukan nak tunjuk aku lemah Cuma mengingatkan diri sendiri
bahawa hidup tak semestinya panjang di muka bumi ni.
Pada miss N aku tahu kau sangat tak suka dengan aku
sampaikan nak sebut nama aku pun susah nak keluar dari mulut kau. Sampaikan kau
rasa meluat bila tengok muka lecturer kau yang iras-iras muka aku. Tapi tu
semua bukan kehendak aku. Itu juga hak kau. Yang penting bagi aku, aku dah
lafaz kata maaf dan aku dah maafkan kau juga. So, lepas ni terpulang pada kau. Cuma
pesan aku cuba lar untuk memberi respon yang lebih baik pada dia. Sebab dia
sebenarnya kurang senang dengan cara kau bagi respon dengan dia. Cuba mulakan
conversation dengan cara yang lain. Ceria dalam conversation antara kau dengan
dia. In shaa allah dia tak akan curang dengan kau lagi. Dia seorang yang ceria
so kau kena jadi ceria juga untuk bagi dia ceria dan rasa senang dengan kau.
Dia seorang yang manja. Kau pun tahu yang dia anak bongsu jadi cuba layan dia
dengan cara yang lebih manja. Aku harap korang kekal sampai bila-bila dan dia
jadi suami kau selamanya.
-Sekian-
No comments:
Post a Comment